omniture

Kumpulan ERNI Bergabung dengan Abotron

ERNI
2013-04-12 14:43 151


 

SINGAPURA, 12 April 2013 /PRNewswire/ -- Kumpulan ERNI mengumumkan bahawa ia akan bergabung dengan Abotron, sebuah penyedia perkhidmatan pengilangan kontrak yang cemerlang dengan kepakaran dalam abah-abah kabel, pengacuan suntikan plastik dan pemasangan produk elektronik.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2010/02/02/20100202149668.jpg )

Abotron ditubuhkan pada 1985 oleh Beat von Arx, dan beroperasi di dua lokasi – Haegendorf Switzerland dan Lamphun Thailand. Ia mengilangkan abah-abah kabel dan wayar yang kompleks dan berkualiti tinggi untuk aplikasi yang canggih, serta komponen dan bahagian teracuan yang rumit dengan kira-kira 110 pekerja.

Kumpulan ERNI telah ditubuhkan pada 1947 oleh Rudolf Ernest Erni. Ia merupakan pengilang penyambung global yang terkemuka, membekal penyelesaian sambungan yang berkualiti tinggi dalam hampir setiap industry. Kumpulan ERNI juga membekalkan perkhidmatan pemasangan kabel, dengan fasiliti pengilangan di Switzerland, Jerman, China dan Amerika Syarikat.

Abotron melengkapi ERNI dengan sempurna. Abotron menawarkan perkhidmatan yang serupa dengan ERNI Cable Systems di Mels Switzerland. Penggabungan ini dapat menggalakkan kerjasama yang erat antara Abotron Switzerland dan ERNI Cable Systems, mereka akan bergandingan meneroka dan memberi perkhidmatan kepada pasaran Eropah. Selain itu, sinergi antara penyambung dan pemasangan kabel juga akan dapat dicapai. "Penggabungan antara ERNI and Abotron membolehkan ERNI menggunakan manfaat lokasi pengilangan di Thailand," kata Walter Regli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ERNI Group.

Penggabungan dengan Abotron memperluaskan jaringan fasiliti pengilangan ERNI untuk pemasangan kabel. ERNI kini boleh menawarkan perkhidmatan pemasangan kabel dari 5 lokasi di seluruh dunia, Mels dan Haegensdorf Switzerland, Adelberg Jerman, Richmond USA, Beijing China dan Lamphun Thailand.

Untuk maklumat lanjut tentang Abotron, sila layari www.abotron.co.th

Mengenai ERNI Electronics

ERNI Electronics merupakan pengilang global yang terulung dan pembekal untuk rangkaian pelbagai penyambung untuk pasaran telekomunikasi, komunikasi data, komputer, industri dan perubatan di seluruh dunia. ERNI mempunyai operasi pengilangan di Eropah, China dan Taiwan. Selain itu, ia mempunyai pejabat jualan di lebih 40 negara. Produk ERNI juga dipasarkan melalui rangkaian wakil-wakil dan pengedar terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang ERNI, sila layari www.erni.com.

Hubungan Media:

ERNI Asia Holding Pte Ltd
Ms. Lim Chee Eng, Penolong Pengurus Pemasaran
Blk 4008 Ang Mo Kio Avenue 10
#04-01/02 Techplace I
Singapura 569625
Email: celim@erni-asia.com
Telefon: +65-6555-5885
Fax: +65-6555-5995

SUMBER ERNI

Source: ERNI
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers