omniture

LyondellBasell memulakan pengeluaran komersial polimer menggunakan bahan mentah yang diperoleh daripada sisa plastik

LyondellBasell Industries
2021-05-07 20:50

WESSELING, Jerman, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB) hari ini mengumumkan satu lagi langkah menuju hasratnya untuk memajukan ekonomi kitaran dengan mengeluarkan polimer berkualiti asli menggunakan bahan mentah yang diperoleh daripada sisa plastik di tapaknya di Wesseling, Jerman. Dihasilkan daripada pertukaran haba sisa plastik, bahan mentah ini ditukar kepada etilena dan propilena di kemudahan pengeluaran LyondellBasell dan kemudian diproses menjadi polipropilena (PP) dan polietilena (PE) dalam unit hiliran pengeluaran plastik. Penggunaan pertama bahan mentah yang diperoleh daripada sisa plastik adalah susulan pengeluaran bahan plastik syarikat yang telah berjaya dihasilkan, yang diperbuat daripada bahan mentah boleh diperbaharui seperti minyak masak terpakai yang membantu mengurangkan CO2 di sepanjang kitaran hayat produk dan mengurangkan penggunaan bahan mentah berasaskan fosil.

First delivery of pyrolysis oil for polymer production at the LyondellBasell site in Wesseling, Germany (facial masks were briefly taken down to take this image).
First delivery of pyrolysis oil for polymer production at the LyondellBasell site in Wesseling, Germany (facial masks were briefly taken down to take this image).

"Memajukan ekonomi kitaran memerlukan tindakan yang tepat dan dengan menggunakan bahan mentah baharu ini secara konsisten dalam pengeluaran polimer pada skala komersial, kami memainkan peranan kami untuk membantu menghapuskan sisa plastik dan menangani perubahan iklim," kata Richard Roudeix, Naib Presiden Kanan Olefin & Poliolefin untuk Eropah, Timur Tengah, Afrika dan India. "Kami sedang memperluas rangkaian penyelesaian lestari kami melalui jenama Circulen dan penggunaan kandungan kitar semula menawarkan pelanggan kami dengan cara untuk menggunakan polimer kitar semula dalam pelbagai bentuk kegunaan."

Produk yang diperbuat daripada bahan mentah kitar semula dan boleh diperbaharui akan dipasarkan oleh LyondellBasell di bawah jenama Circulen yang membolehkan pemilik jenama meningkatkan kelestarian produk pengguna. Ia membolehkan pengeluaran plastik berkualiti tinggi bagi penggunaan yang dikawal ketat seperti pembungkusan makanan dan barangan penjagaan kesihatan. Kemudahan LyondellBasell yang mengilangkan produk ini diperakui mengikut standard ISCC (International Sustainability & Carbon Certification) PLUS.

LyondellBasell telah berikrar untuk mengurangkan pelepasan CO2 dalam operasinya di seluruh dunia sebanyak 15% bagi setiap tan produk yang dikeluarkan menjelang tahun 2030 berbanding tahap pengeluaran pada tahun 2015 dan menghasilkan serta memasarkan dua juta tan metrik polimer kitar semula atau boleh diperbaharui setiap tahun, menjelang tahun 2030.

Selain itu, LyondellBasell telah memulakan sebuah kilang rintis pada tahun lalu di Ferrara, Itali untuk melanjutkan pembangunan teknologi kitar semula molekulnya yang menukarkan sisa plastik kepada bahan mentah bagi menghasilkan plastik baharu. Penggunaan sisa plastik dalam kehidupan sebenar membantu meningkatkan lagi usaha penyelidikan yang bermatlamat untuk membina loji kitar semula molekul berskala industri yang seterusnya meningkatkan lagi penggunaan bahan mentah daripada sisa plastik untuk menghasilkan plastik baharu.

Perkembangan ini melengkapkan aktiviti LyondellBasell dalam bidang kitar semula mekanikal. Di sini, Quality Circular Polymers (QCP) yang merupakan usaha sama dengan syarikat Belanda, menghasilkan gred polietilena dan polipropilena berkualiti tinggi daripada sisa isi rumah yang juga dipasarkan di bawah jenama Circulen. Contoh bagi penggunaan polimer ini adalah di dalam perkakas elektrik, botol detergen dan bagasi.

Tentang LyondellBasell:
LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Didayakan oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang menjadi elemen utama untuk kemajuan penyelesaian dalam cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi kebersihan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan berketahanan, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan peralatan elektronik dan perkakasan berfungsi dengan selamat dan berkesan. LyondellBasell menjual produk di lebih 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polipropilena terbesar di dunia serta pemberi lesen terbesar untuk teknologi poliolefin. Pada tahun 2021, LyondellBasell dinobatkan sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam senarai Majalah FORTUNE untuk tahun keempat berturut-turut. Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.lyondellbasell.com.

Circulen dan MoReTec ialah tanda dagangan yang dimiliki dan/atau digunakan oleh keluarga syarikat LyondellBasell dan ia didaftarkan di Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1504309/lyondellbasell_pyrolysis_germany.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Conservation/Recycling Environmental Issues