omniture

ScentAir: Pakar dalam meningkatkan pengalaman pelanggan bagi pihak jenama-jenama melalui pemasaran haruman #ScentedMoments

Selain daripada produk asli yang membolehkan jenama-jenama berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan, ScentAir memperkenalkan produk baharu bagi memenuhi keinginan terhadap persekitaran yang sihat dan selamat
ScentAir
2021-05-12 12:00 310

SINGAPURA, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Selama lebih daripada 25 tahun, ScentAir, peneraju bertaraf global dalam pemasaran haruman, membantu peneraju industri perhotelan, hartanah dan perniagaan di seluruh dunia mencipta pengalaman pelanggan dan hubungan emosi yang mempesonakan menggunakan wangian. Matlamat mereka untuk membawa teknologi wangian kepada perniagaan telah menyebarkan kuasa haruman merentas 119 negara dengan pejabat-pejabat korporatnya di tiga benua. Dikenali oleh rakan-rakan kongsi B2B, ScentAir pernah bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Westin, Crown Casino, The Executive Center, Melbourne Airport, Air New Zealand, Tag Heuer, Under Armour dan banyak lagi.

ScentAir, the global leader in scent marketing, helps brands create engaged customer experiences and emotional connections using fragrances.
ScentAir, the global leader in scent marketing, helps brands create engaged customer experiences and emotional connections using fragrances.

"Kami mewujudkan perkaitan langsung dan hubungan pelanggan yang lebih kukuh dengan wangian kerana kami menyedari bahawa setiap interaksi itu penting. Pelanggan lebih memilih untuk mendapat pengalaman peribadi kerana mereka ingin terhubung dengan cara berbeza pada perjalanan dalam talian mereka bersama sesebuah jenama bagi membina kepercayaan dan sokongan jenama terutamanya dalam kebiasaan baharu ini. Pengalaman berbilang deria membolehkan jenama-jenama mencapai lebih kepuasan pelanggan dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan khususnya kerana apabila suatu detik itu diiringi dengan bau yang harum, ia dapat membantu pelanggan mengimbau kembali suatu detik lebih 52%[1] berbanding dengan detik yang sebaliknya tidak memiliki bau yang harum," kata Chloe Hui, Naib Presiden & Pengurus Besar, APAC, ScentAir.

Sebagai sebahagian daripada janji jenama-jenama untuk mencipta detik yang tidak dapat dilupakan selaras dengan keperluan pelanggan dan trend pemasaran klien, ScentAir telah bertindak balas terhadap kepentingan yang diberikan ke atas kesejahteraan dan persekitaran yang sihat dan selamat terutamanya dalam dunia pasca-Covid. Hari ini merupakan pelancaran sistem pembersihan udara aktif ScentAir ION Protect™, produk Perlindungan Udara terbaharunya. Menggunakan teknologi GPS® Needlepoint Bipolar Ionization® (NPBI) dipatenkan, ION Protect™ telah diuji bagi mengesahkan kadar pengurangan sebanyak 99.8% ke atas strain permukaan SARS-CoV-2 (COVID-19) statik dalam masa 30 minit, berserta banyak lagi patogen bawaan udara biasa yang lain seperti Norovirus, MRSA, E. Coli, Bakteria Staphylococcus dan banyak lagi bagi memberikan udara yang selamat secara semula jadinya dengan setiap hela nafas.

Faedah-faedah ScentAir ION Protect:

  • Mengurangkan patogen berbahaya di udara: Semasa proses NPBI, sentuhan dengan ion mengganggu protein permukaan patogen, menyebabkannya menjadi tidak aktif dan tidak dapat mereplikasi.
  • Menyasarkan partikel (Cth. asap, habuk, polen): Apabila ion tersebar ke seluruh ruang, seperti di dalam bangunan pejabat atau kedai, ia bergabung dengan partikel yang terampai di udara. Ini mewujudkan kesan bola salji yang mana partikel yang berlainan kutub mula berkumpul bersama-sama, menjadikannya lebih mudah ditangkap dalam sistem penapisan.
  • Meneutralkan bau: ScentAir® ION Protect™ memecahkan bau seperti bau di restoran atau pejabat perubatan, menjadi sebatian tak berbahaya asas, menghilangkan bau busuk dan sebatian organik meruap (VOC) berbahaya dan menjadikan udara dalaman berbau segar.
  • Menjimatkan tenaga: Dengan memastikan udara dalaman lebih bersih, ScentAir® ION Protect™ dapat mengurangkan jumlah udara yang diperlukan dari luar untuk mengekalkan kesegaran, lalu dapat menjimatkan kos peralatan pengudaraan awal dan sehingga 30 peratus penggunaan tenaga untuk perniagaan dan francais.

"Menurut satu tinjauan yang kami jalankan dalam tahun 2021, 82%[2] pengguna yang mengambil berat tentang kualiti udara mahukan Langkah pembersihan udara dilaksanakan. Kami teruja untuk membawa satu barisan produk ke pasaran, yang mana ia bukan sahaja membersihkan udara tetapi juga melaksanakannya dengan selamat dan semula jadi," ringkas Hui.

Sistem pembersihan udara aktif ScentAir® ION Protect™ baharu, menggunakan GPS® Needlepoint Bipolar Ionization® dipatenkan disediakan dalam tiga model: ION Pure, ION Defend dan ION Target. Jenama-jenama boleh mengetahui model yang sesuai untuk perniagaan mereka melalui www.scentair.com

[1] Harvard Business Review, The New Science of Customer Emotions, 2015.
[2] ScentAir, Public Opinion Report: Consumer Demand for Clean Air, 2021.

*PENAFIAN: Teknologi ScentAir® ION Protect™ digunakan dalam pelbagai jenis aplikasi dalam keadaan persekitaran yang pelbagai. Memandangkan lokasi-lokasi akan berbeza, pelanggan harus menilai kegunaan individu mereka dan keadaan persekitaran apabila membuat penilaian berhubung faedah-faedah berpotensi teknologi ini. Penggunaan teknologi ini bukan bertujuan untuk menggantikan langkah-langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan patogen. Adalah penting untuk mematuhi semua undang-undang dan garis panduan kesihatan awam yang berkenaan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta pihak berkuasa kesihatan selain panduan rasmi yang diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), termasuk tetapi tidak terhad kepada penjarakan sosial, kebersihan tangan, etika batuk dan penggunaan pelitup muka.

Imej
Untuk foto resolusi tinggi, sila kunjungi: http://gallery.sinclaircomms.com/
Kata laluan: talkofthetown

Latar Belakang ScentAir®

ScentAir Technologies, LLC., dimiliki secara persendirian dan ditubuhkan pada tahun 1994, menyediakan penyelesaian pemasaran haruman ambien yang terbaik dalam kelas untuk banyak jenama yang paling diiktiraf di dunia. Sebagai peneraju global dalam pemasaran olfaktori, Syarikat ini mencipta impresi yang tidak dapat dilupakan untuk perniagaan kecil-kecilan mahupun perusahaan bertaraf global, meningkatkan pengalaman pelanggan mereka melalui kuasa haruman. Berpangkalan di Charlotte, Carolina Utara, AS dan pejabat-pejabat korporatnya terletak di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Jepun, Australia, United Kingdom, Perancis dan Belanda. Seramai lebih 425 anggota pasukan global Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di 119 negara melalui rantaian bekalan global khususnya dan operasi pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan Asia. ScentAir komited terhadap pewujudan strategi-strategi haruman yang disesuaikan yang dapat meningkatkan sentimen jenama pelanggan, kesetiaan pelanggan dan penjualan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke ScentAir.com.

Source: ScentAir
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services