omniture

CPhI dan PharmaEvolution.com akan Menganalisa Industri Farmasi dalam Laporan Bulanan dan Tahunan

UBM Live
2013-04-16 20:51 145

AMSTERDAM, 16 April 2013 /PRNewswire/ --

CPhI Worldwide - sebuah divisyen UBM Live - dan jenama saudaranya, PharmaEvolution (http://www.pharmaevolution.com)akan memperkenalkan laporan tahunan dan bulanan yang membuat liputan tentang trend utama dalam industri farmaseutikal dunia.

CPhI, yang menganjurkan sebilangan persidangan dan pameran farmaseutikal yang berjaya dan disegani di seluruh dunia, akan menggunakan kedudukan bebasnya dalam industri untuk menganalisa trend yang dikenalpasti oleh pengunjungnya dan sekumpulan penasihat pakar. Bergandingan dengan rakan kongsi kandungan, PharmaEvolution, sebuah laman web komuniti perangkai padan (P2P), CPhI akan mengkaji topik dan isu penting, dan menggalakkan perbincangan dalam talian.

Laporan bulanan pertama mengenai Formulasi & Bahan akan diterbitkan pada bulan Mei dan laporan seterusnya akan mengkaji topik-topik seperti penyumberan luar, perkembangan dan pengeluaran biofarmaseutikal dan pembangunan ubat generik.

Laporan tahunan pertama, yang akan mengkaji keadaan masa kini industri farmasi global, akan diterbitkan pada bulan September, sebulan sebelum persidangan CPhI Worldwide di Frankfurt pada pertengahan Oktober. Ia akan memaparkan pandangan daripada tokoh-tokoh pemikir dalam sektor-sektor penting industri, menilai amalan masa kini dan meramalkan trend jangka panjang dan pendek - selain membanci pengunjung CPhI - memberikan satu sudut pandangan yang seimbang terhadap industri daripada tokoh-tokohnya buat pertama kali.

Laporan bulanan akan dibangunkan dan data dikumpulkan oleh PharmaEvolution, sebuah syarikat usahasama dengan UBM DeusM, dilancarkan pada 25 Februari, yang bertujuan menggalakkan perkongsian langsung dalam talian antara ahli profesional dalam penyelidikan dan pembangunan farmaseutikal, pembuatan, pengurusan rantaian bekalan, dan kualiti. Di PharmaEvolution, ahli industri berkongsi amalan terbaik, alat penilaian kendiri, artikel teknikal, siaran web, perbualan, dan format bukan tradisional yang direka untuk membantu ahli profesional meningkatkan keputusan dan mengilhamkan pendekatan lebih inovatif kepada R&D dan pembuatan. Tidak menumpukan kepada penulisan wartawan, PharmaEvolution memaparkan kandungan yang ditulis oleh pakar industri dan mereka yang bekerja dalam industri, laman ini menyediakan satu persekitaran dalam talian yang selamat di mana ahliahli di bidang ini dapat berkongsi amalan bebas hakmilik yang terbaik, menyelesaikan masalah, dan membincangkan isu dan cabaran secara terbuka.

UBM menyedari keperluan kepada sebuah komuniti, serta capaian lebih baik kepada analisis dan amalan terbaik, dalam industri ubatan. "Kerana ahli farmaseutikal profesional hari ini menerima tekanan yang hebat untuk menghasilkan inovasi dan pengeluaran yang lebih cekap, dengan sumber yang lebih rendah, dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti dan keselamatan produk" kata penyunting PharmaEvolution.com, Agnes Shanley. "Wujud keperluan sebenar kepada pengurusan risiko yang lebih baik dan pendekatan yang lebih saintifik dalam jaminan dan kawalan kualiti."

Dengan mempelbagaikan kandungannya melalui usahasama baharu ini, dan memasuki bidang penyelidikan dan analisis industri, CPhI menyasarkan untuk menentukan dan berkongsi amalan terbaik di seluruh industri farmaseutikal dunia.

"CPhI dan PharmaEvolution memperkenalkan inisiatif ini untuk meluaskan sebaran maklumat yang tidak ternilai dan membantu industri farmasi menyesuaikan diri kepada perubahan sistemik dan makroekonomi" kata Pengarah Jenama CPhI, Andrew Pert. "Dengan mendapatkan perspektif unik audiens global kami, kami berharap dapat membantu ahli profesional industri dan sektor farmasi menyesuaikan diri kepada perubahan dan berkembang. Laporan industri kami akan menganalisa pemikiran kolektif pempamer CPhI, pelawat dan komuniti farmasi keseluruhannya, memberikan satu pandangan mendalam terhadap trend farmasi dan penyelesaian praktikal untuk hari esok."

Untuk maklumat lanjut, hubungi: cphi@ubm.com

Klik di sini untuk melawati PharmaEvolution: http://www.pharmaevolution.com

Nota kepada editor

Mengenai CPhI

CPhI memacu pertumbuhan dan inovasi dalam setiap langkah rangkaian bekalan farmaseutikal global dari penemuan ubatan hinggalah ke dos yang telah siap untuk digunakan. Melalui pameran, persidangan dan komuniti dalam talian, CPhI menyatukan lebih 100,000 golongan profesional farmasi setiap tahun untuk membentuk rangkaian, mengenalpasti peluang perniagaan dan mengembangkan pasaran global. Acara utama, CPhI Worldwide diadakan di Eropah, dengan acara tambahan di Cina, India, Jepun, Asia Tenggara, Rusia dan Amerika Selatan, dilokasikan bersama dengan ICSE untuk perkhidmatan kontrak, P-MEC untuk peralatan, InnoPack untuk pembungkusan, dan BioPh untuk biofarmasi. CPhI menyediakan direktori pembeli & pembekal dalam talian di CPhI-Online.com dan menjadi hos kepada komuniti global dengan berita dan analisis di PharmaEvolution.com, diterbitkan oleh UBMLive dan rakan kongsinya.

Untuk maklumat lanjut lawati : http://www.cphi.com

Mengenai UBM Live

UBM Live menghubungkan orang ramai dan mengadakan peluang untuk syarikat di lima benua membangunkan perniagaan baharu, menemui pelanggan, melancarkan produk baharu, mempromosikan jenama mereka, dan mengembangkan pasaran mereka. Melalui jenama terulung seperti TFM&A, Internet World, IFSEC, MD&M, CPhI, Cruise Shipping Miami, the Concrete Show,dan banyak lagi; pameran, persidangan, program anugerah, penerbitan, laman web, dan program latihan dan pensijilan UBM Live merupakan bahagian penting dalam pelan pemasaran syarikat merentasi lebih 20 sektor industri.

Mengenai UBM DeusM

UBM DeusM (http://www.deusm.com) merupakan syarikat perkhidmatan pemasaran bersepadu yang dimiliki UBM plc, menyasarkan  segmen industri penerbitan dalam talian yang paling pesat berkembang: media sosial perniagaan. Syarikat ini diketuai oleh Pengarah Urusan Stephen Saunders, Pemasar Terbaik Tahunan 2010 Min. Beliau dan prinsipal lain DeusM telah membina dan menghasilkan lebih 45 laman web dan komuniti dalam talian dalam tempoh dua tahun yang lalu. Perkhidmatan UBM DeusM berasaskan platform unik, digelar 'Community in a Box' (CiaB), yang menggunakan sistem berstruktur amalan terbaik penerbitan web B2B yang terbukti, digabungkan dengan platform penerbitan multimedia bersepadu ("n-Server") yang membolehkan ahli pemasaran mewujudkan komuniti khusus dengan pantas dan menguntungkan untuk pelanggan sasaran mereka.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Alex Heeley atau Tristan Jervis    
De Facto Communications
T: +44-(0)207-203-6742
E: a.heeley@defacto.com/t.jervis@defacto.com

Sumber: UBM Live

Source: UBM Live
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research