omniture

Realty ONE Group Menduduki Tempat Pertama di Las Vegas untuk 12 Tahun Berturut-turut

Realty ONE Group
2021-05-19 19:31 1866

Bandar Pengasas Merupakan Nadi kepada Syarikat Hartanah Global yang Memecahkan Rekod ini 

LAS VEGAS, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup berasaskan tujuan yang moden dan salah SATU francais yang paling pesat berkembang hari ini, telah dinobatkan oleh Las Vegas Review-Journal sebagai syarikat hartanah No. 1 di Las Vegas untuk tahun ke-12 berturut-turut dengan lebih 7,300 buah rumah yang dijual dan dibeli pada tahun 2020.

UNBrokerage, sebagaimana yang dikenali dalam industri, ditubuhkan di Las Vegas pada tahun 2005 dan telah berkembang menjadi tiga pejabat hartanah yang dinamik di Las Vegas dan SATU di Henderson, Nevada dengan profesional hartanah seramai 2,300 orang.

"Las Vegas akan sentiasa menjadi tempat asal kami dan bandar ini merupakan inspirasi kepada jenama gaya hidup kami yang progresif serta COOLTURE kami yang sangat unik," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Kami terus mengubah cara orang ramai berfikir tentang hartanah dan apabila mereka mengunjungi pejabat Las Vegas kami dan melihat perbezaannya, mereka akan tertarik untuk menyertai gerakan ini."

Setiap tahun, Realty ONE Group mengumpulkan para pemimpin, profesional hartanah, rakan kongsi dan keluarganya di Las Vegas untuk menghadiri konvensyen tahunan ONE Summit bagi mendidik, melatih dan memberi inspirasi kepada rangkaian ini. ONE Summit 2022 akan diadakan di Aria Resort & Casino, pada 3-5 April. Syarikat ini juga menganjurkan latihan berstruktur melalui platform proprietarinya, ONE University (ONE.U) yang membangunkan para pemilik francais baharu dan profesional hartanah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam jangka masa yang lebih cepat.

UNBrokerage mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada dan baru sahaja mengumumkan bahawa ia telah menjual hak francais kepada Singapura. Sebagai menandakan daya tarikan dan rekod pertumbuhannya yang luar biasa, syarikat ini telah dinobatkan sebagai Top 50 Franchise for Women (50 Francais Terbaik Wanita) oleh Franchise Business Review dan sekali lagi dinobatkan sebagai syarikat No. 1 Fastest Growing 100%-Commission (No. 1 Paling Pesat Berkembang secara 100%-Komisen) pada senarai Usahawan Francais Paling Pesat Berkembang di Seluruh Dunia untuk tahun 2021.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Awards