omniture

iHerb Meraikan Kejayaan Aplikasinya dengan Promosi Diskaun Sebanyak 20%

iHerb
2021-05-19 21:10 1008

PASADENA, California, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Kejayaan ini ditunjukkan dalam penarafan! Untuk meraikan kejayaan besar aplikasinya, iHerb meraikan dengan promosi diskaun sebanyak 20%. Untuk bulan Mei, diskaun sekali guna sebanyak 20% akan terpakai bagi sebarang pembelian yang dibuat pada aplikasi iHerb dengan menggunakan kod promo SHOPAPP.

 

Applikasi tersebut yang telah dilancarkan pada tahun 2013, dibangunkan pada mulanya sebagai reaksi terhadap permintaan pelanggan global untuk membeli-belah yang lebih mudah di mana-mana sahaja. Aplikasi iHerb yang mudah digunakan telah menjadi peranti membeli-belah pilihan pelanggan yang memudahkan mereka untuk mencari segala yang mereka perlukan di mana-mana sahaja. Ia telah mengekalkan penarafan dan ulasan yang tinggi secara konsisten dengan lebih 67,000 penarafan dan ulasan bernilai 4.7 bintang pada iOS dan lebih 166,000 penarafan dan ulasan bernilai 4.8 bintang pada Android.

"Para pelanggan kami terus menggunakan Aplikasi Mudah Alih kami dengan lebih aktif. iHerb menyaksikan peningkatan sebanyak 63% dalam peranti mudah alih pada tahun 2020, walaupun semasa kempen 'duduk di rumah' dilaksanakan di seluruh dunia. Pertumbuhan yang kukuh ini menunjukkan reaksi positif para pelanggan terhadap penambahbaikan yang telah kami buat pada Aplikasi kami. Kami menjadikannya lebih mudah untuk mencari dan menemui produk yang tepat, membaca ulasan pelanggan yang sahih dan membeli dengan pengalaman semak keluar baharu yang mudah di Aplikasi kami. Ini digabungkan dengan pelaburan berterusan kami untuk meningkatkan kepantasan keseluruhan, penyetempatan dan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan kepada pelanggan di seluruh dunia," kata BT Bitarafan, Ketua Pegawai Teknologi iHerb.

Terkini, pasukan iHerb telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mereka bentuk semula pengalaman pengguna melalui penambahbaikan pada pengalaman carian dan penerokaan serta troli dan aliran semak keluar pengguna. Hasil daripada penambahbaikan yang dibuat pada prestasi aplikasi tersebut, ia kini menjadi 99% pengalaman bebas ranap. Oleh kerana iHerb menghantar produk kepada pelanggan di 150 buah negara, pilihan penghantaran dan pembayaran setempat telah dipertingkatkan termasuk penyepaduan Global Air Locker dan Pony Express untuk penghantaran di Rusia serta pengalaman transaksi yang lebih lancar dengan Alipay dan Apple Pay. Pemberitahuan telah dipertingkatkan untuk memasukkan ciri seperti peringatan isian semula dan pemberitahuan 'stok kembali'.

Muat turun aplikasi iHerb untuk iOS di sini.

Muat turun aplikasi iHerb untuk Android di sini.

Tentang iHerb: iHerb merupakan salah sebuah syarikat peruncit e-dagang terbesar yang berpangkalan di A.S. dan menawarkan 30,000 produk daripada 1,200 jenama popular kepada jutaan pelanggan di seluruh dunia. iHerb dihantar secara terus dari gudang terkawal iklim yang canggih dan diperakui GMP kepada para pelanggan di 188 buah negara dan wilayah. Sejak tahun 1996, iHerb kekal berinovasi dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan nilai terbaik yang disampaikan dengan pengalaman pelanggan yang paling bersesuaian. https://www.iherb.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=bq3nvcb7wTc

Source: iHerb
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications