omniture

Versi Bahasa Cina Mudah Torchlight II Dilancarkan Secara Rasmi

Perfect World Co., Ltd.
2013-04-13 02:47 151

BEIJING, 13 April 2013 /PRNewswire/ -- Versi Bahasa Cina mudah Torchlight II telah dilancarkan secara rasmi pada 10 April 2013.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO )

Versi ini, yang mensasarkan kepada pengguna berbahasa Cina di seluruh Asia Tenggara, diedarkan oleh 4games, sebuah pelantar permainan Perfect World untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Laman web rasmi untuk versi Bahasa Cina mudah bagi Torchlight II: http://tl2.4games.com/

Kelab peminat rasmi untuk versi Bahasa Cina mudah bagi Torchlight II: http://www.facebook.com/4Gamestl2

Torchlight II adalah permainan aksi RPG dengan pemasangan berbayar yang dibangunkan oleh Runic Games, anak syarikat Perfect World. Sebagai salah satu permainan dalam siri Torchlight, Torchlight II bukan saja mengekalkan gaya unik yang sama dan semua ciri-ciri penuh aksi yang mengujakan dalam permainannya yang terdahulu, ia juga memperluaskan tapaknya dalam pasaran antarabangsa sambil menambah ciri-ciri baharu, termasuklah kerjasama pemain berbilang melalui laman web atau sebuah LAN. Rekaan kreatif Torchlight II untuk raksasa-raksasa dan tempat simpanan harta karun, peluang untuk menggunakan pelbagai kemahiran yang jauh lebih luas, serta pengalaman baharu unsur-unsur rawak itu, mengembangkan lagi alam kumpulan-kumpulan pemain.

Dalam tahun 2012, Torchlight II telah dianugerahkan"Permainan Menggunakan Watak (RPG) Terbaik Tahun 2012"sewaktu acara "Permainan PC Terbaik Tahun 2012", sebuah acara pemeringkatan permainan yang dihoskan oleh syarikat media permainan Amerika yang berwibawa, IGN, lalu menarik perhatian alam pemain yang lebih besar.

Versi Bahasa Cina mudah ini memaparkan tiga spesies haiwan istimewa di Asia iaitu beruang panda, alpaka dan rusa, lalu menambah pada keseronokan permainan ini, dan juga menawarkan pada pemain pek koleksi edisi khas untuk pengumpul tegar siri Torch.

SUMBER  Perfect World Co., Ltd.

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services