omniture

Aplikasi Komunikasi Orange, Libon, Dilancarkan untuk Android

Orange
2013-04-18 22:00 226

PARIS, 18 April 2013 /PRNewswire/ -- 

Nama:

Libon (kini boleh didapati di Google Play dan juga App Store)

Promosi Pantas:

Libon - aplikasi komunikasi semua-dalam-satu yang paling berinovasi dan berguna yang bakal mengubah cara anda berkomunikasi dengan orang-orang yang penting - Kini boleh didapati untuk Android, naik taraf ke aplikasi iOS sedia ada.

Ciri-ciri Penting:

3 dalam 1-> Panggilan percuma, Teks pesanan ringkas, dan pesanan suara bergambar pintar yang boleh diperibadikan - di sebarang rangkaian

Orange hari ini telah mengumumkan pelancaran Libon, aplikasi komunikasi semua-dalam-satu, untuk Android. Sedia untuk dimuat turun secara percuma daripada Google Play, Libon kini akan menawarkan pengguna Android panggilan percuma, teks pesanan pintar dan pesanan suara bergambar yang boleh diperibadikan untuk Android dan juga iOS. Libon akan boleh didapati di seluruh dunia kecuali di AS yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Orange juga mengumumkan versi 2.2 untuk aplikasi iOS Libon.

Berikutan kejayaan pelancarannya untuk iOS pada bulan November 2012, Libon kini boleh didapati untuk Android. Pelancaran untuk Android ini bermakna para pengguna kini boleh berhubung secara silang platform antara iOS dan Android, serta kawan-kawan dan ahli keluarga di mana-mana rangkaian di 100 buah negara.

"Pelancaran Libon untuk Android sudah menjadi satu kemestian. Ia telah mengatasi bilangan iOS dalam perang OS telefon pintar dan kami teruja kerana akhirnya kami dapat menawarkan sesuatu untuk ribuan pengguna yang asyik bertanya tentangnya," kata Giles Corbett, Ketua Libon.

Selepas dilancarkan, pengguna Libon untuk Android bakal menikmati:

Panggilan percuma

Pengguna Libon bakal menikmati panggilan suara berkualiti HD yang percuma antara pengguna Libon, di mana-mana saja mereka berada, sama ada dalam negara yang sama atau di seberang dunia. Pengguna hanya perlu memuat turun Libon secara percuma daripada App Store atau Google Play untuk mula menikmati panggilan percuma sejelas-jelasnya antara satu sama lain dengan 3G atau Wi-Fi.

Pesanan percuma

Pesanan ringkas Libon sama mudah digunakan sama seperti SMS.

Perbualan, bukan hanya panggilan

Untuk setiap pengguna, Libon akan mengumpulkan semua perbualan dalam satu tempat. Lihat SMS, pesanan ringkas, panggilan dan pesanan suara bagi memberi pengguna sebuah konteks apabila mereka membuat panggilan.

Pesanan suara diperibadikan yang terbaik : membuat pemanggil anda rasa istimewa

Anda tidak bercakap dalam cara yang sama dengan pasangan anda, keluarga anda, rakan-rakan sekerja anda atau para pelanggan anda jadi Libon membenarkan anda mengasingkan hubungan-hubungan anda dalam kumpulan dan setiap kumpulan dapat mendengar mesej sapaan yang berbeza. Terdapat untuk panggilan Libon.

Jika seorang pengguna sedang mencari Pesanan Suara Bergambar yang hebat untuk Android, Libon adalah jawapan yang tepat. Lihat semua pesanan yang diterima sepintas lalu dan dengarkannya dalam mana-mana turutan.

Dan jika keadaan tidak mengizinkan, anda tidak perlu mendengar pesanan suara, Libon boleh menukarkan pesanan suara daripada panggilan Libon menjadi teks*.

*Terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol

Tidak akan kehilangan apa-apa

Hubungan, perbualan, pesanan - selarikan dan simpan semuanya dalam awan, selamat dan terjamin.

