omniture

Quintiq Dipilih oleh VolkerRail Untuk Perancangan Seluruh Syarikat

Quintiq
2013-04-18 03:53 198

'S-HERTOGENBOSCH, Belanda, 18 April 2013 /PRNewswire/ -- Quintiq, peneraju dunia dalam perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan (SCP&O), hari ini telah mengumumkan bahawa VolkerRail, sebuah kontraktor pakar prasarana landasan kereta api Belanda, telah memilih Quintiq untuk perancangan projek dan multi-sumber di seluruh operasinya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130328/606756 )

Quintiq bakal membangunkan dan menghantar kepada VolkerRail sebuah platform SCP&O tunggal yang dikonfigurasikan bagi menyelesaikan 100% kekangan perancangan tenaga kerja syarikat itu. Dengan menggantikan sebilangan sistem-sistem sedia ada, penyelesaian Quintiq akan membolehkan VolkerRail merancang dan menjadualkan kakitangan dan mesin untuk aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan. Aplikasi bersepadu dan dipandu oleh KPI ini akan membolehkan semua jabatan VolkerRail memperbaiki kelancaran perancangan strategi jangka masa panjang, perancangan kemampuan jangka masa pendek, dan penggunaan sumber peralatan dan krew, dan dalam pada masa yang sama menjayakan pemotongan kos penyelenggaraan IT.

"VolkerRail adalah sebuah syarikat berwawasan yang diasaskan inovasi. Kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka dalam sebuah lagi projek canggih untuk memaksimumkan kecekapan sumber-sumber mereka,"kata Arjen Heeres, Ketua Pegawai Operasi Quintiq. "Apabila aplikasi perancangan Quintiq yang unik dilaksanakan, VolkerRail akan mendapat ketelusan yang lebih tinggi terhadap rantaian keputusannya, daripada strategi jangka masa panjang hinggalah ke pelaksanaan dan pengurusan semakan. Sekali lagi, ia membuktikan bahawa Quintiq adalah syarikat yang patut diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah SCP&O yang rumit.

"Penyelesaian Quintiq yang disesuaikan adalah jauh lebih baik daripada sistem-sistem sedia ada kami. Ia menyokong sebuah proses perancangan bersepadu yang memberi kesan kepada semua bahagian kami – daripada bahagian tender projek dan unit penyediaan kerja hingga ke jabatan perancangan kakitangan dan mesin. Penyelesaian ini akan membolehkan pengurusan projek yang lebih baik dan penggunaan sumber yang lebih berkesan," tambah Jan Vos, Ketua Pegawai Eksekutif VolkerRail.

Mengenai VolkerRail

Dimiliki oleh VolkerWessels yang berpangkalan di Belanda, VolkerRail mengkhusus dalam pembinaan dan penyelenggaraan landasan kereta api. http://www.volkerrail.nl

Mengenai Quintiq

Platform revolusiner perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan (SCP&O) Quintiq membolehkan perusahaan memperbaiki kecekapan pada setiap peringkat perjalanan rantaian bekalan. Ia menjana perancangan hujung-ke-hujung dan pengoptimuman kakitangan, sumber dan proses dalam sebuah persekitaran perancangan tunggal, merentasi setiap ufuk perancangan. Kebanyakan daripada perusahaan dunia yang terbesar dan paling berjaya bergantung pada Quintiq untuk mencapai matlamat perniagaan mereka, memperkuatkan kebolehan persaingan mereka, dan mewujudkan aliran-aliran hasil baharu.

Ditubuhkan pada tahun 1997 dan sejak itu berkembang dengan maju, Quintiq dikenali di seluruh dunia dengan dwi-ibu pejabat di Belanda dan di Amerika Syarikat, sebuah pusat perkembangan dunia di Malaysia dan cawangan-cawangan di seluruh dunia. Perisian Quintiq kini digunakan di lebih 500 lokasi di 78 buah negara di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.quintiq.com atau ikuti Quintiq di TwitterFacebookLinkedIn dan YouTube.

Quintiq
Charlotte Poh 
Pengurus Komunikasi Pemasaran Dunia
T:  +31-73-691-07-39
E:   pressrelease@quintiq.com

Sumber: Quintiq

Source: Quintiq
Keywords: Transportation Contracts