omniture

Novavax dan Gavi Melaksanakan Perjanjian Pembelian Awal untuk Vaksin COVID-19 bagi Kemudahan COVAX

Novavax, Inc.
2021-05-08 10:04
  • Novavax akan menyerahkan 350 juta dos bermula S3 2021
  • 1.1 bilion dos vaksin Novavax akan tersedia untuk negara-negara yang mengambil bahagian dalam COVAX
  • Serum Institute of India akan menyediakan baki dos untuk LMIC
  • Menekankan tentang komitmen terhadap akses global yang adil kepada vaksin Novavax

GAITHERSBURG, Maryland, 8 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang membangunkan vaksin generasi seterusnya untuk penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan perjanjian pembelian awal (APA) dengan Gavi, the Vaccine Alliance (Gavi) atau Pakatan Vaksin Gavi untuk bekalan calon vaksin COVID-19 berasaskan protein rekombinannnya ke Kemudahan COVAX. Di bawah APA ini, Novavax diharapkan untuk membuat dan mengedarkan 350 juta dos NVX-CoV2373 ke negara-negara yang mengambil bahagian dalam Kemudahan COVAX, yang ditubuhkan untuk menguntukkan dan mengedar vaksin secara adil kepada negara dan ekonomi yang mengambil bahagian. Di bawah perjanjian pembelian yang berasingan dengan Gavi, Serum Institute of India (Serum Institute) diharapkan untuk membuat dan menyampaikan baki 1.1 bilion dos vaksin Novavax.

"Ini ialah satu peluang yang hebat dapat bekerjasama dengan organisasi global yang memberi tumpuan untuk mempercepat akses yang adil kepada vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan, terutamanya di negara-negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah pada masa ini," kata Stanley C. Erck, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Novavax. "Perjanjian ini merupakan kemuncak kerjasama antara CEPI, Gavi, Serum Institute dan Novavax yang bekerjasama dalam misi penting kami untuk menyampaikan sejumlah besar vaksin kepada semua negara tanpa mengira tahap pendapatan. Novavax berterima kasih kepada CEPI atas sokongan berterusan dan usaha gigihnya dengan Gavi sebagai kurator Kemudahan COVAX."

Di bawah APA ini, Novavax berharap dapat memberikan dos dengan antigen dan adjuvan yang dikeluarkan di kemudahan yang dibiayai secara langsung oleh pelaburan yang diterima oleh Novavax daripada Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (Coalition for Epidemic Preparedness Innovations, CEPI). CEPI melabur hampir $400 juta dalam Novavax pada musim bunga 2020 yang lalu untuk memajukan pembangunan praklinikal dan klinikal awal, peningkatan pembuatan, pemindahan teknologi dan tempahan kapasiti pembuatan NVX-CoV2373.

"Pelaburan CEPI untuk mempercepat pembangunan klinikal dan pembuatan calon vaksin ini sangat penting bagi membolehkan akses yang adil kepada vaksin melalui COVAX," kata Dr. Richard Hatchett, Ketua Pegawai Eksekutif CEPI. "Dengan adanya perjanjian ini, calon vaksin Novavax akan memainkan peranan penting dalam misi kami untuk melindungi mereka yang paling berisiko terhadap COVID-19 walau di mana sahaja mereka berada di dunia ini."

"Perjanjian pada hari ini dengan Novavax menandakan langkah terpenting ke arah objektif COVAX untuk membangunkan portfolio vaksin COVAX yang terbesar dan paling pelbagai di dunia serta langkah terpenting ke arah matlamat kami untuk menyerahkan 2 bilion dos vaksin yang selamat dan berkesan pada tahun 2021," kata Dr. Seth Berkley, Ketua Pegawai Eksekutif Gavi. "Komitmen Novavax bukan sahaja untuk menyokong COVAX secara langsung tetapi juga melalui pemindahan teknologi menerusi pengeluar lain yang menjelaskan ciri-ciri COVAX yang serba lengkap dan jenis kerjasama yang diperlukan untuk mengawal penularan pandemik ini."

Novavax dan Serum Institute menjangka akan memulakan penghantaran kumulatif sebanyak 1.1 bilion dos pada suku ketiga tahun 2021, yang sedang menunggu kelulusan kawal selia yang berkaitan. Di bawah APA ini, Novavax akan menerima bayaran pendahuluan daripada Gavi pada akhir bulan ini dan bayaran tambahan setelah ia memperoleh Penyenaraian Penggunaan Kecemasan daripada WHO untuk vaksinnya. Selain itu, Novavax telah bersetuju untuk menyediakan dos tambahan sekiranya Serum Institute tidak dapat menyerahkan dos vaksin seperti yang diharapkan ke Kemudahan COVAX.

Peruntukan dos vaksin akan ditentukan oleh Gavi bagi kesemua para peserta AMC yang layak dan pembiayaan sendiri di bawah jadual harga berperingkat.

"Sokongan awal CEPI menjadi penyebab kepada Novavax dalam mewujudkan rangkaian bekalan global yang kami harapkan dapat menyediakan peratusan bekalan vaksin dunia yang signifikan melalui COVAX," sambung Erck. "Kami berharap melalui kerjasama berterusan dengan Serum Institute untuk menyampaikan dos mengikut kapasiti pembuatan kami dan bekerjasama dengan WHO untuk memperoleh kelulusan secepat mungkin bagi NVX-CoV2373."

Tentang Kemudahan COVAX
Kemudahan COVAX ialah suatu mekanisme perkongsian risiko global untuk pemerolehan bersama dan pengedaran vaksin COVID-19 yang adil yang kini merangkumi lebih 190 ekonomi yang mengambil bahagian, yang dirancang dan ditadbir oleh Pakatan Vaksin Gavi. Ia merupakan sebahagian daripada COVAX yang diketuai bersama oleh CEPI, Gavi dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bekerjasama dengan pengeluar vaksin negara-negara maju dan membangun, UNICEF, PAHO, Bank Dunia, organisasi masyarakat awam dan lain-lain untuk menjamin akses kepada vaksin yang adil dan saksama.

Tentang NVX-CoV2373
NVX-CoV2373 ialah calon vaksin berasaskan protein yang direkayasa daripada jujukan genetik SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan penyakit COVID-19. NVX-CoV2373 telah dicipta menggunakan teknologi nanopartikel rekombinan Novavax untuk menghasilkan antigen yang diperoleh daripada protein spike (S) koronavirus dan diadjuvan dengan Matrix-M™ berasaskan saponin yang dipatenkan Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang antibodi peneutralan bertahap tinggi. NVX-CoV2373 mengandungi antigen protein murni yang tidak boleh direplika serta tidak menyebabkan COVID-19. Dalam kajian praklinikal, NVX-CoV2373 menghasilkan antibodi yang menghalang pengikatan protein spike pada reseptor selular dan memberikan perlindungan terhadap jangkitan dan penyakit. Ia secara amnya dapat ditoleransi dengan baik dan menghasilkan tindak balas antibodi yang kuat dalam ujian klinikal Fasa 1/2.

NVX-CoV2373 sedang dinilai dalam dua ujian Fasa 3 yang penting, ujian di U.K yang menunjukkan 100% perlindungan terhadap penyakit yang teruk, 96.4% keberkesanan terhadap strain virus asal dan 89.7% secara keseluruhan serta ujian PREVENT-19 di A.S. dan Mexico yang bermula pada bulan Disember 2020. Ia juga sedang diuji dalam dua kajian Fasa 2 yang sedang dijalankan yang bermula pada bulan Ogos 2020: ujian Fasa 2b di Afrika Selatan menunjukkan 100% perlindungan terhadap penyakit yang teruk dan 48.6% keberkesanan terhadap varian pelepasan yang baru muncul dan sambungan Fasa 1/2 di A.S. dan Australia.

NVX-CoV2373 disimpan dan stabil pada suhu 2° hingga 8°C, yang membolehkan penggunaan saluran rantaian bekalan vaksin sedia ada untuk pengedarannya. Ia dibungkus dalam formulasi cecair sedia untuk digunakan dalam bebuli 10 dos.

Tentang Matrix-M™
Adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin yang dipatenkan oleh Novavax telah menunjukkan kesan yang kuat dan dapat ditoleransi dengan merangsang kemasukan sel penyaji antigen ke dalam tempat suntikan dan meningkatkan penyajian antigen di nodus limfa setempat yang meningkatkan tindak balas imun.

Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang mempromosikan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia melalui penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini menggabungkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogenik tinggi yang cekap yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang penting. Novavax sedang menjalankan ujian klinikal peringkat akhir untuk NVX-CoV2373, calon vaksin terhadap SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19. NanoFlu™, vaksin nanopartikel kuadrivalen influenza yang telah memenuhi kesemua objektif utama dalam percubaan klinikal Tahap 3 yang penting pada orang dewasa yang lebih tua, akan dimajukan untuk kelulusan agensi kawal selia. Kedua-dua calon vaksin menggabungkan adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin dengan proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang antibodi peneutralan bertahap tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.novavax.com dan berhubung dengan kami di Twitter dan LinkedIn.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan Novavax
Pernyataan di sini berkaitan dengan masa hadapan Novavax dan pembangunan vaksin serta produk adjuvan yang sedang dijalankan adalah pernyataan yang berpandangan ke hadapan. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk yang dikenal pasti di bawah tajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Novavax pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Kami memberi amaran kepada para pelabur supaya tidak terlalu bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Anda digalakkan untuk membaca pemfailan kami dengan SEC, yang tersedia di sec.gov, untuk perbincangan tentang perkara ini dan risiko serta ketidakpastian yang lain. Pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini hanya benar pada tarikh dokumen ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan. Perniagaan kami tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar, termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, pelabur yang berpotensi dan lain-lain perlu mempertimbangkan dengan teliti tentang risiko dan ketidakpastian ini.

Sila hubungi:

Para pelabur
Novavax, Inc. 
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com

Solebury Trout
Alexandra Roy | 617-221-9197
aroy@soleburytrout.com

Media Novavax
Laura Keenan | 202-709-7521
media@novavax.com

  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1487159/Novovax_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Novavax, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:NVAX
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals