omniture

Syarikat Teknologi Pemasaran Permulaan, Affable.ai Mengumpul USD2 Juta untuk Memacu Penerimagunaan Platform Pemasaran Pempengaruhnya

Affable.ai
2021-05-19 11:52 44

Para pelabur: Prime Venture Partners, Decacorn Capital dan SGInnovate 

BENGALURU, India dan SINGAPURA, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat Teknologi Pemasaran permulaan yang berpangkalan di Singapura, Affable.ai telah mengumpulkan USD Dua Juta daripada Prime Venture Partners, Decacorn Capital & SGInnovate. Platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) Layan diri yang dipacu AI milik Affable ini membantu jenama dan agensi menjalankan kempen pemasaran pempengaruh berimpak tinggi. Affable membawakan ketelusan dan analisis kepada pemasaran pempengaruh dan digunakan oleh lebih 45 jenama dan agensi terkemuka termasuk Huawei, Wipro, Pomelo, Fresh, Omnicom, Dentsu dan We Communications. Syarikat ini menjejaki lebih Tiga Juta Pempengaruh di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok. Dengan pembiayaan baharu ini, Affable merancang untuk berkembang ke pasaran antarabangsa seperti A.S.

Affable Team Members
Affable Team Members

Affable diasaskan oleh Nisarg Shah dan Swayam Narain pada tahun 2017 sebagai sebahagian daripada kohort Entrepreneur First. Platform Pemasaran Pempengaruh yang serba lengkap ini membolehkan jenama dan agensi memperkemas strategi pempengaruh mereka di sepanjang fasa perancangan, penerokaan, pengaktifan dan pelaporan. Affable menggunakan pembelajaran mesin canggih dan analisis data raya untuk membantu jenama mencari pempengaruh, mengurus dan mengukur prestasi kempen. Dengan proses pemasaran pempengaruh yang benar-benar manual, memakan masa dan berdasarkan tekaan semata-mata, Affable menyediakan jenama dengan pemahaman dan analisis berpandukan data untuk membantu memperkemas proses pemasaran pempengaruh mikro mereka. 

Peningkatan dalam penggunaan digital di seluruh dunia terus merangsang kempen pemasaran pempengaruh dalam kalangan jenama di seluruh sektor. Sebagai sebuah rantau mudah alih yang pertama serta demografi yang dipenuhi anak-anak muda dan populariti platform sosial yang semakin meningkat, Asia Tenggara merupakan tempat yang ideal untuk perkembangan pemasaran pempengaruh dan pasaran ini dianggarkan mencecah $2.59 bilion menjelang tahun 2024. Di peringkat global, industri ini mencanak naik dan dijangka mencapai $15 bilion menjelang tahun hadapan. Punca utama pertumbuhan ini ialah berikutan daripada bilangan pengguna Internet yang besar yang majoritinya menggunakan telefon pintar. Tambahan pula, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan lagi gelombang pemasaran pempengaruh di seluruh dunia. Akibat pengurungan di rumah, pengguna menghabiskan lebih banyak masa pada rangkaian sosial, permainan dan menonton kandungan OTT. Jumlah masa yang diluangkan dalam talian telah mendorong jenama untuk meningkatkan kerjasama dengan pempengaruh media sosial pada platform seperti YouTube, Facebook dan Instagram untuk dihubungkan dengan pengguna mereka. Selain itu, Pempengaruh Mikro/ Selebriti Mikro juga boleh mendorong jangkauan yang lebih tinggi pada kos yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, dengan jumlah belanjawan hingga 6 kali ROI untuk pemasaran pempengaruh mikro, jenama masih berusaha keras untuk mencari pempengaruh yang berkaitan dan mengukur keberkesanan mereka. Secara tradisinya, proses pemasaran pempengaruh melibatkan pencarian pempengaruh, menyaring kualiti khalayak, mengesan & mengukur hasil secara manual. Affable bukan sahaja mengautomasikan proses ini, malah menjadikannya pintar dengan membina algoritma proprietari di sekitar infrastruktur datanya dengan menggunakan Pembelajaran Mesin dan model pemprosesan imej yang canggih untuk memetakan jenama dengan pempengaruh secara tepat dan mengukur pulangan (ROI) kempen. Platform ini mengesan pengikut palsu, meneroka minat para pengikut dan mengklasifikasikan pengguna media sosial berdasarkan jenama, halaman peminat dan lain-lain. Affable mengindeks semua pengguna media sosial dan mengenal pasti pempengaruh berpotensi yang boleh bekerjasama dengan jenama. Dengan menggunakan Affable, syarikat pemasaran boleh mencari pempengaruh, menguruskan mereka melalui kempen yang bijak dan mengukur analisis pasca kempen seperti penglibatan khalayak sasaran, kejayaan pempengaruh(secara berkumpulan dan secara individu), mengukur keberkesanan keseluruhan kempen serta mengukur klik dan jualan.

