omniture

Tacora Resources Inc. Mengumumkan Penutupan Tawaran Nota Bercagar Senior

Tacora Resources Inc.
2021-05-12 22:45

MONTRÉAL, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Tacora Resources Inc. ("Tacora" atau "Syarikat") hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyiapkan amaun pokok agregat sebanyak $175 juta daripada 8.250% nota bercagar senior yang matang pada tahun 2026 ("Nota). Nota ini akan membayar faedah tertunggak setengah tahunan pada 15 Mei dan 15 November setiap tahun bermula dari 15 November 2021 dan akan matang pada 15 Mei 2026, kecuali ia ditebus awal atau dibeli semula.


Hasil bersih daripada Nota tersebut, selepas pembayaran kos dan perbelanjaan yang berkaitan, akan digunakan untuk membiayai semula hutang bercagar senior syarikat dan bakinya akan digunakan untuk tujuan modal kerja dan kegunaan am korporat.

"Strategi pembiayaan semula kami adalah untuk mengurangkan kos pinjaman kami, menjamin kecairan yang mencukupi dan menyediakan fleksibiliti kewangan kepada perniagaan," kata Joe Broking, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan. "Struktur baharu ini akan menyediakan modal yang diperlukan oleh Tacora untuk pelaburan berterusan serta fleksibiliti dalam mempertimbangkan pertumbuhan lestari."

"Dengan selesainya inisiatif pembiayaan ini, ia meletakkan syarikat dan pekerja kami yang berdedikasi dalam kedudukan yang hebat yang membolehkan kami menjadi lebih tangkas dalam menggunakan modal ke arah mencapai pengeluaran plat nama di Scully Mine dan mengembangkan perniagaan dengan bertanggungjawab.  Menambah baik kunci kira-kira adalah langkah pertama dalam mencapai objektif strategik kami yang turut merangkumi peningkatan produktiviti dan pilihan pertumbuhan di Scully Mine bersama-sama dengan pembangunan dan permulaan semula Sydvaranger Mine," Thierry Martel, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif menyimpulkan.

Jefferies LLC bertindak sebagai ketua penyelaras tunggal dan Clarksons Platou Securities AS bertindak sebagai ketua pengurus bersama bagi penawaran tersebut.

Tentang Tacora Resources Inc. 

Tacora ialah sebuah syarikat swasta yang memberi tumpuan kepada pengeluaran dan penjualan produk bijih besi bergred dan berkualiti tinggi yang meningkatkan kecekapan dan prestasi alam sekitar dalam pembuatan keluli.  Syarikat ini memiliki dan mengendalikan Scully Mine, pengeluar pekatan bijih besi berkapasiti 6 juta tan setahun yang terletak di Wabush, Newfoundland dan Labrador, Kanada dan memiliki Sydvaranger Mine, sebuah lombong yang terletak di Sør-Varanger, Norway yang sedang direhatkan untuk kajian kebolehlaksanaan yang telah selesai baru-baru ini bagi peningkatan pengeluaran kepada 4 juta tan pekatan bijih besi setiap tahun.  Pelabur ekuiti Syarikat merangkumi dana yang diuruskan oleh Proterra Investment Partners LP; Aequor Holdings LLC; Cargill, Inc.; dana yang diuruskan oleh Orion Mine Finance; Titlis Mining AS; dan MagGlobal LLC. 100% daripada pengeluaran pekatan bijih besi Scully Mine dibeli dan dipasarkan ke seluruh dunia oleh anak syarikat Cargill Inc.  Maklumat tambahan tentang syarikat ini boleh didapati di www.tacoraresources.com.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang berpandangan ke hadapan secara semula jadi dan berkaitan dengan jangkaan, kepercayaan dan hasrat kami. Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah merupakan pernyataan yang boleh dianggap sebagai berpandangan ke hadapan. Walaupun Tacora percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian yang munasabah, pernyataan tersebut melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain dan tidak menjamin prestasi masa depan dan hasil sebenar yang mungkin berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan dan pernyataan ini adalah tertakluk pada risiko, ketidakpastian dan andaian yang boleh menyebabkan hasil yang berbeza daripada jangkaan kami. Maklumat berpandangan ke hadapan yang ditetapkan di sini mencerminkan jangkaan Tacora pada tarikh siaran akhbar ini dan tertakluk pada perubahan selepas tarikh tersebut. Tacora menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau selainnya.

Siaran berita ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat sahaja dan tidak membentuk tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli nota bercagar senior Tacora. Nota bercagar senior Tacora ditawarkan hanya kepada pembeli institusi yang berkelayakan menurut Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933 (Securities Act of 1933), sebagaimana yang dipinda ("Akta Sekuriti") dan kepada individu bukan warganegara A.S. di luar A.S. di bawah Peraturan S Akta Sekuriti. Nota bercagar senior Tacora tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti atau undang-undang sekuriti dalam mana-mana jajahan lain. Oleh itu, ia mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat atau kepada mana-mana warganegara A.S. kecuali menurut pengecualian yang berkaitan daripada, atau dalam transaksi yang tidak tertakluk pada syarat pendaftaran Akta Sekuriti.

Thierry Martel
Presiden  dan Ketua Pegawai Eksekutif
Telefon – (418) 409-9416
E-mel – thierry.martel@tacoraresources.com

Joe Broking
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan
Telefon – (218) 398-0079
E-mel – joe.broking@tacoraresources.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1507883/tacora_logo_blue_copper_rgb_01.jpg?p=medium600

Source: Tacora Resources Inc.
Keywords: Mining Mining/Metals Offerings