omniture

WCIFIT: Mengumpul Kebijaksanaan dan Mempertimbangkan Masa Hadapan di Chongqing

iChongqing
2021-05-20 14:53 202

CHONGQING, China, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Satu laporan berita oleh iChongqing:

May 19, the sign of WCIFIT has been set up for the upcoming event at Chongqing International Expo Center, photo by Wang Yiling, iChongqing
May 19, the sign of WCIFIT has been set up for the upcoming event at Chongqing International Expo Center, photo by Wang Yiling, iChongqing

Pameran Persidangan Barat untuk Pelaburan dan Perdagangan (Western International Conference Fair for Investment and Trade) (WCIFIT) ketiga dijadual akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqiung dari 20 hingga 23 Mei. Berdasarkan kepada tema Going West and Deliberating the Future, pelbagai acara yang merangkumi persidangan, pameran, pertandingan, dan perbincangan telah diatur.

Sorotan persidangan

Acara perasmian WCIFIT akan diadakan pada 21 Mei, Forum Kerjasama Antarabangsa Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu-CCI 2021 (2021 CCI-New International Land-Sea Trade Corridor International Cooperation Forum) dan Persidangan Perusahaan Asia untuk Masa Depan (Asian-Enterpise of Tomorrow Conference) akan berlangsung pada hari yang sama.

Sebagai acara yang penting buat WCIFIT, Perusahaan Asia untuk Masa Depan 2021 akan mengumpulkan bijak pandai Asia dengan mengundang tetamu untuk turut serta dalam seminar ini dan berkongsi perspektif antarabangsa mereka. Para tetamu termasuk ahli politik dari negara-negara Asia, pemimpin syarikat-syarikat Fortune 500, usahawan terkenal, dan hampir 200 tetamu dalam bidang akademi dan media.

Lee Nak-yon, bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Wang Shi, Pengasas dan Pengerusi Vanke Co., Ltd China, dan Li Lei, Naib Presiden Saudi Basic Industry Corporation, akan menyampaikan ucapan dasar dalam pertemuan tersebut.

Selain itu, tetamu daripada bidang profesional lain akan berkongsi pandangan mereka mengenai pembangunan perusahaan Asia yang berkaitan dengan lima tema yang merangkumi cabaran dan peluang pembangunan Asia dan potensi Chongqing sebagai hab logistik antarabangsa, dan lain-lain.

Pameran bertema

Pameran ini akan mempunyai lapan dewan dengan keluasan 110,000 meter persegi. Columbia, Indonesia, dan Vietnam telah diundang sebagai negara tetamu.

Pavilion Antarabangsa ini akan mempunyai dua kawasan pameran untuk kerjasama antarabangsa dan syarikat multinasional Fortune 500. Pameran Kerjasama Antarabangsa akan mengikuti Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di barat China dan konsep Jalur dan Japan dan dimodelkan pada susun atur empat arah yang melambangkan integrasi dan perhimpunan pengangkutan berbilang modal.

Astaka Perusahaan Terkenal akan mengumpulkan sebilangan besar perusahaan milik negara dan swasta untuk mempamerkan teknologi, produk, dan aplikasi baharu mereka.

Nama-nama menarik perhatian termasuk Suez Group, Hyundai, Ford Motor, COFCO, China Merchants Group, dan banyak lagi perusahaan domestik dan luar negara yang terkemuka.

Platform penting

WCIFIT telah menjadi peluang yang penting buat Chia untuk menunjukkan dirinya kepada dunia luar, satu platform yang penting yang mendorong pembangunan dan membuka bandar-bandar pedalaman, dan pembawa penting untuk merangsang pusingan pembukaan barat China berperingkat tinggi baharu.

Untuk maklumat lanjut: https://www.ichongqing.info/special/the-3rd-western-china-international-fair-for-investment-and-trade/

Source: iChongqing
Keywords: Banking/Financial Service Trade policy Trade show news