omniture

Ketua Negara UST Malaysia, Amar Chhajer telah Dianugerahkan Gelaran Kehormat oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Malaysia

UST
2021-05-21 00:15 80

- Gelaran berprestij ini dianugerahkan di atas komitmen UST ke arah Mengubah Kehidupan di Malaysia

PENANG, Malaysia, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, telah mengumumkan bahawa Amar Chhajer, Ketua Negara UST Malaysia, telah dianugerahkan gelaran 'Pingat Jasa Kebaktian' (PJK) oleh Kerajaan Malaysia. Gelaran ini memberi penghormatan kepada sumbangan Amar untuk mewujudkan ekonomi berpengetahuan dan pekerjaan teknologi di seluruh negara.

'Pingat Jasa Kebaktian' (PJK) merupakan antara gelaran kebangsaan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada hari lahir beliau kepada individu yang memberikan sumbangan kepada komuniti. Amar ialah Timbalan Pengerusi untuk Kumpulan Fokus Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa penilaian untuk Penang i4.0 Seed Fund oleh Ketua Menteri.

UST telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan digital Malaysia dan telah membina fungsi baharu, pusat penghantaran dan secara berterusan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 2020, UST telah melancarkan Makmal Infiniti pertamanya di Asia Tenggara yang meningkatkan kehadirannya dengan pembukaan dua buah pejabat di Malaysia. UST, salah sebuah penyedia Perkhidmatan IT dan Kejuruteraan yang paling pesat berkembang di dunia, berbangga dalam menyampaikan teknologi canggih untuk beberapa syarikat terbesar di seluruh dunia. Dengan misi untuk mengubah kehidupan, syarikat tersebut terus mencipta perbezaan dengan kualiti perkhidmatan pelanggannya. Ia telah mewujudkan platform global untuk menyatukan pelbagai orang dan meningkatkan kehidupan mereka melalui teknologi.

Bercakap tentang acara yang berprestij ini, Amar Chhajer, Ketua Negara UST Malaysia dan Pengarah Perniagaan Semikonduktor UST berkata, "Ia merupakan suatu penghormatan untuk dipilih menerima gelaran 'Pingat Jasa Kebaktian' ini. Di UST, kami berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang yang bermakna, memberikan platform yang tepat kepada para pekerja kami bagi merealisasikan impian mereka menggunakan teknologi dan penyelesaian inovatif. Gelaran ini turut mengiktiraf ribuan pekerja hebat yang bekerja di pejabat-pejabat di Malaysia kerana mereka telah membantu menyampaikan nilai kepada pelanggan global kami sambil terus meningkatkan perniagaan kami di Malaysia." 

"Tahniah kepada Amar dan seluruh pasukannya di Malaysia. Mereka sentiasa membuktikan bahawa mereka sebagai pembuat perubahan dan berwawasan di UST. Kami berasa rendah hati dan berterima kasih atas pengiktirafan ini kerana UST sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam segala yang kami lakukan. Ia memberikan kepuasan untuk bekerjasama dengan mereka yang memberikan tahap komitmen dan semangat tertinggi dalam kerja mereka," kata Alexander Varghese, Ketua Pegawai Operasi UST.

Tentang UST 

Selama lebih 20 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh orang ramai dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga kepada operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 26,000 orang pekerja di 25 buah negara, kami memberikan kesan tanpa sempadan—melibatkan berbilion-bilion nyawa dalam proses ini. Sila layari kami di ust.com

Hubungan Media, UST: 
Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857

Neha Misri
+91-9972631264
media.relations@ust.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: UST
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Awards