omniture

Quantitative Brokers Melancarkan Rangkaian Algoritma Pelaksanaan Agensi untuk Derivatif Bursa Malaysia dalam Langkah Terkini Pengembangan QB di APAC

Quantitative Brokers
2021-05-20 18:50 992

Memberi Tumpuan Terhadap Minyak Sawit Mentah, Niaga Hadapan KCLI

SYDNEY, 20 Mei 2021 /PRNewswire/-- Quantitative Brokers (QB), sebuah syarikat yang menyediakan algoritma pelaksanaan canggih dan analisis dipacu data untuk pasaran niaga hadapan dan opsyen global, hari ini melancarkan rangkaian algoritma pelaksanaan yang memenangi anugerah di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD) yang merupakan sebahagian daripada dagangan awam Bursa Malaysia Berhad.

Algoritma QB direkayasa untuk menggabungkan ciri-ciri mikrostruktur pasaran yang unik dan penyelidikan kuantitatif yang terperinci tentang pasaran derivatif BMD untuk mencapai pelaksanaan terbaik. Algoritma pelaksanaan QB akan menyediakan keupayaan perdagangan yang strategik untuk kedua-dua peserta pasaran profesional yang memperdagangkan Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) dan Niaga Hadapan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FKLI) milik BMD yang terkemuka.

"Kedua-duanya merupakan pasaran yang penting buat Malaysia dan seluruh dunia dan kami teruja untuk menawarkan Bursa Malaysia kepada pelanggan kami untuk belian dan jualan," kata Christian Hauff, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif QB. "Kami mempunyai pelanggan yang bersiap sedia untuk memulakan dagangan dengan segera dan kami mengalu-alukan pelanggan profesional yang baharu dan sedia ada untuk mengakses BMD melalui QB."

"Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman dagangan di Bursa Malaysia. Kami mengalu-alukan rangkaian algoritma pelaksanaan QB kerana ini akan membantu peserta pasaran menentukan dan memperbaiki pelaksanaan dagangan mereka," kata Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia.

Pertumbuhan APAC yang Berterusan untuk QB

Penambahan derivatif BMD menandakan pengaplikasian bursa APAC yang keempat untuk QB. Pada bulan Mac, QB telah mengumumkan pelancaran pertama algoritma pelaksanaan untuk Bursa Osaka iaitu pasaran derivatif bagi Japan Exchange Group (JPX). Pada tahun 2018, QB membuka pejabat serantau di Sydney dan melancarkan perkhidmatannya di Australian Security Exchange (ASX). Pada tahun 2020, QB mula menyokong Singapore Exchange (SGX).

QB akan menyediakan satu rangkaian algoritma agensi pintar kepada pelanggan yang berdagang pada BMD, termasuk strategi utamanya, Bolt (harga permulaan), Strobe (TWAP/VWAP), Closer (harga pelunasan), Octane (carian kecairan) dan The Roll (pelaksanaan pelancaran kalendar). Strategi algoritma QB juga akan menyokong pelaksanaan 'outright' dan 'spread' yang disenaraikan, termasuk pelaksanaan struktur antara komoditi sintetik melalui Legger. Lihat semua pasaran yang disokong oleh QB di sini.

Teknologi di sebalik produk derivatif BMD QB disokong oleh CME Globex dan memacu kepakaran algoritma pelaksanaan serta analisis ramalan QB sambil memanfaatkan infrastruktur sedia ada. Algoritma QB boleh diakses melalui semua platform utama OMS dan EMS serta kesalinghubungan FIX secara langsung. QB adalah neutral FCM dan disepadukan dengan semua broker penjelasan utama di seluruh dunia.

TENTANG QUANTITATIVE BROKERS

Quantitative Brokers (QB) ialah sebuah syarikat teknologi kewangan global yang menyediakan algoritma canggih dan analisis sebelum dan selepas dagangan berpandukan data kepada pelanggan dalam pasaran kadar faedah, Niaga Hadapan dan Opsyen. Syarikat ini dibina atas dasar budaya yang dipacu penyelidikan, pengetahuan mikrostruktur pasaran dan kepakaran rekayasa algoritma. QB terus membangun dan menginovasi rangkaian produk yang sedang berkembang untuk mengurangkan dan mengukur kos dagangan yang tersembunyi bagi para pelanggannya. QB beribu pejabat di pusat bandar Manhattan dengan pejabat-pejabat cawangan di London, Sydney dan Chennai.

Pada bulan Disember 2020, Deutsche Börse telah menyelesaikan pembelian untuk kedudukan majoriti dalam QB seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Portfolio algoritma, alat simulasi dan analisis QB digunakan oleh kebanyakan pelabur institusi yang terbesar di dunia. Rangkaian algoritma QB — Bolt, Strobe, Legger, Closer, Octane, The Roll dan Striker — direkayasa secara unik untuk kedua-dua pusat tempahan pesanan terhad dan aliran kecairan OTC yang boleh diakses melalui semua sistem pengurusan dan pelaksanaan pesanan utama yang digunakan oleh pihak pembeli, bank dan pusat pembrokeran.

HUBUNGAN MEDIA:
Matt Yemma
Peaks Strategies
myemma@peaksstrategies.com
909-633-9396

Source: Quantitative Brokers
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)