Libon untuk Android berfungsi dengan Android versi: 2.2 atau lebih tinggi dan memerlukan saiz skrin HVGA minimum.

Kemaskini Utama untuk aplikasi iPhone Libon

Tambahan kepada pelancaran Libon untuk Android, Orange juga mengumumkan versi baharu Libon untuk iOS - VERSI 2.2.

Mulai sekarang, pengguna boleh menghantar gambar dan pesanan suara pada rakan-rakan Libon mereka dalam masa beberapa saat sahaja.

Terlihat sesuatu yang menarik? Buka Libon, ambil gambar daripada skrin Pesanan Segera dan ia sudahpun berada di skrin rakan anda.

Terjumpa gambar yang cantik daripada percutian anda yang lepas? Pengguna Libon boleh menghantarnya dengan mudah kepada kawan-kawan Libon mereka daripada Galeri Gambar.

"Tekan-untuk-bercakap". Hanya tekan butang, bercakap, lepaskan butang dan itu saja - anda baru saja menghantar pesanan suara pada rakan-rakan anda. Memang sangat mudah.

Libon untuk iOS dan Android boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Romania, Bahasa Slovakia dan Bahasa Poland.

Untuk melihat video pendek penggunaan Libon, sila ke sini

Laman web: http://www.libon.com

Facebook: http://www.facebook.com/libon.fan

Twitter: https://twitter.com/Libon

Gambar: http://www.flickr.com/photos/libon

Mengenai Orange

France Telecom-Orange adalah salah satu operator telekomunikasi unggul di dunia dengan jualan 45.3 bilion euro bagi tahun 2011 dan mempunyai 170,000 kakitangan seluruh dunia setakat 30 September 2012, termasuk 105,000 kakitangan di Perancis. Kumpulan yang berada dalam 33 buah negara ini mempunyai jumlah tapak pelanggan seramai 227 juta pengguna setakat 30 September 2012, termasuk 169 juta pengguna mudah alih dan 15 juta pelanggan Internet jalur lebar (ADSL, fiber) seluruh dunia. Orange adalah salah satu daripada operator utama Eropah untuk perkhidmatan mudah alih dan Internet jalur lebar dan, di bawah jenama Perkhidmatan Perniagaan Orange, adalah salah satu daripada peneraju utama dunia dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada syarikat-syarikat berbilang-negara. Dengan projek perindustriannya, "conquests 2015", Orange menumpukan kepada kakitangan, pelanggan dan pemegang sahamnya secara serentak, dan juga masyarakat di mana syarikat ini beroperasi, melalui satu set pelan tindakan yang kukuh. Komitmen ini dinyatakan melalui wawasan baharu sumber manusia untuk kakitangan; melalui pengaturan kedudukan prasarana rangkaian yang akan digunakan oleh Kumpulan untuk pertumbuhan masa hadapannya; melalui cita-cita Kumpulan ini untuk menawarkan pengalaman pengguna yang hebat dengan kualiti perkhidmatan yang dipertingkat; dan melalui pemecutan pembangunan antarabangsa. France Telecom (NYSE:FTE) disenaraikan dalam NYSE Euronext Paris (kompartmen A) dan juga Bursa Saham New York. Untuk lebih maklumat (di Internet dan telefon mudah alih anda): http://www.orange.com, http://www.orange-business.com, http://www.orange-innovation.tv atau ikuti kami melalui Twitter: @presseorange.  

Orange and mana-mana produk atau perkhidmatan Orange yang lain yang termasuk dalam sumber ini adalah tanda dagangan Orange Brand Services Limited, Orange France atau France Telecom.

Hubungan Akhbar:

MUSTARD PR
Andrew Durkin / Dan Walsh
andrew@mustardpr.com / dan@mustardpr.com
+44-1753-656-661

Sumber: Orange

Source: Orange
Keywords: Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services