omniture

Ascend komited terhadap pengurangan Gas Rumah Hijau (GHG) sebanyak 80% menjelang tahun 2030

Ascend Performance Materials
2021-05-12 22:22

Laporan kelestarian 2020 menyorot strategi untuk mengurangkan pelepasan dan inisiatif lain

HOUSTON, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah menerbitkan laporan kelestarian terkininya hari ini dengan menyorot prestasi dan inisiatif syarikat berdasarkan tiga teras utama: Memperkasakan Insan, Menginovasi Penyelesaian dan Beroperasi Tanpa Kompromi.

Ascend's 2020 Sustainability Report, "Empowered People", highlights the employees who advocated and are seeing through initiatives across the company's three sustainability pillars: Empowering People, Innovating Solutions and Operating Without Compromise.
Ascend's 2020 Sustainability Report, "Empowered People", highlights the employees who advocated and are seeing through initiatives across the company's three sustainability pillars: Empowering People, Innovating Solutions and Operating Without Compromise.

Syarikat tersebut, yang merupakan pengeluar resin 66 poliamida terbesar bersepadu sepenuhnya, telah mengumumkan dalam laporannya tentang matlamat yang agresif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 80% menjelang tahun 2030.

Laporan tentang Memperkasakan Insan, memaparkan kisah pekerja Ascend yang membantu dan menyokong inisiatif kepelbagaian dan keterangkuman hinggalah kepada usaha Andy Leigh dalam mencipta produk poliamida kitar semula pasca industri dan pasca pengguna.

"Dalam laporan tahun 2018, kami menyatakan bahawa kami bertanggungjawab untuk menerajui industri dalam hal ehwal kelestarian," kata Chris Johnson, Pengarah Kelestarian Ascend. "Walaupun menghadapi cabaran pada tahun 2020, seluruh kakitangan Ascend memainkan peranan yang aktif dalam memajukan usaha kami."

Selain daripada kisah kejayaan yang dipacu oleh para pekerja, laporan tersebut turut memperincikan inisiatif dan inovasi syarikat yang berkaitan dengan kelestarian.

"Laporan kami menyorot tentang usaha-usaha yang kami lakukan untuk memenuhi komitmen tersebut," kata Johnson. "Sama ada ia projek pengurangan nitrus oksida di Pensacola, Florida, perjanjian pembelian kuasa solar untuk kilang kami di Chocolate Bayou, Texas, atau unit kojana di Decatur, Alabama, kami melaburkan jumlah yang agak besar untuk mengurangkan jejak gas rumah hijau kami."

Laporan tersebut mencerminkan pernyataan tentang hasrat Ascend – untuk mencipta bahan berprestasi yang meningkatkan kualiti kehidupan hari ini dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik – yang diumumkan pada tahun lalu, kata Phil McDivitt, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ascend. "Kelestarian merupakan teras kepada segala hasrat kami dan melihat syarikat matang dengan begitu cepat dalam pelaksanaan usaha yang penting ini adalah sangat mengujakan."

Laporan Kelestarian Ascend boleh dibaca di ascendmaterials.com/sustainability.

Tentang Ascend Performance Materials
Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan sembilan kemudahan pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami seramai 2,600 orang menghasilkan plastik, kain, gentian dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend diwww.ascendmaterials.com.

Sila hubungi: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1508069/ascend_performance_materials_sr_cover.jpg?p=medium600

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Chemical Corporate Social Responsibility Socially Responsible Investing