omniture

Enapter menyediakan AEM Multicore untuk pelancaran tahun 2022

Enapter GmbH
2021-05-13 02:17 94

 

Pengelektrolisis AEM kelas megawatt pertama akan meningkatkan pelancaran H2 hijau dan memperkenalkan elektrolisis modular pada skala yang lebih besar

SAERBECK, Jerman, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Enapter memperluas portfolio produknya kepada kelas megawatt dengan pengelektrolisis AEM Multicore. Pembangunan terakhir model baharu ini telah bermula, yang terus memanfaatkan potensi inovasi bagi teknologi Membran Pertukaran Anion (Anion Exchange Membrane, AEM). AEM Multicore akan diperkenalkan ke pasaran pada tahun hadapan, yang membolehkan pengeluaran hidrogen hijau kos rendah, fleksibel dan boleh dipercayai. Pesanan kini dibuka.

Enapter AEM Multicore
Enapter AEM Multicore

Sebagai peneraju teknologi elektrolisis AEM, Enapter akan mengurangkan kos hidrogen hijau melalui penghasilan produk standard secara besar-besaran. AEM Multicore tidak terkecuali: Ia akan menampilkan modul teras pengelektrolisis yang dihasilkan secara besar-besaran – "timbunan AEM" – dalam suatu sistem lengkap yang dapat menghasilkan kira-kira 450 kg hidrogen setiap hari. Ini adalah tenaga yang bersamaan dengan kira-kira 9.5 tong minyak mentah. Dengan pendekatan modular ini, ia menawarkan alternatif kos yang lebih rendah bagi pengelektrolisis kelas megawatt tradisional serta terbukti sangat responsif terhadap turun naik bekalan elektrik boleh diperbaharui.

"Harga AEM Multicore akan lebih murah berbanding pengelektrolisis PEM yang setanding dan penggunaan modul timbunan AEM yang dihasilkan secara besar-besaran memberikan perbezaan," kata Sebastian-Justus Schmidt, Pengerusi Enapter AG. "Pendekatan modular ini menjadikan seluruh sistem mempunyai harga yang lebih berpatutan malah lebih teguh dan fleksibel secara ketara. Ini menjadikannya ideal untuk penggunaan tenaga boleh diperbaharui secara berselang-seli."

Pendekatan berbilang teras ini juga menawarkan kelebihan kebolehpercayaan berbanding sistem konvensional. Jika satu modul timbunan gagal, ia boleh diganti dengan beberapa langkah mudah, manakala sistem "keseimbangan loji" yang menyokong pengeluaran hidrogen juga mempunyai duplikasi yang terbina dalam. Kemodularannya yang unik membolehkan AEM Multicore menyesuaikan tahap pengeluaran secara fleksibel sebagai reaksi terhadap perubahan bekalan tenaga boleh diperbaharui.

AEM dianggap secara meluas oleh para saintis sebagai teknologi elektrolisis yang paling menjimatkan kos. Enapter semakin hampir untuk merealisasikan potensi penuh AEM untuk mempercepat penggunaan tenaga hidrogen hijau melalui pembinaan "Campus", kemudahan pengeluaran besar-besarannya di Saerbeck yang akan bermula pada musim luruh tahun ini – dan dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2022. Melaluinya, AEM Multicore akan bersedia untuk memberi sumbangan besar terhadap peningkatan kapasiti pengelektrolisis dengan pantas, permintaan yang dapat dilihat seperti dalam seruan Jerman untuk sasaran kapasiti penjanaan terpasang sebanyak 5 GW menjelang tahun 2025. Dengan jangkaan kapasiti pengeluaran tahunan Campus sebanyak 280 MW, ia dapat memenuhi lebih 5% daripada sasaran ini setiap tahun.

Muat turun kit akhbar Enapter di sini . 
Hubungi pasukan kami untuk
bertanya tentang pesanan di sini . 

Tentang Enapter 

Enapter ialah sebuah syarikat yang memenangi anugerah yang menghasilkan generator hidrogen yang amat cekap berasaskan teknologi elektrolisis Membran Pertukaran Anion (AEM). Teknologi modularnya yang dilindungi paten mempunyai rekod prestasi 10 tahun dan membolehkan pengeluaran besar-besaran pengelektrolisis pasang dan pakai kos rendah untuk hidrogen hijau pada sebarang skala. Ia digunakan di 34 buah negara dalam sektor seperti tenaga, mobiliti, industri, pemanasan dan telekomunikasi. Enapter mempunyai pejabat di Itali, Jerman, Thailand dan Rusia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507680/enapter_aem_multicore.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1312105/Enapter_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi: 
Andrea Spiegl 
aspiegl@enapter.com 
+49 30 92 100 81 35

Source: Enapter GmbH
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services