omniture

DarwinHealth Mengumumkan Kerjasama Penyelidikan dengan Bristol Myers Squibb untuk Inisiatif Penyelidikan Sasaran Kanser Baharu (NCTI)

DarwinHealth
2021-05-07 19:30

NEW YORK, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- DarwinHealth, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Bandar Raya New York, hari ini mengumumkan suatu kerjasama penyelidikan saintifik dengan Syarikat Bristol-Myers Squibb (NYSE: BMY).  Kerjasama penyelidikan ini, Initiatif Sasaran Kanser Baharu (NCTI) menggunakan sistem kuantitatif algoritma berasaskan biologi, pangkalan data proprietari dan teknologi yang disahkan untuk mengenal pasti sasaran kanser baharu (NCT) pada pelbagai subjenis tumor.

Metodologi yang menyokong NCTI adalah berdasarkan suatu pemahaman tentang mekanisme kritikal yang dikaitkan dengan kebergantungan dan penyelenggaraan tumor selepas mutasi genetik. Untuk memudahkan penyelidikan NCT, DarwinHealth akan menyediakan Bristol Myers Squibb dengan maklumat proprietari yang ada dalam pangkalan data ubat-ubatannya, termasuk analisis konteks khusus tumor Master Regulator (Pengawal Induk) tentang subjenis tumor yang berbeza serta modulator huluan langsung. 

"Kerjasama ini memberi tumpuan terhadap pengenalpastian sasaran kanser bernilai tinggi yang baharu di seluruh rangkaian subjenis tumor yang telah dipilih terlebih dahulu, dengan fokus untuk mengenal pasti sasaran baharu yang berulang dari jenis-jenis kanser yang berbeza yang menjurus kepada rekayasa dan pembangunan ubat-ubatan dengan indikasi pelbagai subjenis," kata Gideon Bosker, MD, Ketua Pegawai Eksekutif DarwinHealth. "Sebaik sahaja dikenal pasti dan diberi keutamaan, sasaran ini akan dapat menjalani proses pengesahan menggunakan eksperimen yang ketat untuk mendorong pembangunan ubat-ubatan bagi terapi anti-kanser generasi baharu yang boleh dibangunkan oleh Bristol Myers Squibb." 

"Sasaran kanser baharu ini akan dipilih dan diberi keutamaan berdasarkan peranan mereka sama ada sebagai Pengawal Induk (MR) atau Pengawal Induk Modulator Huluan (Master Regulator Upstream Modulator, MRUM) dalam modul Titik Semak Tumor malignansi manusia tertentu," kata Profesor Andrea Califano, Pengerusi, Jabatan Sistem Biologi Columbia University dan Pengasas Bersama merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik, DarwinHealth.  "Kami percaya bahawa pemahaman berasaskan mekanisme seperti yang disediakan oleh platform sistem biologi berfokuskan onkologi yang tepat DarwinHealth, boleh mempercepat pembangunan ubat-ubatan yang menyasarkan kebergantungan bukan onkogen yang menyokong dan memacu penandaan kanser utama."

Perjanjian NCTI merupakan suatu lanjutan yang penting dan saintifik yang memanfaatkan kerjasama berbilang tahun  Pencampuran-2-Klinik (C2C) yang sedang berlangsung dan telah dimulakan dengan Celgene pada 28 Ogos 2019, yang bermatlamat untuk menilai, menciri dan mengutamakan pembangunan klinikal dan pengesahan eksperimen bioaktiviti yang berkaitan dengan onkologi pustaka prakhusus pencampuran Bristol Nyers Squibb.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama NCTI, DarwinHealth akan menerima bayaran pendahuluan dan berpotensi untuk menerima bayaran mengikut pencapaian pembangunan dan pengkomersialan.

Tentang DarwinHealth 

DarwinHealth: Precision Therapeutics for Cancer Medicine  (Terapeutik Berketepatan untuk Perubatan Kanser) merupakan sebuah syarikat berfokuskan teknologi, "pemaju teknologi kanser" yang diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gideon Bosker, MD bersama-sama Profesor Andrea Califano, Clyde dan Helen Wu, Profesor Biologi Sistem Kimia dan Pengerusi Jabatan Sistem Biologi di Columbia University. Teknologi syarikat tersebut telah dibangunkan oleh makmal Califano sejak 14 tahun yang lalu dan dilesenkan secara eksklusif daripada Columbia University. 

DarwinHealth menggunakan algoritma sistem biologi yang proprietari untuk memadankan setiap pesakit kanser dengan ubat-ubatan dan kombinasi ubat-ubatan secara maya yang berpotensi untuk menghasilkan rawatan yang berjaya. "Pada masa yang sama, algoritma yang sama ini juga boleh mengutamakan ubat-ubatan penyelidikan dan kombinasi pencampuran ubat-ubatan yang potensinya tidak diketahui terhadap spektrum penuh malignansi manusia, begitu juga dengan sasaran kanser baharu," jelas Dr. Bosker, "menjadikan ia tidak ternilai bagi syarikat-syarikat farmaseutikal yang ingin mengoptimumkan rancangan pencampuran ubat-ubatan mereka dan menemui sasaran kanser baharu serta penjajaran antara tumor-pencampuran ubat yang boleh dilaksanakan secara mekanikal."

Pernyataan misi DarwinHealth adalah untuk menggunakan teknologi baharu yang telah kukuh dalam sistem biologi bagi meningkatkan hasil rawatan kanser klinikal. Teknologi utamanya iaitu algoritma VIPER boleh mengenal pasti modul yang mantap tentang protein pengawal induk yang mewakili kelas baharu sasaran terapeutik yang boleh diambil tindakan dan penanda bio yang boleh diramal dalam kanser. Metodologi ini diterapkan pada dua paksi pelengkap: Pertama, teknologi DarwinHealth menyokong pengenalpastian dan pengesahan sasaran yang boleh diubati secara sistematik pada peringkat asas dan mendalam kawalan sel kanser logik supaya kami dan rakan saintifik kami boleh memanfaatkan tindakan yang boleh diambil terhadap generasi seterusnya berdasarkan mekanisme dan kebergantungan tumor yang lebih universal dan asas. Kedua, dari perspektif pembangunan ubat-ubatan dan penyelidikan, teknologi yang sama mampu mengenal pasti potensi sasaran baharu boleh diubati berdasarkan pengawal induk dan modulator huluan sasaran tersebut. Di sinilah pendekatan onkotektural DarwinHealth, dengan penekanan untuk menerangkan dan menyasarkan titik semakan tumor, menyediakan penyelesaian yang paling penting dan menyusun semula pelan hala tuju untuk memajukan penerokaan ubat-ubatan dan terapeutik kanser dengan tepat. 

Kaedah berasaskan perubatan berketepatan proprietari yang digunakan oleh DarwinHealth disokong oleh badan karya ilmiah terperinci yang dikarang oleh para pemimpin saintifiknya, termasuklah Ketua Pegawai Saintifik DarwinHealth, Mariano Alvarez, PhD, yang bersama-sama membangunkan infrastruktur pengkomputeran syarikat yang penting. Strategi proprietari ini memanfaatkan keupayaan untuk meniru dan menganalisa kawalan genom yang luas dan memberikan isyarat sel kanser yang logik, dengan mengintegrasikan data daripada asai in silico, in vitro dan in vivo . Ia menyediakan platform penyelidikan dan pencirian ubat-ubatan bersepadu sepenuhnya yang direka untuk menjelas, mempercepat dan mengesahkan trajektori pembangunan yang tepat untuk aset farmaseutikal supaya potensi klinikal dan komersial mereka dapat direalisasikan sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.DarwinHealth.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/966600/DarwinHealth_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: DarwinHealth
Related Stocks:
NYSE:BMY
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements