omniture

Revbits® Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah Keselamatan Maklumat yang Menjadi Rebutan semasa Persidangan RSA 2021

RevBits LLC
2021-05-17 21:00 3

Penyedia Penyelesaian Keselamatan Siber, RevBits Memenangi Pelbagai Anugerah Dalam Anugerah Keselamatan Maklumat Global Tahunan yang ke-9 di #RSAC 2021

MINEOLA, New York, 17 Mei 2021 /PRNewswire/ -- RevBits dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah memenangi anugerah-anugerah berikut daripada Cyber Defence Magazine (CDM), majalah keselamatan maklumat elektronik yang terkemuka dalam industri:

RevBits recognized for innovation across three of its cybersecurity solution products by Cyber Defense Magazine.
RevBits recognized for innovation across three of its cybersecurity solution products by Cyber Defense Magazine.

 

  • Paling Inovatif dalam Keselamatan E-mel
  • Paling Inovatif dalam Tindak Balas dan Pengesanan Titik Akhir (EDR)
  • Pilihan Editor dalam Keselamatan Titik Akhir
  • Produk Terbaik dalam Pengurusan Akses Terlindung (PAM)

"Ia amat memuaskan hati apabila melihat kami diiktiraf atas inovasi yang kami bawa dalam persekitaran yang sangat kompetitif," kata David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif. "Hampir semua produk yang kami tawarkan telah memenangi anugerah dalam kategorinya, hasil daripada bakat besar Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi kami, Mucteba Celik. Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam keselamatan siber dan mempunyai pelbagai paten AS yang telah didaftarkan, beliau merupakan jurubina kepada semua yang kami cipta. Dengan peningkatan insiden keselamatan siber yang berterusan, kami akan meneruskan usaha kami untuk membawa lebih banyak inovasi dan seterusnya meningkatkan keberkesanan perisian keselamatan siber untuk melindungi pelanggan kami dengan lebih baik."

"Kami teruja menerima anugerah keselamatan siber yang berprestij dan menjadi rebutan ini daripada Cyber Defense Magazine.  Kami tahu persaingan pasti sengit dan dengan hakim-hakim terbaik yang menerajui pakar keselamatan maklumat di seluruh dunia, kami tidak dapat menyatakan betapa gembiranya kami," kata Mucteba Celik, Ketua Pegawai Teknologi RevBits. "Kami amat berbesar hati kerana sebagai pemenang, kami termasuk dalam kalangan syarikat keselamatan siber yang paling popular."

Tentang RevBits
Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah syarikat keselamatan siber komprehensif yang berdedikasi untuk memberikan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggannya. Dengan menawarkan empat alat keselamatan yang canggih dan terdiri daripada dua belas modul berbeza, RevBits memberikan perlindungan kepada syarikat yang menghadapi ancaman siber paling canggih. Pembangunan teknologi diteruskan di RevBits dengan penawaran platform bersepadu terkini untuk mengurus dan mengawal keempat-empat penyelesaian dalam satu papan pemuka daftar masuk tunggal - Platform Kecerdasan Siber RevBits. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, London, England dan Antwerp, Belgium. Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits.

Tentang Anugerah Keselamatan Maklumat CDM
Ini merupakan tahun kesembilan bagi Cyber Defense Magazine mengiktiraf inovator Keselamatan Maklumat global. Syarat-syarat permohonan kami terbuka kepada mana-mana syarikat permulaan, peringkat awal, peringkat terkini atau syarikat-syarikat awam dalam skop KESELAMATAN MAKLUMAT (INFOSEC) yang mempercayai bahawa mereka mempunyai cadangan nilai yang unik dan menarik untuk produk atau perkhidmatan mereka. Ketahui lebih lanjut di www.cyberdefenseawards.com 

Tentang Penghakiman
Para hakim terdiri daripada profesional keselamatan yang diperakui oleh CISSP, FMDHS, CEH, yang memilih berdasarkan kajian bebas terhadap bahan yang dihantar syarikat pada laman web bagi setiap penghantaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada lembaran data, kertas putih, risalah produk dan pemboleh ubah pasaran yang lain. CDM mempunyai falsafah yang fleksibel untuk mencari lebih banyak syarikat yang inovatif dengan teknologi baharu dan unik berbanding syarikat yang mempunyai paling ramai pelanggan atau wang di bank. CDM sering bertanya, "Apa seterusnya?" yang mendorong kami mencari Penyelesaian Keselamatan Maklumat Generasi Seterusnya.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Neal Hesterberg
Naib Presiden Pembangunan Perniagaan
RevBits
Neal.hesterberg@revbits.com


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1508861/global_infosec_awards_for_2021_winner.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222447/revbits_logo__002.jpg?p=medium600

Source: RevBits LLC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards