omniture

e.GO mencapai perjanjian untuk memasuki pasaran Mexico

Next.e.GO Mobile SE
2021-05-20 12:51 31

- Next.e.GO Mobile SE dan Quimmco Autopartes y Maquinados, S.A. DE C.V. (QUESTUM) bekerjasama dalam menguji dan melancarkan kemasukan ke pasaran Mexico 

AACHEN, Jerman, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE (e.GO), satu-satunya pengeluar kereta elektrik Eropah yang bebas, merancang untuk memasuki pasaran Mexico melalui kerjasama dengan konsortium industri, Grupo Quimmco dari Monterrey, Mexico, khususnya dengan QUESTUM iaitu anak syarikatnya. e.GO menyasarkan untuk membina sebuah kemudahan pengeluaran di Mexico. Kilang mikro tersedia 5G e.GO yang unik adalah amat sesuai bukan sahaja untuk melayani pasaran Mexico yang semakin meningkat tetapi juga untuk membekalkan alat ganti kepada kemudahan e.GO yang lain di benua Amerika.

e.GO reaches agreement for market entry in Mexico
e.GO reaches agreement for market entry in Mexico

 Ditubuhkan untuk menghasilkan salah satu Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang paling lestari, e.GO memanfaatkan kilang mikronya yang modular dan boleh diskala. Syarikat ini telah berjaya membangunkan model pengeluaran berasaskan industri 4.0 terbaharu (Internet Pengeluaran) yang secara signifikan telah mengurangkan keperluan perbelanjaan modal dan masa ke pasaran serta memastikan pengeluaran yang sangat cekap dengan titik pulang modal yang rendah. Sistem pengeluaran tidak berpusat e.GO yang digabungkan dengan kepakaran QUESTUM akan menyumbang kepada ekonomi tempatan dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan.

QUESTUM merupakan rakan kongsi strategik dan teknologi untuk pasaran tempatan dengan akses yang bukan hanya kepada wilayah tetapi juga kepada pelanggan utama dan armada automotif yang besar. Dengan kenderaan e.GO, Quimmco  merancang untuk mengelektrikkan armada kenderaan di seluruh negara. 

"Melalui perjanjian ini, e.GO bukan sahaja telah menemui rakan industri yang tepat dengan akses kepada pasaran tempatan yang kukuh, malah pada masa yang sama, melalui hubungan bekalan mereka yang telah lama mapan dengan kumpulan industri dan armada utama, meningkatkan pesanan yang akan menyokong aspirasi pertumbuhan kami di Mexico dari mula lagi," jelas Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengurusan Next.e.GO Mobile SE.

Manuel Valdes, Ketua Pegawai Eksekutif QUESTUM melihat e.GO sebagai tonggak baharu yang penting untuk mempelbagaikan perniagaan: "Kami telah membangunkan pasaran elektromobiliti di Mexico selama bertahun-tahun, jadi apabila idea tentang e.GO muncul, kami terus bersemangat. Kami akan menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan sebenar dalam kejuruteraan Jerman dan membangun e-mobiliti mesra alam sekitar yang berkualiti. Perjanjian dengan e.GO ini merupakan satu pencapaian penting bagi kami untuk terus mengembangkan perniagaan kami dalam sektor e-mobiliti dan automotif."

Next.e.GO Mobile SE 

Next.e.GO Mobile SE yang beribu pejabat di Aachen, merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik dan sistem mobiliti lestari. Di Kampus RWTH di Aachen, terdapat 370 orang pekerja Next.e.GO Mobile SE yang menggunakan rangkaian sains dan perniagaan unik serta 420 buah syarikat teknologi dan infrastruktur penyelidikan yang komprehensif. Pasukan yang tangkas ini sedang mengusahakan pelbagai kenderaan elektrik yang menjimatkan kos terutamanya yang tahan lama untuk lalu lintas jarak dekat.

www.e-go-mobile.com 

Quimmco Autopartes y Maquinados, S.A. de C.V.  ("QUESTUM")

QUESTUM ialah syarikat Grupo Quimmco yang menggabungkan keupayaan tuangan, tempaan dan pemesinan kepersisan tinggi untuk menawarkan penyelesaian bersepadu yang menyatukan para pekerja dan pelanggan kami. QUESTUM melalui Atmovum, telah membangunkan ekosistem elektromobiliti dengan pengeluar peralatan yang asal, armada, persatuan dan institusi lain sejak tahun 2014 

Grupo Quimmco ialah sebuah konsortium industri yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan bertaraf dunia di Mexico dan di luar negara yang mahukan kualiti, daya saing dan inovasi dengan standard yang tinggi. Quimmco terdiri daripada sepuluh buah kemudahan yang terletak di lokasi strategik untuk melayani pasaran NAFTA. 

www.questum.com 

Sila Hubungi:

Next.e.GO Mobile SE
Perhubungan Awam
Campus-Boulevard 30
52074 Aachen
T +49 241 47574-227 
presse@e-go-mobile.com

Questum
Perhubungan Awam
Av. Roble 701, Piso 11, Col. Valle del Campestre,
San Pedro Garza García, N.L. C.P. 66265, México
T +52 (81) 8368 7500
comunicacion@questum.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1513712/nextego_mobile_se_factory_aachen_germany.jpg?p=medium600  

 

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Corporate Expansion Licensing/marketing agreements