-- Para Penaja, Rakan Kongsi, dan Penyokong Baharu Jelajah Berbasikal mKesihatan GSMA Akan Membantu Meningkatkan Kesedaran Tentang Diabetes dan Keperluan kepada Penyelesaian mDiabetes
LONDON, 17 April 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini telah mengumumkan bahawa sebilangan organisasi baharu termasuklah ANT+, Orange, Team Blood Glucose (TeamBG) dan Team Novo Nordisk, bakal mengambil bahagian dalam Jelajah Berbasikal mKesihatan GSMA dalam bulan September 2013. Melalui kerjasama dengan semua penaja, rakan kongsi dan penyokong, Jelajah Berbasikal mKesihatan GSMA akan menyatukan industri-industri mudah alih dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan juga komuniti pesakit diabetes, bagi meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan menggalakkan pembangunan dan penyampaian penyelesaian-penyelesaian mKesihatan.
"Memang sangat menggalakkan bila kita lihat penglibatan yang begitu hebat daripada syarikat-syarikat ternama dalam bidang teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan juga komuniti berbasikal, bagi meningkatkan kesedaran tentang bagaimana teknologi mudah alih dapat membantu memperbaiki kehidupan para pesakit diabetes," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Kami menggalakkan seramai mungkin penunggang basikal dan organisasi untuk mengambil bahagian dalam jelajah ini. Bersama kita boleh berusaha bagi menyampaikan produk-produk dan perkhidmatan berinovasi bagi menghadapi cabaran-cabaran yang besar dalam menguruskan, dan lebih penting lagi, mengelakkan penyakit diabetes."
Di Eropah sahaja, seramai 55 juta orang yang hidup bersama diabetes dan ia adalah salah satu punca paling banyak kematian di wilayah itu. Teknologi mudah alih boleh menyokong rawatan dan pencegahan diabetes dengan meningkatkan jangkauan dan ketersediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan, memotong kos penjagaan dan mengurangkan impak penyakit itu ke atas kehidupan orang ramai.
Para penunggang daripada pasukan pembangunan Team Novo Nordisk, semuanya menghidap diabetes jenis 1, bakal mengambil bahagian dalam Jelajah mKesihatan sejauh 2,100 kilometer, yang bermula di Brussels pada 5 September 2013 dan tamat di Barcelona pada 18 September 2013. Tambahan lagi, Orange akan menjadi rakan perhubungan rasmi untuk jelajah itu, membekalkan perkhidmatan berinovasi yang akan menangkap, menyimpan dan berkongsi secara selamat rekod-rekod kesihatan pesakit sewaktu jelajah itu, yang meliputi pasaran lima buah negara Eropah. ANT+ akan menjadi rakan kongsi teknologi rasmi dan akan menggunakan teknologi tanpa wayar bertenaga rendahnya bagi membekalkan maklumat prestasi penunggang dan membolehkan statistik biometrik ditangkap dan dikongsi melalui peranti rakan ANT+ dan telefon pintar yang dilengkapi teknologi ANT+.
TeamBG, sebuah perusahaan sosial tanpa untung yang menyasarkan untuk memberi inspirasi pada para penghidap diabetes untuk mencapai matlamat sukan dan senaman mereka, bakal menghantar penyertaan seramai 12 orang penunggang bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal. Sewaktu Jelajah itu, TeamBG akan terlibat dalam percubaan pelbagai produk mDiabetes, termasuk kit ujian bermeter untuk pengurusan gula dalam darah.
Semua organisasi ini akan berganding dengan GSMA dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa Eropah (IDF Europe) dalam membantu meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan, pencegahan dan penyelidikan penyakit diabetes. Para penyokong baharu untuk Jelajah itu termasuklah Persatuan Diabetes Catalan, Perikatan Kesihatan Continua, Diabetes Croatia, Diabetes Jerman, Persekutuan Persatuan Jururawat Eropah (EFN), Medtech Alliance, The King's Fund dan Yayasan TicSalut, antara lainnya. Para penunggang yang mengambil bahagian juga bakal menerima sokongan pakar daripada organisasi dan individu-individu seperti Carmichael Training Systems, Chef berbintang Michelin Alan Murchison dan Michael Trenell, Profesor Pergerakan dan Metabolisme di Universiti Newcastle.
"Acara ini penting bagi mempamerkan penyelesaian mKesihatan yang sebenar dan hujung-ke-hujung yang bakal memperbaiki kehidupan orang ramai," kata Rod Morris, Naib Presiden, ANT Wireless. "Penumpuan sukan dan pemantauan kesihatan kini sudah tiba dan ANT+ berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada kolaborasi penting dalam industri."
"Orange komited dalam membangunkan penyelesaian perkhidmatan penjagaan kesihatan berasaskan ICT saling kendali yang akan meningkatkan kualiti hidup individu-individu yang berpenyakit kronik dengan membolehkan aliran maklumat automatik daripada pesakit kepada penyedia penjagaan kesihatan mereka," kata Thierry Zylberberg, Pengarah Orange Healthcare. "Kami berbangga dapat menyokong Jelajah mKesihatan GSMA kerana ia adalah inisiatif yang sangat bagus dalam meningkatkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pesakit diabetes setiap hari. Ia juga menyediakan landasan yang bagus untuk menggalakkan faedah-faedah penyelesaian ICT mudah alih kesihatan bagi pemantauan dan pengurusan penyakit."
"Sebagai pasukan pesakit amatur sepenuhnya yang tunggal, TeamBG berbangga dapat bekerjasama dengan IDF Eropah dan GSMA bagi menunjukkan nilai dan faedah-faedah penyelesaian mKesihatan dan kesan-kesan positif yang mereka berikan pada kehidupan orang-orang biasa yang menghidap diabetes," kata Paul Buchanan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TeamBG.
"Kami sangat teruja kerana Pasukan Pembangunan akan mengambil bahagian dalam acara yang sangat hebat untuk komuniti diabetes," kata Phil Southerland, pengasas-bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Team Novo Nordisk. "Bila didiagnos dengan penyakit diabetes, orang ramai akan ingat mereka takkan boleh menjalani kehidupan yang normal semula dan mencapai impian mereka. Sebagai sebuah pasukan sukan yang kesemua ahli pasukannya penghidap diabetes, Team Novo Nordisk menunjukkan bahawa, dengan kawalan gula dalam darah yang teratur, segalanya adalah berkemungkinan dan Jelajah mKesihatan ini adalah peluang yang hebat untuk mendidik, memberi kuasa dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lagi."
Jelajah mKesihatan GSMA terbuka kepada penyertaan individu, pasukan, penaja dan penyokong yang ingin membantu meningkatkan kesedaran diabetes dan mempamerkan penyelesaian mKesihatan yang berinovasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mhealthtour.com atau e-mel enquiries@mhealthtour.com.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. Beroperasi dalam lebih daripada 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com