Memperluas jejak dalam Penyelesaian Pengendalian Sisa. Menggabungkan kepemimpinan di rantau ini, membentuk pemain industri paling kukuh dalam Penyelesaian Pengendalian Sisa.
ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda, 10 Mei 2021 /PRNewswire/-- Hyva, peneraju global dalam penyelesaian hidraulik pemuatan dan pemunggahan yang memberikan perkhidmatan kepada industri perkhidmatan alam sekitar dan kenderaan komersial, baru-baru ini melengkapkan 75% daripada pembelian ekuiti Usimeca, peneraju dalam Penyelesaian Pengendalian Sisa di Amerika Latin yang beribu pejabat di Brazil.
Hyva merupakan peneraju pasaran yang tiada tandingan dalam Penyelesaian Penjongketan Bahagian Depan di dunia serta di Amerika Selatan dan melalui kedua-dua lojinya di Brazil, ia menghasilkan silinder, wetkit dan kren bersendi. Pengambilalihan ini juga membolehkan syarikat tersebut menerajui sektor Pengendalian Sisa di pasaran Amerika Selatan.
Alex Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Hyva mengulas: "Usimeca, dengan jejak yang paling kukuh dalam Penyelesaian Pengendalian Sisa di seluruh Amerika Latin, dihargai kerana produknya yang berkualiti dan penggunaan teknologinya yang terbukti dalam usaha mewujudkan bandar yang lebih bersih dan sihat. Saya berbangga kerana syarikat ini kini merupakan sebahagian daripada keluarga Hyva yang menyediakan platform Penyelesaian Pengendalian Sisa terbaik agar kami dapat berkembang di rantau ini."
Cesar Moreira, Ketua Pegawai Eksekutif semasa dan pemegang 25% daripada saham Usimeca, akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat susulan pengambilalihan tersebut. Beliau berkata: "Kami mempunyai kira-kira 35% daripada pasaran Pengendalian Sisa di Brazil dan melalui pengambilalihan Hyva, kami dapat mencapai skala untuk memenuhi peluang pertumbuhan yang mengagumkan di seluruh Amerika Latin".
Rogerio De Antoni, Naib Presiden Amerika Hyva mengulas, "Dengan meningkatkan penawaran produk kami, kami kini berupaya memenuhi permintaan dalam industri perkhidmatan alam sekitar yang berkembang pesat. Maklum balas awal daripada pasaran amat memberangsangkan, maka, kami mengharapkan agar kehadiran kami di Amerika Latin akan dipertingkatkan lagi."
Perniagaan Pengurusan Sisa dijangka mencecah sekitar USD485 bilion di seluruh dunia menjelang tahun 2025 (sumber: ReportBuyer). Perniagaan Penyelesaian Pengendalian Sisa Hyva dijangka meningkat dua kali ganda setiap tahun dalam beberapa tahun akan datang.
Produk yang direka cipta oleh Usimeca akan dieksport ke bahagian lain di dunia. Penyelesaian Pengendalian Sisa dan Pengendalian Kontena Hyva akan tersedia di Amerika Latin. Hyva dan Usimeca akan berkongsi amalan terbaik dalam proses pembuatan.
Hyva menyediakan penyelesaian kepada lebih 20,000 pelanggan melalui empat kumpulan perniagaan: Penyelesaian Penjongketan, Kren, Penyelesaian Pengendalian Kontena dan Penyelesaian Pengendalian Sisa. Ia merupakan peneraju dunia dalam silinder penjongketan bahagian depan dengan lebih 40% bahagian dalam pasaran global. Syarikat ini beroperasi di lebih 110 buah negara dengan lebih 3,500 orang pekerja. Kumpulan ini merangkumi lebih 30 buah anak syarikat di seluruh Eropah, Asia, Amerika dan MEA dengan liputan jualan dan perkhidmatan yang luas serta pangkalan pembuatan lengkap yang terdiri daripada 12 buah kemudahan pembuatan di Brazil, China, Jerman, India dan Itali. Hyva Brazil mempunyai rangkaian selepas jualan yang luas di 26 buah negeri di Brazil dengan lebih 100 buah pusat perkhidmatan.
Ditubuhkan pada tahun 1920 di Brazil, Usimeca mempunyai empat kemudahan di Amerika Latin – di Brazil, Mexico dan Chile. Syarikat ini mengilangkan peralatan pembersihan bandar, menyediakan penyelesaian yang berkualiti untuk pengangkutan sisa pepejal dan sapuan jalan menggunakan mesin.
Sila layari: www.hyva.com
Untuk maklumat lanjut:
global: Marcello Laugelli, marcello.laugelli@omnicomprgroup.com, +39358438856
pasaran tempatan: Fleishman-Hillard (rujukan)
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1505716/usimeca_brutus.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1504296/HYVA_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1505717/Usimeca_Logo.jpg?p=medium600