omniture

The Firm of John Dickinson Schneider, Inc. Memperingati Ulang Tahun ke-100

Hollister Incorporated
2021-05-11 01:53

LIBERTYVILLE, Illinois, 10 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Hollister Incorporated dan KMT Medical meraikan Hari Pengasas hari ini dengan memperingati ulang tahun ke-100 syarikat induk mereka, The Firm of John Dickinson Schneider Inc. (JDS Inc.). Acara peringatan untuk meraikan pengasas JDS Inc., John Dickinson Schneider dan sejarah syarikat yang besar diadakan di ibu pejabat Hollister Incorporated di Illinois dan disiarkan secara penstriman langsung kepada rakan-rakan sekutu di seluruh dunia.

John Dickinson Schneider
John Dickinson Schneider

Pada 10 Mei 1921, John Dickinson Schneider yang berusia 23 tahun telah mengasaskan JDS Inc. dengan sebuah mesin cetak di tingkat bawah tanah rumah ibu bapanya di Chicago. Selama beberapa dekad berikutnya, beliau mengendalikan syarikat berdasarkan prinsip-prinsip yang teguh tentang Maruah Manusia, Perkhidmatan dan Kualiti serta pada masa yang sama menyesuai dan mengembangkan ia hingga kepada kehadiran globalnya pada hari ini dalam perkhidmatan dan produk perubatan. Menjelang akhir kerjayanya, dalam suatu tindakan yang amat bermurah hati, beliau telah menyerahkan syarikat tersebut kepada pekerjanya sebagai penjaga; dan dengan berbuat demikian, beliau telah meninggalkan suatu Legasi – satu Legasi yang tidak hanya terbatas dengan dokumen yang tidak bernyawa, rangka kerja bersifat keundangan atau kisah yang mempesonakan. Encik Schneider dan isterinya Minnie Schneider telah meninggalkan suatu legasi yang terus dihidupkan oleh rakan sekutunya setiap hari.

"Hari ini menandakan suatu detik yang amat istimewa – detik yang telah mempengaruhi kehidupan kami dan kehidupan jutaan orang di seluruh dunia yang bergantung kepada produk dan perkhidmatan kami untuk menjalani kehidupan mereka dengan bermaruah," kata V. George Maliekel, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif JDS Inc. "Budaya korporat kami merupakan ungkapan yang menghidupkan Warisan Schneiders. Budaya kami mentakrifkan ciri-ciri syarikat kami. Ia menjadi panduan kepada keputusan yang kami buat, kerja yang kami lakukan, cara kami berinteraksi antara satu sama lain serta cara kami melayan pelanggan dan komuniti global."

JDS Inc. serta syarikat operasi Hollister Incorporated dan KMT Medical akan memperingati Ulang Tahun Ke-100 secara berterusan sepanjang tahun 2021 dengan aktiviti global untuk memberi inspirasi dan menghubungkan rakan sekutu serta pelanggan kepada Legasi Schneiders.

Tentang Hollister Incorporated  
Hollister Incorporated ialah sebuah syarikat bebas, milik pekerja yang membangun, membuat dan memasarkan produk penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Syarikat ini membangun dan mengeluarkan produk untuk penjagaan ostomi, penjagaan kontinens dan penjagaan penyakit kritikal serta membangunkan bahan sokongan pendidikan untuk pesakit dan profesional penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Libertyville, Illinois, ia mempunyai pusat pembuatan dan pengedaran di tiga benua serta jualan di hampir 80 buah negara. Hollister merupakan sebuah anak syarikat milik penuh The Firm of John Dickinson Schneider Inc. (JDS Inc.), sebuah syarikat yang berusia 100 tahun. Hollister berpandukan Misi bersama JDS Inc. untuk menjadikan kehidupan yang lebih bermakna dan bermaruah bagi individu yang menggunakan produk dan perkhidmatannya. www.Hollister.com.

Tentang KMT Medical Incorporated
KMT Medical ialah sebuah kumpulan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah kepada pengguna. Syarikat ini yang bekerjasama dengan klinisian, didedikasikan untuk menghormati keputusan klinikal sambil menyediakan produk berkualiti tinggi, kepakaran yang tiada tandingan dan perkhidmatan yang diperibadikan. Diumumkan pada tahun 2017, KMT Medical ialah anak syarikat milik penuh The Firm of John Dickinson Schneider Inc. (JDS Inc.). Syarikat KMT Medical berpandukan dasar operasi yang konsisten dengan misi dan visi syarikat induknya, The Firm of John Dickinson Schneider, Inc. www.kmtmedical.com.

Hubungan Media: 
Meredith Castro
Komunikasi Korporat
Meredith.Castro@hollister.com
224-358-7631

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1505844/hollister_incorporated_john_dickinson_schneider.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/827109/Hollister_Incorporated_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Hollister Incorporated
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Mining/Metals