omniture

New Enterprise Associates Namakan Carmen Chang sebagai Rakan Kongsi dan Pengarah Urusan, Asia (Kecuali India)

New Enterprise Associates, Inc.
2013-04-18 01:57 171

MENLO PARK, California, 17 April 2013 /PRNewswire/ -- New Enterprise Associates, Inc. (NEA), sebuah firma pelaburan modal utama dunia, mengumumkan hari ini bahawa Carmen Chong telah dinamakan sebagai Rakan Kongsi dan Pengarah Urusan Asia (Kecuali India). Peranan yang baru diwujudkan ini mencerminkan fokus strategik NEA dalam membina organisasi global bersatu yang melabur secara aktif di Asia dan menyokong syarikat-syarikat portfolionya yang berpusat di Amerika Syarikat beroperasi atau menjalankan perniagaan di pasaran penting yang sedang membangun ini.

Cik Chang, yang menyertai NEA sebagai Penasihat Khas Kanan tahun lalu, akan terus  berpangkalan di pejabat firma tersebut di Menlo Park tetapi akan meluangkan satu perempat masanya di Cina dan pasaran membangun lain di Asia. Fokus awalnya akan tertumpu kepada meningkatkan aliran urusan serta jenama firma tersebut di Cina dan pasaran lain Asia. Cik Chang akan bekerja sama erat dengan Xiaodong Jiang, Pengarah Urusan New Enterprises Associates (Beijing), Ltd., untuk terus memperkukuhkan kedudukan NEA di Cina.

"Dalam membina platform global NEA pada dekad yang lalu, kami telah mempelajari bahawa kami dapat memberikan yang terbaik apabila bekerja sebagai pasukan yang sangat bersepadu," kata Scott Sandell, Rakan Kongsi Am NEW dan ketua aktiviti firma itu di Cina. "Ketika mana portfolio A.S. kami semakin terlibat di Asia, seiring pertumbuhan syarikat kami di Cina, amat kritikal bagi kami memanfaatkan kekuatan global NEA untuk membantu para usahawan kami berjaya di kedua-dua rantau. Carmen, seorang peneraju yang disegani dalam bidang pelaburan masuk ke A.S. dan perkongsian di Cina, telahpun terlibat secara mendalam di operasi NEA A.S. dan China. Kami amat teruja kerana dapat mengiktiraf peranannya dengan pelantikan ini."

NEA mula melabur di China pada 2003, mewujudkan kehadiran tempatan pada 2005, dan kini mempunyai pejabat sekutu di Beijing dan Shanghai. Firma itu telah melabur lebih $400 juta dalam lebih 30 syarikat portfolio dalam pelbagai sektor dan peringkat, termasuk SMIC, Spreadtrum, CITIC Pharmaceuticals (diambilalih oleh Shanghai Pharma), LianLian Pay, dan Uni-Power Group.

Sebelum menyertai NEA pada 2012, Cik Chang merupakan seorang Rakan Kongsi di Wilson Sonsini Goodrich & Rosati (WSGR), di mana beliau telah mengetuai operasi WSGR di Cina. Cik Chang telah terlibat dengan banyak urusniaga dan syarikat teknologi berpengaruh di Cina, termasuk pelaburan asing pertama dalam China Netcom; syarikat seperti Lenovo, Foxcom, Google, Tencent, Netease, CEC, China Mobile dan lain-lain; IPO bagi SMIC, Spreadtrum dan lain-lain; dan beberapa pengambilalihan dan penggabungan.

Selain peranannya bersama NEA, Cik Chang merupakan seorang anggota sekutu bagi Pusat Sekuriti dan Kerjasama Antarabangsa di Universiti Standford dan merupakan felo bagi Rock Center bagi Tabdir Urus Korporat, sebuah inisiatif bersama Fakulti Perundangan Stanford dan Fakulti Graduan Perniagaan Stanford. Beliau juga berkhidmat dalam lembaga pengarah AAC Technology Holdings, Inc, salah satu pengilang bersepadu menegak utama dunia bagi komponen miniatur.

Mengenai NEA

New Enterprise Associates, Inc. (NEA) merupakan sebuah firma peneraju modal usaha niaga yang berfokus kepada memberi bantuan kepada usahawan membangunkan perniagaan transformasi merentasi pelbagai peringkat, sektor dan rantau geografi. Dengan kira-kira $13 bilion dalam modal komited, NEA melabur dalam syarikat teknologi dan kesihatan pada setiap peringkat kitar hayat sebuah syarikat, daripada peringkat semaian hinggalah ke peringkat Penawaran Awam Awal (IPO). Tersenarai dalam rekod firma ini termasuklah lebih daripada 175 portfolio IPO syarikat dan lebih daripada 295 pemerolehan, termasuk pelaburan dalam pemimpin teknologi seperti  Data Domain, CareerBuilder, Diapers.com, Fusion-io, Groupon, Juniper, Macromedia, Salesforce.com, TiVo, dan Workday. Di A.S., NEA mempunyai dua pejabat di kawasan metropolitan Washington, D.C. dan satu di Menlo Park, California. Tambahan pula, New Enterprise Associates (India) Pvt. Ltd.mempunyai pejabat di Bangalore dan Mumbai, India dan New Enterprise Associates (Beijing), Ltd. mempunyai pejabat di  Beijing dan Shanghai, Cina. Untuk maklumat lanjut, layari www.nea.com.

Source: New Enterprise Associates, Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements Venture Capital