omniture

rocket media communications, Penyelesaian untuk Cabaran Komunikasi Hari ini: Lebih Tinggi, Lebih Pantas, Lebih Jauh

rocket media communications
2013-04-16 08:00 195

VIENNA, 16 April 2013 /PRNewswire/ -- rocket media communications yang mengamalkan konsep-konsep inovatif  dan menetapkan standard baharu dalam dunia komunikasi sedunia adalah merupakan agensi komunikasi TV pertama dunia yang berpangkalan di Austria.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/60641-rocket-media-communications

Hari demi hari, pakar komunikasi berhadapan dengan pelbagai pilihan komunikasi yang membingungkan dan menghadapi cabaran untuk membuat keputusan-keputusan yang betul. Istilah-istilah yang sering diguna pakai seperti "penjimatan kos", "keberkesanan pada kumpulan sasaran", "semakin dikenali", "kebolehpercayaan dalam waktu krisis" dan, semakin kerap lagi, "komunikasi sedunia" telah menjadi amalan biasa. Persoalannya kini adalah bagaimana untuk memenuhi semua pengharapan tinggi yang memainkan peranan penting dalam perniagaan hari ini.

Jawapannya boleh didapati daripada konsep unik rocket media communications. Agensi komunikasi TV Austria ini membangunkan format televisyen yang direka khas bagi perniagaan-perniagaan atau lokasi-lokasi perniagaan dan kemudiannya memastikan bahawa ia diedarkan ke hampir semua penyiar televisyen di dunia.

Maklumat hibur hanyalah salah satu dari komponen dalam resipi kejayaan ini. Seperti maksud namanya, istilah maklumat hibur adalah gabungan perkataan maklumat dan hiburan yang berjaya dilaksanakan pada tahap kesempurnaan yang hampir mutlak oleh pasukan kreatif rocket media communications. Pelbagai variasi maklumat, pesanan-pesanan strategik atau produk-produk pelanggan dipakejkan menjadi kisah-kisah menarik yang diselitkan dalam dokumentari TV, filem-filem pendek atau format-format berita. Aspek kewartawanannya memastikan ia mempunyai kredibiliti yang tinggi sementara pautan pada tema ekonomi sedunia, budaya dan sosial pula menjana unsur yang relevan di peringkat antarabangsa. Michael Grabner, Pengarah Urusan rocket media communications, meringkaskannya sebagai "perhubungan awam disampaikan dalam gambar hidup", sambil menambah "tanpa perlu membayar kos pengiklanan yang mahal."

Muslihat yang melahirkan proses perhubungan awam yang berkesan dan menjimatkan kos ini terletak pada format-format TV halus yang dibekalkan secara percuma kepada kira-kira 6,500 stesen-stesen TV di seluruh dunia lalu menghasilkan kadar penyiaran yang tinggi. Satu pasukan besar jualan bertanggungjawab atas pengedaran yang kompleks ini. Walaupun para pelanggan membayar kos penerbitan dan pengedaran, timbal balasnya adalah jaminan bahawa jutaan atau berbilion penonton-penonton sedunia atau golongan penonton sasaran khas, pada kos bandingan yang rendah.

Kedua-dua bidang perniagaan dan pelancongan, serta syarikat-syarikat antarabangsa, telah mengenalpasti potensi format pengiklanan baharu ini, yang telah pun menarik minat pelanggan seperti Republik Kazakhstan. Filem-filem imej dan dokumentari yang diterbitkan lebih awal sebelum 'Sukan Musim Sejuk Asia 2011' di Kazakhstan telah ditayangkan melalui sejumlah 690 saluran TV seluruh dunia, termasuklah BBC, euronews, CNN, Eurosport, Asia News International, Russia Today TV, CCTV dan Reuters, dengan jumlah keseluruhan 1,600 jam siaran dan 1.4 bilion penonton.

Komunikasi TV moden juga telah dibuktikan berkesan dalam bidang-bidang lain. Topik-topik penting ekonomi sedunia diberi liputan dalam laporan-laporan daripada "Forum Ekonomi Astana" Kazakhstan yang dihadiri oleh 12 orang pemenang Anugerah Nobel. Hasil kajian berilmu yang bertajuk "Projek Atom" juga telah dipertontonkan kepada penonton sedunia. sementara berbilion orang lain pula dimaklumkan tentang tenaga inovatif dan mendapat ilham daripada projek-projek teknologi dan sosial semasa Anugerah Tenaga Sedunia yang diadakan setiap tahun disiarkan.

Konsep ini juga mampu berbangga dengan nilai-nilai medianya yang mengagumkan yang berpotensi untuk mencecah ratusan juta Euro, satu jumlah yang seringkali tidak dapat ditandingi oleh bajet pengiklanan yang tinggi. Liputan TV selama 500 jam dan nilai media sekurang-kurangnya 25 juta Euro dijamin oleh rocket media communications bagi setiap projek.

Tidak hairanlah output media seperti ini telah menarik perhatian syarikat antarabangsa seperti Nokia, Siemens dan LIC China, yang kini melancarkan urusniaga dan produk-produk mereka di siaran televisyen antarabangsa melalui kaedah komunikasi baharu ini.

rocket media communications menjamin nilai yang mampu ditawarkan oleh syarikat lain: kehadiran sejagat, perhatian dunia bagi tema-tema pelbagai hala, nilai-nilai media yang mengagumkan pada kos bandingan yang rendah dan prosedur perhubungan awam yang boleh dipercayai serta kekal lama – pendek kata, konsep yang sempurna untuk sesiapa sahaja yang mensasarkan pencapaian lebih tinggi, lebih pantas dan lebih jauh dalam komunikasi mereka.

* Hubungan Media:

Michael Grabner
Ketua Pegawai Eksekutif rocket media communications
T: +43-463-287-800-30
E-mel: office@rocketmedia.at

SUMBER  rocket media communications

 

Source: rocket media communications
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Television New products/services