omniture

DocDoc Lancarkan Peraduan "Ceritakan Kisah Anda" Untuk Membantu Mengubah Sebuah Kehidupan

DocDoc Pte. Ltd.
2013-04-16 07:00 150

Portal Kesihatan utama di Pan Asia bekerjasama dengan pemblog gaya hidup & kecantikan, QiuQiu, untuk melancarkan peraduan dengan hadiah utama SGD$5,000.

SINGAPURA, 16 April 2013 /PRNewswire/ -- DocDoc Pte. Ltd (http://docdoc.com), portal temujanji pakar perubatan utama Asia, bekerjasama dengan pemblogg popular Singapura, QiuQiu, mengumumkan peraduan "Ceritakan Kisah Anda". Peraduan ini memberikan satu cara yang memberi inspirasi untuk menghadiahkan SGD$5,000 kepada seorang penerima untuk digunakan bagi sebarang prosedur perubatan yang diperlukan.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/01/11/20130111125555936354.jpg )

Untuk menyertai peraduan itu, peserta hanya perlu menghantar satu borang pendek di halaman peraduan "Ceritakan Kisah Anda" DocDoc (https://www.docdoc.com/contest), termasuk penerangan ringkas bagaimana hadiah tersebut mungkin mengubah kehidupan pemenang.

QiuQiu baru-baru ini menggunakan platform kesihatan DocDOc dan khidmat Temujanji-Melalui-Telefon untuk mendapatkan pembedahan rinoplasti dan pengrafan lemak dengan Dr. Lee dari REZEN Medical Group, yang turut dikenali sebagai pakar pembedahan plastik untuk bintang K-Pop ternama. DocDoc menaja perjalanan dan penginapan QiuQiu ke Seoul, Korea Selatan.

Bahagian satu bagi siri video 3-bahagian QiuQiu telah ditonton lebih daripada 26,000 kali di Youtube dalam beberapa hari pertama ia dilancarkan dan dapat ditonton di: http://youtu.be/b-h4u_fNla4

Entri blog pertama QiuQiu dalam siri tersebut boleh dibaca di: http://bongqiuqiu.blogspot.sg/2013/04/seoul-far-so-good-nose-job-fat-grafting.html

"Saya gembira mengetahui bahawa peraduan "Ceritakan Kisah Anda" DocDoc mempunyai potensi untuk mengubah kehidupan seseorang," kata QiuQiu. "Contohnya, pengubahan pergigian rupa senyuman mempunyai potensi untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Pembedahan pembinaan semula payudara mungkin membantu seseorang melawan kesan buruk kanser. Peraduan ini merupakan satu cara yang unik untuk menghadiahi seseorang yang benar-benar memerlukan prosedur perubatan. Saya teruja menjadi jurucakap rasmi kempen ini."

Maklumat peraduan:

  • Pemenang Hadiah Utama akan menerima SGD$5,000
  • Untuk menyertai, layari: https://www.docdoc.com/contest  
  • Peserta mestilah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun
  • Hanya satu penyertaan bagi setiap individu dari mana-mana lokasi di dunia
  • Peraduan berakhir pada 11:59 PST (waktu standard pasifik) pada 31 Julai 2013
  • Pemenang akan diberitahu melalui emel sebelum 15 Ogos 2013
  • Penyertaan akan dihakimi oleh QiuQiu dan DocDoc berdasarkan daya tarikan emosi kisah yang dihantar oleh peserta. Peserta dengan kisah terbaik akan dipilih sebagai pemenang
  • Peraduan ini bukan diadakan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan DocDoc, atau perkhidmatan mana-mana doktor. Tiada pembelian atau penggunaan perkhidmatan DocDoc diperlukan

Peraduan "Ceritakan Kisah Anda" diadakan berikutan pertumbuhan pesat dalam sektor penjagaan kesihatan digital, di mana teknologi membuat perubahan pantas cara pesakit dan ahli perubatan berinteraksi di semua peringkat.

Lebih 29,000 profil doktor tersenarai dalam platform DocDoc – mengukuhkan kedudukan DocDoc sebagai platform tempahan pesakit terbesar dan paling menyeluruh di Asia. Tambahan pula, DocDoc mempunyai lebih 1,300 ahli perubatan dengan pendapat perubatan utama yang dapat memberikan kekosongan temujanji masa-sebenar pada platformnya.

Mengenai DocDoc

DocDoc merupakan cara paling cepat dan mudah untuk pesakit mencari doktor yang bertepatan dan menempah temujanji dalam talian di Singapura dan Korea Selatan. DocDoc menyelesaikan masalah perniagaan yang telah lama wujud, mengisi buku temujanji doktor secara cekap dengan pesakit baru dan pesakit ulangan. Pesakit dapat mencari doktor dengan mudah melalui pencarian profil doktor di laman web kami, dan apabila mereka menemui ahli perubatan yang sesuai, mereka dapat melihat slot masa kosong doktor berkenaan dan mengadakan temujanji. Laman web syarikat itu serta laman mudah alihnya, perkhidmatan rencam melalui telefon, serta aplikasi mudah alihnya untuk iPhone, adalah percuma bagi pesakit. Pelabur DocDoc termasuklah pemimpin perniagaan berpengaruh, para doktor, dan pemodal teroka dari Asia dan Lembah Silikon, termasuk Encik Koh Boon Hwee (mantan Pengerusi DBS Bank, Singtel, dan Singapore Airlines), 500 Startups (pemimpin pemodal teroka (VC) Lembah Silikon yang diketuai Dave McClure, yang dahulunya bersama Paypal dan Facebook), dan Jungle Ventures (VC dari Singapura, yang disokong oleh program NRF Kerajaan Singapura).

Untuk maklumat lanjut mengenai DocDoc, sila hubungi:
Jon Samsel, Ketua Pegawai Pemasaran, DocDoc
T: +65-6684-8880
E: jon.samsel@docdoc.com
http://docdoc.com

SUMBER  DocDoc Pte. Ltd.

Source: DocDoc Pte. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Publishing/Information Service Web Site