omniture

Pembeli bagi Perkhidmatan Kiriman Kargo Boleh Menerima Kesan Akibat Tuntutan Mahkamah

Cotchett, Pitre & McCarthy, LLP; Gustafson Gluek, PLLC; Lockridge Grindal Nauen P.L.L.P and Lovell, Stewart, Halebian, Jacobson LLP
2013-04-12 01:22 161

WASHINTON, 11 April 2013 /PRNewswire/ -- Penyelesaian berikut telah diluluskan terlebih dahulu oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Timur New York dan diumumkan oleh firma perundangan Cotchett, Pitre & McCarthy, LLP; Gustafson Gluek, PLLC; Lockridge Grindal Nauen P.L.L.P dan Lovell, Stewart, Halebian, Jacobson LLP:

Cadangan penyelesaian telah dicapai dalam tuntutan mahkamah, yang mendakwa syarikat kiriman kargo di seluruh dunia telah berkonspirasi untuk menetapkan harga perkhidmatan mereka, termasuk bagi laluan antara Amerika Syarikat dan Cina, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan UK. Sesetengah syarikat yang disaman telah bersetuju dengan penyelesaian yang dicadangkan. "Defendan yang Memilih Penyelesaian" adalah:

  • ABX Logistics Worldwide NV/SA;
  • EGL, Inc. dan EGL Eagle Global Logistics;
  • Expeditors International of Washington, Inc.;
  • Kuehne + Nagel International AG dan Kuehne + Nagel, Inc.;
  • Nishi-Nippon Railroad Co., Ltd.
  • Schenker, Inc. dan syarikat induknya, anak syarikat, dan sekutu niaga, termasuk Deutsche Bahn AG, Schenker AG, dan BAX Global, Inc.; dan
  • Morrison Express Logistics Pte. (Singapore) dan Morrison Express Corporation (U.S.A.);
  • United Aircargo Consolidators, Inc.;
  • UTi Worldwide, Inc.; dan
  • Vantec Corporation dan Vantec World Transport (USA), Inc.

Tuntutan mahkamah itu akan diteruskan terhadap syarikat yang tidak menerima penyelesaian ("Defendan yang Tidak Memilih Penyelesaian"). Senarai Defendan yang Tidak Memilih Penyelesaian boleh didapati di www.FreightForwardCase.com.  

Individu dan perniagaan termasuk ke dalam satu atau lebih penyelesaian jika mereka: a) Telah membeli perkhidmatan Penghantaran Kargo secara terus; b) Daripada mana-mana Defendan yang Memilih atau Tidak Memilih Penyelesaian, anak syarikat mereka, ataupun sekutu niaga mereka; c) Daripada 1 Januari 2001 hingga 14 September 2012, d) Di Amerika Syarikat, atau diluar Amerika Syarikat untuk penghantaran di dalam, ke, atau dari Amerika Syarikat.

"Khidmat Penghantaran Kargo" bermaksud penghantaran, pengangkutan mahupun khidmat logistik untuk kargo, termasuk perkhidmatan berkaitan penyusunan atau pengangkutan barangan melalui udara, laut, landasan keretapi, dan jalanraya, dalam negara mahupun antarabangsa, dan aktiviti berkaitan seperti pelepasan kastam, pergudangan dan perkhidmatan darat.

Ahli Kelas tuntutan mempunyai pilihan sama ada ingin kekal atau tidak di dalam Kelasnya. Jika Ahli Kelas memilih untuk kekal di dalam Kelasnya, mereka akan tertakluk secara perundangan kepada kesemua arahan dan pengadilan Mahkamah, dan mereka tidak boleh menyaman, atau meneruskan saman, terhadap Defendan yang Memilih Penyelesaian untuk isu-isu dalam tuntutan ini. Ahli Kelas yang memilih untuk kekal dalam kelasnya boleh membantah kesemua atau sebahagian daripada satu atau lebih Penyelesaian yang dicadangkan.

Untuk menerima faedah daripada penyelesaian ini, Ahli Kelas mesti menghantar borang tuntutan secara atas talian atau melalui pos sebelum 22 November 2013. Sesetengah Ahli Kelas akan menerima paket notis dalam surat yanng mengandungi Borang Tuntutan. Bagi mereka yang tidak menerima paket notis secara pos, mereka boleh menghantar Borang Tuntutan di www.FreightForwardCase.com. Mereka juga boleh menghubungi Pentadbir Tuntutan untuk meminta Borang Tuntutan diposkan kepada mereka dengan menelefon 1-877-276-7340 (di Amerika Syarikat atau Kanada) atau 503-520-4400 (di luar Amerika Syarikat atau Kanada) atau menulis ke alamat berikut:

Freight Forwarders Claims Administrator
P.O. Box 3747
Portland, Oregon 97208-3747

Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan mahkamah ini dan hak-hak Ahli Kelas, termasuk bagaimana Ahli Kelas boleh mengecualikan diri mereka dan bagaimana untuk mendapatkan notis terperinci, sila layari www.FreightForwardCase.com, telefon 1-877-276-7340, atau menulis kepada:  Freight Forwarders Claims Administrator, P.O. Box 3747, Portland, OR, 97208-3747.

Source: Cotchett, Pitre & McCarthy, LLP; Gustafson Gluek, PLLC; Lockridge Grindal Nauen P.L.L.P and Lovell, Stewart, Halebian, Jacobson LLP
Keywords: Air Freight Railroads and Intermodal Transportation Transportation Legal issues