Termasuk pusingan pembiayaan semasa, Affable telah mengumpulkan sebanyak USD2.8 Juta daripada Prime Venture Partners, Decacorn Capital, SGInnovate, Entrepreneur First dan pelabur syarikat permulaan yang strategik. Mempunyai ibu pejabat yang terletak di Singapura, syarikat permulaan ini memiliki 20 orang pekerja yang bekerja secara jarak jauh di pelbagai rantau geografi.

Petikan Sokongan 

Nisarg Shah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Affable.ai 

"Kami melihat peluang yang besar dalam kerjasama dengan jenama-jenama untuk mendayakan kempen pemasaran pempengaruh berpandukan data yang sangat diperlukan. Jenama dan agensi terkemuka dalam industri yang bekerjasama dengan kami mengukuhkan lagi kepercayaan kami tentang keperluan analisis untuk memperkemas proses pemasaran pempengaruh mikro. Prime membawa pengalaman yang luas dalam meningkatkan syarikat SaaS global, kepakaran operasi, serta rangkaian yang kukuh yang boleh dimanfaatkan semasa fasa pertumbuhan kami dan kami amat teruja untuk bekerjasama dengan mereka. Pada masa yang sama, penyertaan daripada para pelabur sedia ada merupakan sokongan yang hebat buat kami."

Shripati Acharya, Rakan Kongsi Pengurusan, Prime Venture Partners 

"Analisis dipacu data merupakan keperluan penting dalam ekosistem pemasaran pempengaruh yang bakal menjadi saluran pemasaran baharu dan akan datang dan telah mula meningkat naik dalam tempoh 3-5 tahun yang lalu. Kami percaya bahawa pemasaran Pempengaruh akan menjadi saluran pemasaran utama untuk jenama dengan peruntukan belanjawan yang signifikan. Teknologi Affable yang unik akan mengubah cara jenama dan agensi berinteraksi dengan para pempengaruh dan selebriti mikro dengan memastikan mereka mendapat pulangan yang maksimum daripada kempen pemasaran mereka. Kami teruja dengan permintaan dan potensi perkhidmatan ini dan berbesar hati untuk menyokong para pengasas yang benar-benar bersemangat serta mempunyai kepakaran yang mendalam dalam bidang ini."

Debneel Mukherjee, Rakan Kongsi Pengurusan Decacorn Capital 

"Sebagai pelabur utama dalam pusingan permulaan Affable, Decacorn percaya bahawa 'masa yang penting' telah tiba dalam skop pemasaran pempengaruh yang dipacu AI untuk menjana keuntungan daripada perubahan tingkah laku sosial hiper dalam kalangan generasi pasca milenium. Kami gembira dapat bekerjasama rapat dengan pasukan Affable selama dua tahun yang lalu dalam meningkatkan perniagaan mereka dari peringkat penyesuaian produk dan pasaran hinggalah kepada MRR 6 digit yang sedang berkembang pesat pada masa ini. Bagi membantu Affable meningkatkan skala di luar Asia hingga ke Amerika Syarikat, kami telah melabur dalam Affable hingga ke tahap yang paling tinggi."

Tentang Affable 

Affable ialah platform pemasaran pempengaruh yang serba lengkap yang digunakan oleh jenama global terkemuka untuk mencari, mengurus, memantau dan mengukur prestasi para pempengaruh dengan lancar. Platform ini membolehkan jenama meneroka, menarik dan mengukur prestasi pempengaruh media sosial. Affable sedang membangunkan algoritma Kecerdasan Buatan yang memprofilkan pempengaruh dan khalayak mereka di seluruh saluran media sosial seperti Instagram, YouTube, Twitter, Facebook dan lain-lain. Affable diasaskan oleh Nisarg Shah dan Swayam Narain pada tahun 2017 sebagai sebahagian daripada kohort Entrepreneur First. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.affable.ai/.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1512485/affable_team.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1512487/influencer_marketing_growth.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1512486/Affable_Logo.jpg?p=medium600

IMH Estimated Influencer Marketing Growth (YOY)
IMH Estimated Influencer Marketing Growth (YOY)
Source: Affable.ai
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Workforce Management/Human Resources Financing agreements Venture Capital