BEIJING, 18 April 2013 /PRNewswire/ -- Dengan pengenalan VIDAA, Antara Muka Pengguna (UI) yang ringkas, anggun namun begitu berkuasa untuk TV Pintar, Hisense membekalkan operasi yang mudah dan berintuisi bagi ciri-ciri dan fungsian TV Pintar yang canggih. VIDAA memudahkan dan meningkatkan pengalaman pengguna pasif dan santai dengan alat kawalan jauh dipermudah baharu, pelayaran saluran berintuisi dan empat 'silo' kandungan yang berbeza yang memudahkan seluruh ahli keluarga mendapatkan rancangan yang ingin ditonton.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/CN96676)
Semasa pelancaran besar-besarannya, Hisense menyediakan komuniti pengguna barangan elektronik global dan pengguna akhir seluruh dunia dengan pandangan pertama sesuatu yang menjanjikan keseimbangan terbaik bagi ketersambungan berpasangan, fungsian dan prestasi imej. Empat silo itu diwakili oleh butang yang khusus pada alat kawalan jauh, bagi TV Langsung, Video Atas Permintaan, Pusat Media untuk rancangan kegemaran sendiri, dan Aplikasi. Pengguna boleh mengawal navigasi antara silo-silo itu dengan mudah dan menonton rancangan tanpa gangguan sambil imej-imej itu dipaparkan. Antara muka jenis baharu ini telah direka sejajar dengan sifat pasif 10-kaki, pengalaman menonton santai yang lebih sesuai dengan TV mesra pengguna berbanding interaksi yang rumit dan terbatas.
Pengerusi Kumpulan Hisense Zhou Houjian memberi komen tentang pelancaran itu dengan berkata, "Hari ini Hisense telah mencipta semula TV Pintar. Matlamat kami, berdasarkan penyelidikan kelakuan dan teknologi yang menyeluruh, adalah untuk memudahkan pengguna mencapai rancangan dan menukarnya daripada sebuah proses kognitif rumit menjadi tindakan refleks!"
Penghantaran ke seluruh dunia untuk TV Pintar telah melebihi 50 juta set pada tahun 2012 dan dijangka untuk bertambah tiga kali ganda menjadi 150 juta set menjelang tahun 2015. TV Pintar semakin popular, dan Hisense percaya yang VIDAA adalah puncak kepintaran dalam industri dan akan menetapkan standard baharu dalam kategorinya.
VIDAA TV adalah sebuah antara muka yang direka dan dibina oleh Jamdeo, sebuah syarikat usahasama berinovasi yang diasaskan oleh Hisense dan bertapak di Toronto, Kanada. Walaupun ia pada mulanya dilancarkan di Cina minggu ini, petunjuk menyatakan bahawa VIDAA TV bakal dilancarkan di Amerika Utara dalam suku pertama tahun 2014 kelak!
Hubungi:
Lin Qifen
linqifen@hisense.com
+86-186-6985-4535