omniture

Vakrangee Memasuki Ruangan Dalam Talian Dengan Pelancaran Perkhidmatan Digital

Vakrangee Limited
2021-05-07 21:02 1969

- Melalui kaedah ini, syarikat telah berkembang menjadi platform O2O (Dalam Talian ke Luar Talian) yang unik dengan wujudnya Bantuan yang tersedia melalui lebih 10,000 rangkaian kedai Kendra Fizikal bersama-sama dengan Perkhidmatan Dalam Talian Digital 

- Memulakan usul Hibrid yang Unik ini dengan pelancaran perkhidmatan Digital pertama iaitu perkhidmatan Teleperubatan (vHealth oleh Aetna, sebuah Syarikat daripada Kumpulan CVS Pharmacy – syarikat Fortune 500)

MUMBAI, India, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Vakrangee melancarkan platform digital dalam talian untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian kepada pengguna dengan selesa dari rumah mereka. Ini merupakan tambahan kepada rangkaian outlet fizikal Vakrangee yang sedang berkembang yang mendorong kepada kehadiran Omni syarikat iaitu secara Fizikal kepada Dalam Talian.

Syarikat telah memulakan peralihan ini dengan pelancaran perkhidmatan Teleperubatan Digital (vHealth oleh Aetna, sebuah Syarikat daripada Kumpulan CVS Pharmacy – syarikat Fortune 500). Melangkah ke hadapan, syarikat tersebut merancang untuk menjadikan lebih banyak perkhidmatan dihidupkan melalui platform ini. Dalam situasi Pandemik semasa, Pengguna kini boleh membeli pakej kesihatan yang lengkap dengan selesa dari rumah mereka. Pakej kesihatan ini termasuk ciri-ciri seperti Teleperundingan Tanpa Had dengan Doktor Pakar dalam bahasa serantau, kemudahan ujian Darah di Rumah, baucar Perubatan, baucar Diskaun di lebih 16,500 rakan hospital. Seterusnya, mereka boleh mengunjungi Vakrangee Kendra yang terdekat untuk mendapatkan sebarang Bantuan.

Mengulas tentang perkara ini, Encik Dinesh Nandwana, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vakrangee Ltd. berkata, "Kami gembira mengumumkan pelancaran Vakrangee Kendra Digital kami. Pada saat-saat yang kritikal ini, kepentingan saluran Omni telah meningkat secara berterusan dan pelancaran perkhidmatan Vakrangee Kendra digital akan membantu orang ramai memanfaatkan perkhidmatan penting di depan pintu rumah mereka dan menjadikan kehidupan mereka lebih mudah. "

Pelancaran Vakrangee Kendra Digital: Perkhidmatan Teleperubatan 

Vakrangee dengan sukacitanya menawarkan pakej Kesihatan Lengkap - vHealth oleh Aetna. Ia merupakan suatu tawaran yang sangat menguntungkan dan bermanfaat kepada semua orang dalam persekitaran semasa yang terjejas oleh pandemik.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik: https://bit.ly/2Rvo6Y1

Lebih 10,000 Vakrangee Kendra milik Vakrangee beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan yang penting dan seterusnya memberikan perkhidmatan kepada Negara. 80% daripada outlet kami berada di lokasi Luar Bandar Peringkat 4, 5 & 6 yang dengan ini, memberi manfaat kepada populasi di bahagian bawah Piramid yang tidak dilayan dan kurang menerima layanan

Tentang Vakrangee Limited (BSE: 511431) (NSE: VAKRANGEE)

Vakrangee ialah sebuah syarikat unik yang dipacu teknologi yang fokus untuk membina rangkaian terbesar bagi outlet jualan runcit peringkat akhir di India dan memberi perkhidmatan perbankan & kewangan masa nyata, ATM, insurans, e-kerajaan, e-dagang dan perkhidmatan logistik kepada pasaran luar bandar, semi bandar dan bandar yang belum terpenuhi.(www.vakrangee.in)

Sila hubungi: 
Ammeet Sabarwal
ammeets@vakrangee.in  
+91(0)2267765100

Source: Vakrangee Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Financial Technology