omniture

ISMRM Anugerah Pingat Emas Pada Mesyuarat Tahunan Dan Umum Presiden Baharu

ISMRM International Society for Magnetic Resonance in Medicine
2021-05-17 23:00

CONCORD, California, 17 Mei 2021 /PRNewswire/ -- International Society for Magnetic Resonance in Medicine (ISMRM) mengadakan Mesyuarat Tahunannya pada minggu ini dan akan mengiktiraf beberapa pencapaian dengan anugerah-anugerah berprestij.

Anugerah Pingat Emas ini merupakan penghormatan tertinggi dari organisasi ini dan dianugerahkan untuk mengiktiraf sumbangan penyelidikan utama terhadap bidang resonans magnetik dalam skop Persatuan tersebut. Pingat Emas ISMRM telah dianugerahkan kepada individu-individu berikut:  

Frederik Barkhof, M.D., Ph.D., Profesor Neuroradiologi, Institut Neurologi Queen Square dan Pusat Pengkomputeran Pengimejan Perubatan, Kolej Universiti London, England serta Jabatan Radiologi & Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan Universiti Amsterdam, Belanda atas sumbangannya yang besar dalam pemahaman tentang pelbagai penyakit dan keadaan neurologi menggunakan MRI.

Douglas L. Rothman, Ph.D., Profesor Radiologi dan Pengimejan Bioperubatan serta Kejuruteraan Bioperubatan, Pengarah Pusat Penyelidikan Resonans Magnetik Yale, Sekolah Perubatan Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat atas sumbangannya yang besar dalam kajian metabolisme otak, otot dan hati menggunakan pengimejan spektroskopik resonans magnetik.

Clare Tempany-Afdhal, M.D., Profesor Radiologi, Sekolah Perubatan Harvard dan Pengerusi Penyelidikan Ferenc Jolesz, Radiologi Brigham & Hospital Wanita, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat atas sumbangannya yang besar dalam kemajuan diagnosis dan rawatan barah prostat menggunakan MRI.

Di samping itu, Tim Leiner, M.D., Ph.D., Presiden ISMRM 2020-21 turut menanugerahkan dan mengumumkan senarai Felo Senior serta Felo Junior 2021 yang kedua-duanya tersenarai di laman web ISMRM.

Selain daripada penyampaian anugerah, Mesyuarat Tahunan ini merupakan masa peralihan pucuk pimpinan yang rasmi. Tim Leiner, M.D., Ph.D., Presiden sesi 2020-21 akan menyerahkan tugasnya kepada Fernando Calamante, Ph.D. sebagai Presiden ISMRM untuk sesi 2021-22 pada hari Rabu, 19 Mei semasa mesyuarat perniagaan tahunan serta mengalu-alukan ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baharu.

Mesyuarat Tahunan ISMRM-SMRT ini dianjurkan secara maya pada tahun ini dengan penyertaan lebih 5,000 orang hadirin yang mengkhusus dalam bidang resonans magnetik.  Mesyuarat Tahunan seterusnya akan menjadi mesyuarat bersama dengan ESMRMB dan akan diadakan pada 7-12 Mei 2022 di London, England.

Tentang ISMRM: 

International Society for Magnetic Resonance in Medicine ini merupakan sebuah persatuan saintifik, bukan berkeuntungan yang bertujuan untuk mempromosikan komunikasi, penyelidikan, pembangunan dan penggunaan dalam bidang resonans magnetik dalam perubatan dan biologi serta membangun dan menyediakan saluran serta kemudahan untuk pendidikan yang berterusan. Keahlian pelbagai disiplin persatuan ini terdiri daripada klinisian, ahli fizik, jurutera, ahli biokimia dan ahli teknologi. Selain mesyuarat saintifiknya yang besar, Persatuan ini juga menganjurkan bengkel serta menerbitkan dua buah jurnal, Magnetic Resonance in Medicine dan Journal of Magnetic Resonance Imaging serta buletin maya, MR Pulse. Ia juga menaja 29 kumpulan kajian dalam bidang khusus tentang minat dan bab saintifik berdasarkan lokasi geografi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang International Society for Magnetic Resonance in Medicine (ISMRM), sila hubungi +1 510-841-1899 atau layari laman web kami di www.ismrm.org.

ISMRM, One Concord Center, 2300 Clayton Road, Suite 620, Concord, CA 94520 USA

Source: ISMRM International Society for Magnetic Resonance in Medicine
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards Personnel announcements