omniture

OPEC Fund meningkatkan tenaga boleh diperbaharui dan akses kepada kewangan di Nepal

OPEC Fund for International Development
2021-05-10 09:00

VIENNA, 10 Mei 2021 /PRNewswire/ -- OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) telah menandatangani suatu pinjaman bernilai AS$15 juta untuk NMB Bank Limited di Nepal bagi tujuan pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) serta projek tenaga boleh diperbaharui. Pinjaman ini menjadi transaksi pertama institusi kewangan OPEC Fund di negara ini.

OPEC Fund’s US$15 million loan to NMB Bank will provide financing for micro-, small- and medium-sized enterprises (MSMEs) and renewable energy projects
OPEC Fund’s US$15 million loan to NMB Bank will provide financing for micro-, small- and medium-sized enterprises (MSMEs) and renewable energy projects

MSME kini merangkumi lebih sepertiga daripada portfolio keseluruhan pinjaman NMB Bank (kira-kira 4,800 peminjam) dan bank tersebut sedang berusaha untuk meningkatkan pangkalan MSMEnya. NMB juga merupakan salah sebuah penyedia kewangan terkemuka untuk penyedia tenaga boleh diperbaharui tempatan di Nepal. Portfolio tenaga boleh diperbaharui ini kebanyakannya terdiri daripada projek hidro (lebih 90 peratus daripada portfolio tenaga boleh diperbaharui) dan jumlah had peminjaman untuk tenaga boleh diperbaharui ialah kira-kira 17 peratus daripada jumlah baki pinjaman.

"Terdapat jurang yang signifikan antara tawaran kewangan dan permintaan kredit dalam sektor MSME," kata Tareq Alnassar, Penolong Ketua Pengarah, Operasi Kewangan Perdagangan dan Sektor Swasta OPEC Fund. "Malah, kekurangan akses semasa kepada tenaga elektrik dibekalkan grid yang boleh dipercayai serta pergantungan kepada pengimportan kuasa menghalang pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan di Nepal.

"OPEC Fund teruja dapat bekerjasama dengan NMB untuk menyokong sektor-sektor penting tersebut," sambung Alnassar. "Urus niaga ini – merupakan yang pertama seumpamanya di Nepal buat kami – sejajar dengan sokongan kami terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) serta SDG 1, 7 dan 8, khususnya untuk mengakhiri kemiskinan, menyediakan tenaga bersih dengan harga yang berpatutan serta menyokong usaha dan pertumbuhan ekonomi yang baik." 

Sunil KC, Ketua Pegawai Eksekutif NMB Bank berkata: "Pembiayaan daripada OPEC Fund ini akan membolehkan kami menyokong ekonomi sebenar di Nepal dengan mengukuhkan sektor pekerjaan dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui yang mempunyai potensi besar di Nepal. Seterusnya, ini menjadikan kami kurang bergantung kepada pengimportan dan membantu kami menjadi mampu diri dan mampan.

"Kepercayaan kami dalam 'perbankan dengan nilai' bermaksud NMB menjalankan perniagaan dengan cara yang menjadikan kami bertanggungjawab terhadap masyarakat dan lebih fokus kepada kesan pembangunan," sambung KC lagi. "Ini sejajar dengan nilai-nilai OPEC Fund dan pendekatan bersama ini mentakrifkan perkongsian kami." 

Bank NMB telah ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai bank saudagar dan pada tahun 2008 telah berkembang menjadi bank perdagangan. Pada tahun 2015, ia telah bergabung dengan empat buah institusi kewangan lain untuk membentuk sebagai sebuah perbankan sejagat pada masa ini. NMB kini merupakan bank perdagangan ke-7 terbesar di Nepal dari segi saiz aset.

OPEC Fund telah menyokong pembangunan di Nepal sejak penubuhan organisasi ini pada tahun 1976. Setakat ini, OPEC Fund telah komited untuk pembiayaan bernilai lebih AS$224 juta kepada negara ini melalui pembiayaan sektor awam.

Tentang OPEC Fund

OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) merupakan satu-satunya institusi pembangunan yang dimandatkan secara global yang menyediakan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi ini bekerjasama dengan rakan negara membangun dan komuniti pembangunan antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. OPEC Fund telah ditubuhkan oleh negara-negara anggota OPEC pada tahun 1976 dengan tujuan yang penting: untuk memacu pembangunan, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan orang ramai. Usaha kami adalah berpusatkan manusia dengan fokus kepada pembiayaan projek yang memenuhi keperluan penting seperti makanan, tenaga, infrastruktur, pekerjaan (terutama yang berkaitan dengan MSME), air bersih dan sanitasi, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Setakat ini, OPEC Fund telah komited untuk pembiayaan bernilai lebih AS$22 bilion bagi projek pembangunan di lebih 125 buah negara dengan jumlah anggaran kos projek sebanyak AS$187 bilion. Visi kami adalah mewujudkan sebuah dunia dengan pembangunan lestari merupakan suatu realiti buat semua orang.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1505697/opec_fund_nmb_bank.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1428246/OPEC_Fund_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: OPEC Fund for International Development
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Utilities Accounting news, issues Conservation/Recycling Financing agreements New products/services Small Business Services Socially Responsible Investing