omniture

Francais Realty ONE Group Menginjak Pada Kedudukan Paling Produktif Dalam Industri

Realty ONE Group
2021-05-14 14:56 2387

UNBrokerage Meletakkan Lima Belas Pejabat Paling Cemerlang dalam Senarai Mega 1000 T3 Sixty

LAS VEGAS, 14 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden dipacu tujuan dan salah SATU rangkaian francais yang paling pesat berkembang hari ini, mengubah senarai Mega 1000 T3 Sixty yang terdiri daripada syarikat pembrokeran tradisional paling berpengaruh dengan meletakkan lima belas francaisnya yang paling progresif dan produktif dalam kedudukan 1000 broker terbaik dari segi volum jualan. Ia merupakan francais syarikat berasaskan 100% komisyen yang paling banyak dan menggandakan bilangan pejabat Realty ONE Group yang menduduki senarai pada tahun sebelumnya.

UNBrokerage, sebagaimana yang dikenali dalam industri, terus membuka pejabat dan merekrut profesional hartanah dalam bilangan yang sangat banyak daripada sebelumnya dengan model perniagaannya yang menarik, 'COOLTURE', jenama yang dinamik, bimbingan serta sokongan perniagaan dan banyak lagi.

"Francais Realty ONE Group yang cemerlang ini menggambarkan kejayaan yang dapat kami lihat di seluruh pejabat kami ketika para profesional hartanah terus memenuhi industri," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Dan kami gembira dapat mengubah senarai yang biasanya menampilkan syarikat pembrokeran tradisional, ia menunjukkan bahawa perubahan terus berlaku dalam industri kami."

Walaupun ketika pandemik koronavirus, Realty ONE Group menyaksikan pertumbuhan dalam volum jualan (meningkat sebanyak 18%), transaksi (meningkat sebanyak 20%) dan bilangan ejen (meningkat sebanyak 16%).

UNBrokerage mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada dan baru sahaja mengumumkan bahawa ia telah menjual hak francais kepada Singapura. Sebagai menandakan daya tarikan dan rekod pertumbuhannya yang luar biasa, syarikat ini telah dinobatkan sebagai Top 50 Franchise for Women (50 Francais Terbaik Wanita) oleh Franchise Business Review dan sekali lagi dinobatkan sebagai syarikat No. 1 Fastest Growing 100%-Commission (No. 1 Paling Pesat Berkembang secara 100%-Komisen) pada senarai Usahawan Francais Paling Pesat Berkembang di Seluruh Dunia untuk tahun 2021.

Untuk melihat senarai penuh francais Realty ONE Group yang menduduki senarai, pautannya ada di sini.
Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Source: Realty ONE Group
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Residential Real Estate Awards