omniture

CGTN: Bagaimana Xi Jinping lahirkan rasa syukur dan kasih kepada ibu beliau?

CGTN
2021-05-10 23:20 187

BEIJING, 10 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan Hari Ibu Antarabangsa, iaitu peristiwa penting yang jatuh pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun, disambut pada 9 Mei tahun ini, media mula melaporkan kisah-kisah yang menyentuh perasaan mengenai ibu dan anak-anak.

Antara cerita-cerita tersebut, kisah Xi Jinping menonjol kerana beliau bukan sahaja merupakan seorang anak lelaki, tetapi juga presiden China.

Bagaimana presiden ini melahirkan rasa syukur dan kasih kepada ibu beliau? Cara Xi dapat difahami apabila beliau menegaskan kepentingan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang keluarga serta menekankan pendidikan keluarga berkali-kali.

Xin Xi Jinping dan ibu beliau Qi Xin
Xin Xi Jinping dan ibu beliau Qi Xin

Mewariskan tradisi keluarga 

Apabila Presiden Xi menyampaikan ucapan Tahun Baharu pertama beliau pada tahun 2013, gambar-gambar yang diletakkan di atas rak buku beliau menarik perhatian komuniti dalam talian, terutamanya gambar beliau berjalan bergandingan tangan bersama ibu beliau.

Xi ialah seorang anak lelaki yang taat. Beliau berbual-bual bersama ibu beliau Qi Xin dan bersiar-siar bersamanya setiap kali beliau mempunyai masa terluang.

Semasa bertemu dengan wakil-wakil Persidangan Keluarga Model Kebangsaan pertama pada bulan Disember 2016, Xi menceritakan kisah mengenai pendidikan keluarga. Persidangan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya yang memberi penghormatan kepada keluarga model yang dipilih di seluruh negara. Sejumlah 300 keluarga model diberi penghormatan.

"Sewaktu kecil, ibu menghadiahi saya siri buku cerita bergambar -'The Legend of Yue Fei.' Salah satu daripada lebih 10 jilid siri buku tersebut menunjukkan ibu Yue Fei mencacah empat karakter yang berbunyi 'berkhidmat untuk negara dengan kesetiaan tertinggi' di bahagian belakang beliau," kata Xi, menambah bahawa cerita Yue Fei, tokoh ketenteraan purba terkenal yang menentang pencerobohan, sangat mengagumkan beliau.

Disiplin diri 

Qi menjalani kehidupan serba ringkas, yang menjadi satu tradisi untuk keluarga. Tidak kira betapa susahnya mengurus keluarga sambil bekerja, beliau tidak pernah berkompromi dalam tugas beliau. Gaya hidup beliau dan suasana keluarga membimbing nilai-nilai Xi.

"Seseorang yang gagal mengelakkan diri daripada rasuah dan tiada disiplin diri akan menjadi seorang yang pengecut. Sentiasalah ingat bahawa kejujuran merupakan satu rahmat dan sifat tamak merupakan kutukan semasa mewujudkan pandangan yang benar mengenai kuasa, status dan kepentingan," Qi pernah menulis dalam sepucuk surat kepada Xi bagi mengingatkan beliau mengenai disiplin diri. Xi telah menerapkan kepercayaan ini ke dalam ideologi dan amalan tadbir urus beliau.

Menyebut amalan rasuah sebagai risiko "terbesar" dalam tadbir urus Parti, Xi menegaskan bahawa "tiada alternatif" melainkan untuk memerangi rasuah meskipun dirasakan ia tidak mungkin dicapai dan menyeru disiplin diri yang ketat dalam Parti.

Semasa memburu pegawai-pegawai korup, termasuk "jerung" peringkat atasan hinggalah "ikan bilis" peringkat bawahan di dalam negeri, Beijing turut melaksanakan operasi seperti "Sky Net" dan "Fox Hunt" untuk memburu pegawai-pegawai yang mudah disogok yang telah melarikan diri ke luar negara.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-08/How-does-Xi-Jinping-express-gratitude-and-love-to-his-mother--10617ntrTAk/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Publishing/Information Service Women-related news