GUANGZHOU, China, 15 April 2013 /PRNewswire/ -- Para hadirin sedang menantikan detik permulaan Pesta Canton ke 113, pameran dagangan paling berprestij di China. Acara musim bunga itu akan bermula di Guangzhou pada 15 April, di mana para penganjur akan mengalu-alukan peserta ke acara paling profesional dan paling diberi perhatian setakat ini.
Pesta Canton ke 113 akan menjadi tuan rumah kepada hampir 60,000 gerai pameran, dengan para penganjur bekerja keras untuk memperhalusi kaliber para pempamer. Lebih ramai pembeli China akan diundang ke Pavilion Antarabangsa, di mana syarikat asing boleh memasarkan produk termaju mereka. Turut terdapat di pameran tersebut pelbagai bengkel, forum dan acara perangkaian, dengan fokus khas terhadap pasaran Rusia dalam sesi ini. Pusat Promosi Dagangan dan Rekaan Produk Pesta ini juga telah diperluaskan, dengan 45 institusi rekaan dari 10 buah negara mengambil bahagian dalam pameran.
Pada sesi ini, pesta ini juga akan melancarkan platform perdagangan elektronik rasminya, E-CantonFair.com, dengan perkhidmatan pameran dagangan yang lebih berdimensi dan lengkap untuk ahli-ahlinya. Contohnya perkhidmatan terbaru seperti "Pembiayaan Mudah Pesta Canton", menawarkan enjin sokongan bagi pengeksport dan syarikat kecil dan sederhana Cina, dan "Pembantu Pesta Canton", yang membantu pengunjung pameran dagangan dengan pemasangan dagangan dalam talian & luar talian serta interaksi antara para pembekal dan pertubuhan.
Pesta Canton terus dipromosikan dengan cekap di luar negara, dengan fokus terhadap 38 pasaran premium. Lapan pasukan pameran bergerak telah dihantar, dan promosi acara ini telah dijalankan dengan jayanya bersama rakan kongsi luar negara di 21 destinasi terpilih di seluruh dunia.
Di sebalik krisis kewangan 2008 dan keadaan ekonomi yang berikutnya, pembeli asing dari pelbagai latar belakang geografi dan komersil terus menyertai Pesta Canton dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ramai yang tertarik kepada sifat produk Cina yang semakin berdaya saing.
"Tidak syak lagi ini adalah salah satu pameran dagangan yang terbaik di dunia," kata Vasily Samokhvalov, pengarah rangkaian produk untuk SKL Group dari Rusia, yang telah menghadiri Pesta itu sepanjang 6 tahun yang lalu. "Saya mengesyorkan pembeli datang ke sini dua kali setahun. Tahap pengurusan dan peluang perniagaan di sini memang tiada tandingan."
Penganjur acara kini menanti-nantikan saat mengalu-alukan para peserta dari seluruh dunia ke Pesta Canton ke 113, pintu masuk terbaik ke pasaran Cina.
Pesta itu akan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, dengan 3 fasa dan 15 kategori liputan. Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp