omniture

LINK Mobility ke Pasaran Global

LINK Mobility Group AS
2021-05-19 20:10 95

 

OSLO, Norway, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ -- LINK Mobility (LINK), sebuah syarikat penyedia Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) terkemuka, telah mengambil langkah-langkah berani dalam memenuhi strategi pertumbuhannya dengan mempersetujui sebuah perjanjian bersyarat yang eksklusif untuk mengambil alih pemain CPaaS global, Soprano Design yang beribu pejabat di Sydney, Australia. Dengan pengambilalihan yang diusulkan ini, LINK akan memperoleh jejak global yang benar-benar kukuh dengan kehadiran di Asia Pasifik, AS dan Amerika Latin.

LINK Mobility Goes Global
LINK Mobility Goes Global

Soprano Design menyediakan produk yang serupa kepada LINK melalui penawaran SMS, MMS, E-mel, Voice, RCS, WhatsApp dan SecureIP yang digunakan oleh lebih 4,000 pelanggan perusahaan dan pihak berkuasa kerajaan yang merangkumi pelbagai industri. Perkhidmatan Soprano ialah sama ada berjenama atau menggunakan namanya sendiri dan ia menyediakan penyelesaian gred perusahaan yang diuruskan sendiri untuk menyepadu dan mengimbangkan interaksi.

"Kami bersemangat untuk mengumumkan pengembangan penting kami yang pertama di luar Eropah. Dengan pengambilalihan ini, LINK akan menjadi pemain CPaaS global dengan kedudukan pasaran, produk dan organisasi yang lebih luas. Sejak dilancarkan di pasaran saham (IPO) pada bulan Oktober tahun lepas, kami telah meningkatkan pendapatan tahunan melebihi NOK1 bilion serta margin kumpulan dan sementara Soprano menambah peluang-peluang pertumbuhan yang signifikan, kami terus meninjau peluang jangka masa terdekat dalam pasaran kami yang luas dan berselerak yang bakal meletakkan LINK sebagai peneraju CPaaS global," kata Guillaume Van Gaver, Ketua Pegawai Eksekutif LINK.

Dengan harga belian yang bernilai NOK3,590 juta, perjanjian ini benar-benar meletakkan LINK sebagai pemain CPaaS global dengan pertambahan pendapatan tahun 2021 yang dianggarkan bernilai AUD109 juta (NOK717 juta) dan anggaran EBITDA bernilai AUD27 juta (NOK174 juta). Urus niaga ini dilunaskan dengan 95% saham LINK dan 5% secara tunai yang jelas menunjukkan kepercayaan terhadap LINK dan kombinasi peluang perniagaan dalam tahun-tahun yang akan datang.

"LINK dan Soprano merupakan kombinasi yang hebat buat para pelanggan dan rakan kongsi kami. Jangkauan geografi yang luas dan tidak bertindih, rangkaian produk yang lebih banyak, kepakaran yang lebih luas dan pasukan para profesional berpengalaman yang sentiasa berkembang akan mendorong peningkatan keupayaan CPaaS secara berterusan. Seluruh pasukan Soprano teruja untuk bekerjasama dengan pasukan LINK dan menjadi penyedia yang lebih kukuh, berharga dan bermakna kepada kombinasi pelanggan kami," kata Dr. Richard Favero PhD, Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Soprano.

Urus niaga tersebut dijangka akan diselesaikan pada separuh kedua tahun 2021.

LINK merupakan salah satu penyedia penyelesaian CPaaS dan pemesejan mudah alih terkemuka di Eropah yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan perusahaan, PKS dan kerajaan. LINK menawarkan penyelesaian yang inovatif dan boleh diskala yang mewujudkan penumpuan digital berharga antara perniagaan dan pelanggan, kerajaan dan rakyat, platform dan juga pengguna. LINK mempunyai 40,000 akaun pelanggan di seluruh dunia dan bertukar-tukar lebih 10 bilion mesej setahun. www.linkmobility.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1512762/link_mobility_guillaume_van_gaver.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1512764/LINK_Mobility_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi:
Pejabat Akhbar LINK Mobility 
+47 22 99 44 00 
press@linkmobility.com

Source: LINK Mobility Group AS
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel Acquisitions, mergers, takeovers