omniture

Pinkerton Lancarkan Laman Web Baharu bagi Perkhidmatan Pengurusan Risiko

Laman Web Baru Tonjolkan Kemampuan Pinkerton dalam Perluasan Sekuriti Global dan Kebolehan Pengurusan Risiko
Pinkerton
2013-04-18 01:52 162

PARSIPPANY, New Jersey, 17 April 2013 /PRNewswire/ -- Pinkerton telah melancarkan laman web yang komprehensif dan mudah dilayari, pinkerton.com, yang memberikan satu sumber pengurusan risiko dan sekuriti yang tidak ternilai kepada organisasi tanpa mengira saiz. Dengan pejabat di enam buah benua, Pinkerton merupakan pemimpin global dalam pengurusan risiko korporat dan rakan kongsi dipercayai oleh kebanyakan syarikat terbesar dunia.

Pinkerton mereka semula dan memperkembangkan sepenuhnya laman web mereka untuk mencerminkan kemampuan mereka yang sedang berkembang; mereka kini menawarkan perkhidmatan pengurusan risiko yang lebih komprehensif serta penyelesaian kepada lebih ramai pelanggan di seluruh dunia. Laman web itu juga menonjolkan kebolehan Pinkerton bukan sahaja dalam menolong syarikat-syarikat berdepan dengan situasi keselamatan, sekuriti dan risiko langsung atau berterusan, tetapi juga menggunakan kepakaran pengurusan risiko mereka untuk membantu klien merancang bagaimana berdepan situasi risiko pada masa akan datang.

"Laman web baharu kami memberikan kemudahan kepada pelanggan prospektif dan sedia ada memahami rangkaian perkhidmatan kami yang luas secara global," kata Jack Zahran, Presiden, Pinkerton. "Kami mahu profesional keselamatan korporat dan pengurusan risiko menghubungi kami dengan semudah mungkin dan memanfaatkan pengalaman kami serta rangkaian sumber global untuk menyelesaikan cabaran risiko tempatan, serantau, dan global mereka."

Fungsi penting terdapat pada laman web ini ialah kemampuan untuk melanggan Laporan Risikan Perniagaan yang komprehensif dan Signal Pemberitahuan. Diterbitkan setiap hari, setiap minggu atau apabila diperlukan, Laporan Risikan Pinkerton memaparkan aktiviti global yang khusus dan peristiwa utama dunia yang berkaitan dengan perniagaan pelanggan. Pemberitahuan menggunakan email atau notifikasi teks SMS untuk memberitahu pelanggan tentang kejadian terkini dan akan datang serta situasi yang mampu memberi impak kepada perniagaan mereka.

Pelawat laman web itu juga akan mendapati rangkaian perkhidmatan Pinkerton dipecahkan kepada empat bidang utama: Bahaya & Risiko Peristiwa, Risiko Fizikal & Pengendalian, Risiko Ekonomi & Pasaran, dan Risiko Teknologi & Maklumat. Pengkategorian mudah ini membolehkan pencarian maklumat mengenai perkhidmatan dan penyelesaian khusus dengan lebih pantas dan mudah.

Sepertimana dinyatakan Zahran, " Kami mengetahui betapa bernilainya masa seorang profesional pengurusan risiko. Salah satu matlamat kami dalam mereka laman itu ialah untuk memberikan jawapan dan hubungan yang diperlukan secekap mungkin. Kami merasakan bahawa laman ini mencapai misi tersebut."

Mengenai Pinkerton: Pinkerton mempunyai sejarah sejak 1850 apabila Alan Pinkerton menubuhkan Agensi Detektif Kebangsaan Pinkerton. Kini, Pinkerton menawarkan organisasi serangkaian perkhidmatan pengurusan risiko korporat daripada konsultasi sekuriti dan penyiasatan kepada perlindungan eksekutif, penyaringan pekerjaan dan perisikan sekuriti. Dengan pekerja dan pejabat di seluruh dunia, Pinkerton mengekalkan reputasinya yang tidak terbanding dalam melindungi klien dan aset mereka di seluruh dunia.

Source: Pinkerton
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Web Site New products/services