omniture

Pemimpin global berhimpun untuk menulis kisah Kemunculan Hebat bagi HR dan Worktech di persidangan HR & Worktech terbesar di Asia, People Matters TechHR SEA 20211

People Matters
2021-05-12 13:03 36

SINGAPURA, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Jika 2020 berkisar tentang menulis semula buku panduan bagi HR dan Worktech, 2021 pula berkisar tentang melaksanakan pengajaran daripada buku tersebut dan menulis skrip bagi kisah Kemunculan Hebat di tempat kerja. Kita berpeluang untuk melangkah maju, mempercepat ketangkasan perniagaan dan membina sebuah dunia pekerjaan yang lebih baik dari sebelumnya - sama ada secara hibrid mahupun jarak jauh. People Matters TechHR SEA 2021 yang diadakan dari 5hb hingga 7hb Mei telah menghimpunkan pemimpin perniagaan & HR, penganalisis HR, pakar teknologi HR dan pemula Worktech yang paling progresif dari seluruh dunia untuk memberikan penerangan mengenai Kemunculan Hebat ini dan cara ia menandakan permulaan bagi pentafsiran semula kemungkinan yang ditampilkan oleh realiti baharu kita.

Colin Brennan, President, Payroll and Cloud, HR & Financial Solutions, Alight Solutions unveiling the key findings from the 4th edition of Alight Solutions’ State of HR Transformation Study 2021
Colin Brennan, President, Payroll and Cloud, HR & Financial Solutions, Alight Solutions unveiling the key findings from the 4th edition of Alight Solutions’ State of HR Transformation Study 2021

Sebagai sebuah persidangan HR dan Worktech terbesar di Asia, persidangan maya selama 3 hari ini menjadi hos kepada lebih 2,500 pemimpin HR & perniagaan dari 61 buah negara, 80 penceramah global dan lebih daripada 100 sesi kandungan. Sepanjang 3 hari tersebut, 4,560 sambungan telah dibuat, 13,164 perbincangan telah dihasilkan, dan jangkauan media sosial telah meningkat hingga 27 juta.

"Ketika dunia kembali melangkah laju, HR bergerak seiring dengan kadar perubahan dan sering kali membuktikan bahawa kamilah pemacu perniagaan untuk inovasi dan kemajuan manusia dan pekerjaan. Kebangkitan semula. Pecutan. Mobiliti. Momentum. Konsep-konsep ini merupakan teras kepada peralihan ini dan itulah yang ingin ditangani oleh People Matters TechHR 2021 dengan fokusnya pada Kemunculan Hebat," kata Ester Martinez, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Sidang Pengarang bagi People Matters. 

Pemimpin Global seperti Ellyn Shook, Ketua Pegawai Kepimpinan & Sumber Manusia AccentureJason Averbook, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Leapgen; Jim Kalbach, Ketua Evangelist Mural; Nora A Manaf, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan dan Anggota EXCO Kumpulan Maybank; Evangeline Chua, Ketua Pegawai Kakitangan, GovTech Singapore (Pengerusi)Dr. John Boudreau, Saintis Kanan Penyelidikan dan Profesor Emeritus Pengurusan dan Organisasi Marshall School of Business; Donna Kimmel, EVP, Ketua Pegawai Kakitangan Citrix; dan Colin Brennan, Presiden Penyelesaian Gaji dan Awan, HR & Kewangan Alight Solutions ialah sebahagian besar penceramah yang menyertai persidangan tersebut. Rakan Pembentang bagi persidangan tahun ini ialah Alight Solutions. 

Persidangan ini berjaya mencetuskan perbincangan untuk membolehkan organisasi berjaya membina strategi untuk muncul pada tahun kedua pandemik dan meneruskan transformasi yang didorong oleh pandemik untuk memanfaatkan peluang pada masa hadapan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507928/colin_brennan.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507929/ellyn_shook_ester_martinez.jpg?p=medium600

Hubungan Media: 

Pushkaraj Bidwai
E-mel: pushkar.b@gopeoplematters.com
Telefon: +91 9910526108

 

Ellyn Shook, Chief Leadership & Human Resources Officer, Accenture in conversation with Ester Martinez, CEO and Editor-in-Chief, People Matters for an exciting fire side chat on the ‘net better off’ framework and how organizations can help their people be future-ready
Ellyn Shook, Chief Leadership & Human Resources Officer, Accenture in conversation with Ester Martinez, CEO and Editor-in-Chief, People Matters for an exciting fire side chat on the ‘net better off’ framework and how organizations can help their people be future-ready

 

Source: People Matters
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Radio Workforce Management/Human Resources Conference call announcements