omniture

Hublot Melancarkan NFT Pertamanya Dengan Big Bang E UEFA EURO 2020™

Hublot SA
2021-05-12 21:28 122

NYON, Switzerland, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Hublot meraikan hubungannya dengan kejohanan UEFA EURO 2020   dengan mempersembahkan pelbagai siaran baharu yang mempesonakan, termasuk jam tangan rasmi Kejohanan Eropah UEFA EURO 2020 – jam tangan terhubung Big Bang e – dan juga sebagai audio siar baharu yang menampilkan wawancara dengan ikon sukan yang paling hebat, diakhiri dengan NFT untuk dua ratus pelanggan pertama untuk membeli jam tangan tersebut.

Hublot Suka Bola Sepak! 

Hublot Big Bang e UEFA EURO 2020 watch
Hublot Big Bang e UEFA EURO 2020 watch

Terdapat hanya 30 hari lagi sebelum UEFA EURO 2020™ bermula! Para peminat di seluruh dunia berasa gembira untuk menyaksikan kejohanan ini akhirnya, yang telah ditangguhkan selama setahun akibat pandemik. Bagi meraikannya, Hublot melancarkan jam tangan terhubung Big Bang e UEFA Euro 2020™. Sekali lagi, Hublot membolehkan para peminat bola sepak menonton kejohanan ini dengan 'memakai' stadium maya mereka sendiri di pergelangan tangan mereka.

Bezel pada jam tangan sukan Big Bang e mempunyai warna bendera 12 buah negara yang pada awalnya dirancang untuk menjadi hos.  Secara estetik, ia menampilkan ciri-ciri model Big Bang yang ikonik dengan jenama tersebut. Ia tersedia dalam bekas bersaiz 42mm dalam warna 'Black Magic'. Kristal nilam bermaksud skrin sentuh berdefinisi tinggi AMOLED mudah digunakan, sama seperti jam tangan mekanikal, butang tolak pada permukaan berputar digunakan untuk mengaktifkan fungsinya.

Modul elektronik yang kompleks ini beroperasi di WearOS oleh perisian Google, yang telah disesuaikan dan disempurnakan untuk memenuhi keperluan Hublot, khususnya melalui aplikasi istimewa untuk bola sepak yang membolehkan pengguna menonton kejohanan tersebut dalam masa nyata. Antara ciri-ciri jam tangan ini, selain daripada untuk mengikuti masa perlawanan dengan penjagaan masa, separuh masa, masa tambahan dan akhir perlawanan, Big Bang e juga memaklumkan pemakainya tentang kad yang diberi kepada pemain, penggantian pemain, penalti dan jaringan gol. Terdapat juga pilihan untuk melihat maklumat tentang barisan pasukan, kedudukan pemain dan kedudukan mereka di padang. Lebih-lebih lagi, pengguna juga akan dapat memuat turun dial jam dalam warna negara mereka secara percuma yang dibangunkan secara eksklusif untuk Big Bang e daripada Google Play Store. Selain itu, begitu juga dengan tali getah yang hebat dengan cangkuk gancu titanium yang dipasang sebagai standard, para peminat berpeluang membeli tali lain dalam warna pasukan kegemaran mereka. Ia akan dapat ditukar ganti dengan mudah dengan menggunakan sistem sekali klik terkenal yang dibangunkan oleh Hublot.

Untuk Kejohanan Eropah UEFA EURO 2020™ ini, Hublot akan melengkapkan semua pengadil yang merasmikan kejohanan ini dengan jam tangan Big Bang e Referee yang istimewa. Papan yang digunakan oleh pegawai keempat untuk menunjukkan penggantian pemain juga akan menggunakan warna-warna Hublot.

Hublot telah melakukan penerokaan dalam setiap dimensi teknologi dan seterusnya, akan melancarkan siri audio siar yang bertajuk "Hublot Fusion Podcast" bermula dari 12 Mei. Dihoskan oleh wartawan siaran sukan Perancis, Anne-Laure Bonnet, rancangan 12 episod ini akan menampilkan temu bual dengan legenda bola sepak serta rakan-rakan dan duta Hublot. Audio siar ini akan memfokus kepada 12 nilai kemenangan universal: solidariti, kesatuan, kesungguhan, komitmen, keterangkuman, kesamaan, persahabatan, keadilan, penghormatan, permainan adil, toleransi dan perkongsian.

Dalam inisiatif baharu yang lain, 200 pelanggan Big Bang e yang menyertai komuniti Hublotista akan diberikan token tidak sepiawai (NFT) yang mengandungi petikan daripada salah satu episod "Podcast Hublot Fusion"! Token-token ini telah dibangunkan dengan syarikat perisian ETHEREUM terkemuka : ConsenSys. Token-token ini mematuhi sepenuhnya standard ERC-1155 dan pemilik mereka boleh menukar token ini pada platform yang menjadi penanda aras di dunia NFT, termasuk OpenSea.

Jam tangan terhubung Big Bang e UEFA EURO 2020™ Hublot tersedia secara eksklusif di platform e-dagang jenama www.hublot.com dan dari butik Hublot.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507589/hublot_big_bang.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507590/hublot_kylian_mbapp.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1176881/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

 

Kylian Mbapp wearing the Hublot Big Bang E UEFA EURO 2020
Kylian Mbappé wearing the Hublot Big Bang E UEFA EURO 2020

 

 

 

 

 

Source: Hublot SA
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mobile Entertainment Retail Sports Sports Equipment & Accessories Telecommunications New products/services