omniture

PCB DesignSpark Versi 5.0 yang Kaya Ciri-ciri daripada RS Components Memberikan Faedah Penjimatan Masa dan Pengurangan Kesilapan kepada Jurutera Rekaan

RS Components
2013-04-17 10:00 157

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 April 2013 /PRNewswire/ --

Maklumbalas komuniti pengguna DesignSpark bantu tentukan ciri baru dalam keluaran terkini perisian rekaan PCB

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi terulung dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah mendedahkan keluaran terkini DesignSpark PCB, perisian profesional yang memenangi anugerah oleh syarikat tersebut untuk rakaman skematik dan rekaletak PCB. DesignSpark PCB Versi 5.0 menyepadukan dua ciri baru dalam alat rekaan percuma itu -- Pemeriksaan Aturan Rekaan dalam talian dan bas -- yang diperkenalkan untuk mengurangkan masa rekaan bagi jurutera dan mengurangkan kesilapan semasa proses rekaan.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Keluaran baru ini diasaskan daripada versi DesignSpark PCB sebelum ini yang diumumkan pada Oktober 2012, yang memberikan capaian kepada pustaka komponen ModelSource yang meneraju industri, perkhidmatan petikan PCB dan kefungsian petikan BOM.

Semakan Aturan Rekaan Dalam Talian (DRC)

Semakan Aturan Rekaan (DRC) menentukan sama ada rekaletak fizikal satu papan litar bersepadu memuaskan siri parameter disyorkan yang dinamakan aturan rekaan. DRC merupakan satu langkah penting semasa pengesahan fizikal sesuatu rekaan, yang biasanya dilakukan dalam fasa pasca-rekaan. DRC dalam talian merupakan perkembangn proses ini yang membolehkan jurutera mengesan kesilapan dalam masa nyata semasa peringkat rekaan, menunjukkan sebarang isu sebelum rekaan itu memasuki peringkat akhir dan rekaletak disempurnakan.

Adanya DRC dalam talian dalam DesignSpark PCB Versi 5.0 merupakan penambahan penting kepada kefungsian perisian tersebut, memperkenalkan faedah penjimatan masa kepada pengguna di mana banyak kesilapan dapat diperbetulkan dengan segera dengan kesan sampingan yang minimum kepada keseluruhan rekaan, memastikan hasil dan keandalan maksimum.

Bas

Peningkatan penggunaan rekaan digital telah menghasilkan penggunaan bas atas cip, atau kelompok wayar berkaitan, untuk memindahkan data, membolehkan jurutera menggabungkan beberapa isyarat data ke dalam satu bas dalam gandaan 8 (contohnya 8,16,32). Tanpa melukis atau melabel wayar individu dalam skema rekaan, wayar bas tunggal dapat digunakan untuk mewakili wayar-wayar berkaitan, seterusnya meringkaskan skema rekaan akhir. Ia juga membolehkan simulasi dan penyahpijatan dijalankan dengan kesilapan minima. Bas telah ditambahkan secara terus ke dalam DesignSpark PCB Versi 5.0, membolehkan jurutera memperhalusi skema rekaan semasa fasa rekaan.

"Penerimaan DesignSpark PCB amat memberangsangkan sejak kami melancarkan perisian ini pada Julai 2010 dengan lebih daripada 155,000 muat turun dicatatkan di seluruh dunia," kata Mark Chundle, Ketua Pemasaran Teknikal di RS. "Maklumbalas pengguna merupakan bahagian penting dalam evolusi alat ini dan dua ciri baru ini telah menerima permintaan popular daripada komuniti pengguna. Hubungan yang telah kita bina dengan sesetengah pengguna membantu membentuk halatuju masa hadapan perisian ini, memastikan pelaburan berterusan kami dalam DesignSpark PCB adalah berdasarkan keperluan jurutera."

Garis Masa DesignSpark PCB:

  • Julai 2010 -- Keluaran Pertama DesignSpark PCB
  • Mac 2011 -- Penambahan visual 3D rekaletak PCB dan kefungsian pengurusan perpustakaan yang dipertingkatkan.
  • November 2011 -- Penambahan antaramuka simulasi, pengira rekaan dan kefungsian pengumpulan komponen.
  • Oktober 2012 -- Pengurus perpustakaan dipertingkatkan dengan capaian ke 80,000 nombor bahagian dalam perpustakaan komponen ModelSource, dan tambahan sebutharga bil-bahan dan kefungsian sebutharga pengilangan PCB.
  • Februari 2013 -- Integrasi Pemeriksaan Aturan Rekaan dalam talian dan bas.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar ulung produk elektronik dan penyenggaraan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang ternama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, serta elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan yang lalu berakhir 31 Mac 2012 telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS 
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com 
T: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
Erscsg@hoffman.com 
T: +65-6361-0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services