omniture

Ajax Cairkan Trofi Untuk Peminat

AFC Ajax
2021-05-13 04:42

Semua pemegang tiket bermusim akan menerima 'sekeping Ajax'

AMSTERDAM, 13 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Setelah setahun perlawanan bola sepak yang luar biasa tanpa penyokong di stadium, Ajax telah memutuskan untuk mencairkan trofi juara dan menghasilkan lebih 42,000 bintang juara kecil. Mulai hari ini dan seterusnya, setiap pemegang tiket bermusim akan menerima bahagian mereka daripada piala juara atau seperti yang disebut oleh Ajax: 'sekeping Ajax'. Ini akan membolehkan kelab tersebut berkongsi trofi dan kejuaraan ke-35 itu secara fizikal dengan peminat.

 

Ketua Pengarah, Edwin van der Sar: 'Musim ini, kami kebanyakannya terpaksa bermain tanpa peminat kami. Tanpa mereka duduk di tempat duduk penonton. Walaupun begitu, kami merasakan sokongan mereka setiap minggu. Dalam perjalanan ke stadium, di media sosial dan dalam kenalan peribadi kami. Sebelum ini, apabila kami berkata 'kejuaraan ini adalah untuk anda', kami ingin meluahkan bahawa kami melakukannya untuk para peminat, bagaimanapun berkongsi trofi merupakan bukti kukuh bahawa kami benar-benar maksudkannya.' Selepas setahun yang bergelora, kami ingin memastikan peminat kami merasakan sebahagian daripada kejuaraan kami.'

Bermain tanpa penyokong juga merupakan sesuatu yang pelik bagi para pemain. Kapten Ajax, Dušan Tadić: 'Bermain di dalam stadium yang kosong tidak boleh dibandingkan dengan atmosfera Johan Cruijff ArenA. Kami benar-benar rindukan penyokong kami sepanjang musim lalu di Amsterdam dan semasa semua perlawanan kami. Oleh itu, kami ingin mendedikasikan gelaran kejuaraan ini kepada para peminat kami dan kami tidak sabar untuk bermain di hadapan mereka lagi.'

Pada musim ini, Ajax telah bermain 30 daripada 34 perlawanan Liga Eredivisie di dalam stadium yang kosong. Pasukan Amsterdam ini memenangi kedua-dua Piala KNVB dan Liga Eredivisie.

Semua pemegang tiket bermusim akan menerima satu bintang seberat 3.45g, di mana 0.06g daripada beratnya datang daripada trofi.

Keterangan foto:
Ajax cairkan trofi untuk peminat
-  Kapten Ajax, Dušan Tadić dengan salah satu daripada 42,000 bintang juara

Ajax melts trophy for fans
Ajax melts trophy for fans

 

Ajax captain Dušan Tadić with one of the 42.000 champion stars
Ajax captain Dušan Tadić with one of the 42.000 champion stars

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=N2mSUFz8YvI
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1508290/piece_of_ajax.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1508291/tadic___piece_of_ajax.jpg?p=medium600

Source: AFC Ajax
Keywords: Sporting Events Sports New products/services