omniture

Kepakaran LNG Air Products Terpilih untuk Projek PETRONAS LNG Train 9 di Malaysia

Air Products
2013-04-16 10:00 293

Pesanan Tiba Dalam Masa Setahun Selepas PETRONAS Memilih Teknologi Air Products bagi Sebuah Lagi Projek LNG

LEHIGH VALLEY, Pa., 16 April 2013 /PRNewswire/ -- Air Products (NYSE: APD), peneraju dunia dalam teknologi dan peralatan gas asli cecair (LNG), hari ini telah mengumumkan ia menerima sebuah pesanan untuk penukar haba LNG daripada PETRONAS untuk sebuah projek LNG yang besar di Malaysia.

Proses dan teknologi pencairan Air Products' SplitMR® telah dipilih dan bakal dibekalkan untuk Projek Train 9 LNG PETRONAS. Projek ini akan menghasilkan 3.6 juta tan LNG setiap tahun dan merupakan perluasan dari Kompleks PETRONAS LNG yang sedia ada di Bintulu, Sarawak, Malaysia.

Selama 20 tahun, Air Products telah membekalkan banyak tren, teknologi dan peralatan kepada fasiliti darat PETRONAS di Bintulu, dengan tren pertama beroperasi sepenuhnya pada tahun 1983. Secara keseluruhannya, teknologi dan peralatan LNG Air Products kini sedang diguna pakai dalam lapan buah tren pengeluaran fasiliti itu yang direka bagi menghasilkan 25.7 juta tan LNG setiap tahun (MTPY). Penghasilan LNG akan meningkat kepada 29.3 MTPY melalui penambahan tren ke-9 dengan penglibatan Air Products di kemudahan di Bintulu itu dan disasarkan sedia beroperasi menjelang hujung tahun 2015.

Pengumuman penukar haba LNG hari ini adalah pengumuman kedua dalam tahun ini dan berikutan berita Air Products pada bulan Julai 2012 yang mengisarkan tentang sebuah pesanan untuk proses AP-N™ LNG untuk projek 1 LNG Terapung PETRONAS (PFLNG 1). PFLNG 1 adalah sebuah pelantar pengeluaran LNG terapung yang akan beroperasi sejauh 180 kilometer dari pesisiran pantai Malaysia. Ia bakal menghasilkan 1.2 juta tan LNG setiap tahun apabila alirannya mula beroperasi lewat tahun 2015 kelak. Proses AP-N™ LNG adalah proses kitar semula nitrogen LNG paling cekap dalam industri ini dan sangat sesuai untuk aplikasi-aplikasi FLNG.

Apabila projek-projek baharu ini mula aktif di kedua-dua buah lokasi kelolaan PETRONAS itu, teknologi dan peralatan Air Products akan disepadukan untuk pengeluaran sejumlah 4.8 MTPY LNG tambahan di Malaysia.

"Hubungan Air Products dengan PETRONAS terus berkembang dengan pesanan peralatan berskala-besar ini. Kami percaya pesanan baharu ini adalah hasil daripada teknologi kami yang terbukti cekap dan tempoh kerjasama kami selama berpuluh-puluh tahun dengan PETRONAS," kata Jim Solomon, pengarah – LNG Air Products. "Dalam perkembangan industri LNG seluruh dunia, PETRONAS adalah pemain utama, dan kami berbangga dalam kemampuan kami untuk membekalkan teknologi termoden bagi membantu kejayaan mereka dalam projek-projek besar ini."

Sebahagian besar jumlah LNG seluruh dunia dihasilkan melalui teknologi Air Products. Air Products kini telah mereka, mengilang dan mengeksport 100 gelung terlingkar penukar haba untuk projek-projek LNG seluruh dunia selama 4 dekad yang lalu. Dalam menyokong industri LNG, Air Products menyediakan teknologi proses dan peralatan penting bagi tunjang proses pencairan gas asli untuk loji-loji eksport besar, loji-loji LNG kecil dan sederhana, loji LNG terapung dan tempat perendah puncak LNG. Bagi industri huluan, Air Products membekalkan sistem membran dehidrasi untuk kedua-dua nitrogen dan gas asli untuk pelantar-pelantar luar pesisir. Bagi hiliran pula, Air Products menyediakan penjana gas lengai kering untuk pengangkut LNG, sistem membran nitrogen kapal dan sistem-sistem membran dan nitrogen kriogenik atas darat bagi terminal-terminal import LNG dan loji-loji beban dasar LNG.

Mengenai Air Products

Air Products (NYSE: APD) membekalkan gas-gas atmosfera, proses dan khusus; bahan-bahan prestasi; peralatan; dan teknologi. Selama lebih 70 tahun, syarikat ini telah membolehkan para pelanggan untuk menjadi lebih produktif, cekap tenaga dan mampan. Lebih daripada 20,000 kakitangan di lebih 50 negara membekalkan penyelesaian bekalan berinovasi untuk pasaran tenaga, alam sekitar dan pasaran baru. Ini termasuklah bahan-bahan semikonduktor, hidrogen untuk kilang penapisan minyak, penggasan arang batu, pencairan gas asli, dan penyalut serta pelekat peringkat tinggi. Pada tahun fiskal 2012, jualan Air Products hampir mencecah $10 bilion. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.airproducts.com/.

Mengenai PETRONAS

Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, adalah sebuah syarikat minyak dan gas bersepadu dengan nama yang kukuh di dunia. Merupakan sebuah syarikat Fortune Global 500, aktiviti urus niaganya termasuklah memanfaatkan simpanan gas asli di dalam dan luar negara. Syarikat ini adalah antara ahli kerja LNG bersepadu terbesar di dunia dengan kepentingan strategi dalam penghasilan LNG dan kemudahan-kemudahan berkaitan di Malaysia dan di luar negara. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.petronas.com

NOTA: Siaran ini mengandungi kenyataan-kenyataan ramalan dalam peruntukan safe harbor di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Kenyataan-kenyataan ramalan ini adalah berdasarkan jangkaan dan andaian pihak pengurusan yang munasabah mengenai faktor-faktor risiko penting sehingga tarikh siaran ini. Prestasi sebenar dan keputusan kewangan mungkin akan berbeza secara material daripada unjuran dan anggaran yang dinyatakan dalam kenyataan-kenyataan ramalan ini disebabkan banyak faktor yang tidak dapat dijangka oleh pihak pengurusan, termasuklah faktor-faktor risiko yang tertera dalam Borang Syarikat 10K bagi tahun fiskal berakhir pada 30 September 2012.

SUMBER  Air Products

Source: Air Products
Related Stocks:
NYSE:APD
Keywords: Chemical Gas Oil/Energy Utilities Contracts