omniture

Memecah monopoli A.I. Syarikat Teknologi Besar dengan Ekosistem Pembangun Multiverse™

The Multiverse Labs
2021-05-21 09:30 37

SINGAPURA, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Multiverse™ ialah platform pembelajaran mesin yang memperkasa lebih ramai orang untuk membina dan menggunakan aplikasi A.I. terpencar dengan mudah menerusi token khusus mereka sendiri serta sistem ekonomi terpencar.

"Kecerdasan buatan pembelajaran mesin (A.I./ML) akan menjadi kekuatan teknologi yang paling penting dalam masyarakat. Sangat penting agar ia terpencar bagi membolehkan lebih ramai orang mengambil bahagian, namun tiada sesiapapun yang berjaya sehingga kini," kata Cliff Szu, Pengasas bersama Multiverse Labs, pasukan yang berpangkalan di Silicon Valley dan Singapura yang membangunkan Multiverse.

"A.I./ML didominasi oleh hanya sebilangan kecil syarikat dan institusi elit. Pasukan teknologi kami pernah menyandang jawatan-jawatan kanan di syarikat-syarikat seperti Google dan mempunyai pengetahuan langsung mengenai betapa pantasnya jurang teknologi ini semakin berkembang. A.I. perlu lebih terpencar dan tersedia kepada lebih ramai orang."

"99.9% orang tidak boleh menulis kod A.I./ML. Ramai yang mempunyai idea bernas dari segi bagaimana A.I. dapat membantu komuniti mereka dengan cara yang tidak berat sebelah, namun halangan teknikal dan kekurangan modal menghalang mereka daripada merealisasikan matlamat mereka. Atas sebab inilah kami membina Multiverse yang membolehkan orang ramai memulakan projek-projek tanpa perlu menulis kod atau mengumpul sejumlah besar modal."

"Setiap projek mempunyai produk, token, bursa terpencar (DEX), ekonomi dan model tadbir urusnya sendiri yang pada peringkat awalnya ditentukan oleh pengasas tanpa menggunakan kod."

"Kami menggelar projek-projek ini sebagai 'planet' ekoran reka bentuk dan tadbir urusnya yang berautonomi dan serba lengkap. Kami tidak menetapkan peraturan, hak pekerja atau ekonomi dalam projek planet: ia ditetapkan oleh pengasas projek pada peringkat awal dan peraturan ini telus untuk semua."

"Bursa terpencar setiap projek membolehkan komuniti mempertaruhkan syiling Multiverse dan memperoleh jumlah yang sama daripada token projek. Sebagai petaruh (staker), anda bukanlah pelabur atau pemegang saham. Pengasas projek tidak boleh membelanjakan syiling anda. Walau bagaimanapun, apabila anda membuat pertaruhan, ia mengubah kadar pertukaran projek secara automatik. Sekiranya anda menukar fikiran, anda sentiasa boleh tidak membuat pertaruhan (unstake) dan mendapatkan semula sebahagian daripada syiling anda, yang ditentukan oleh kadar pertukaran DEX semasa. Pengasas memiliki kawalan yang sangat ketat ke atas tindakan tidak membuat pertaruhan (unstaking), perbelanjaan dan letak hak mereka: segala-galanya telus dan dikodkeraskan ke dalam kontrak pintar projek agar anda boleh membuat keputusan bermaklumat. Kami menurunkan halangan untuk kemasukan dan meninggikan standard untuk kualiti projek."

"'Pertaruhan' hanyalah satu cara untuk mengambil bahagian; anda juga boleh memberi nasihat dan maklum balas kepada pengasas, sukarelawan mengenai projek amal atau memulakan projek anda sendiri."

Projek-projek berciri modular dan ini membolehkan pengasas memanfaatkan projek-projek Multiverse yang lain (seperti projek storan teragih, latihan model A.I. dan sumber data) serta membina aplikasi AI/ML tahap tinggi dengan penciptaan semula dan pembaziran yang minimum. Tidak seperti platform-platform sedia ada, kesan rangkaian dan platform terbuka Multiverse menggalakkan kolaborasi dan mempercepatkan pembangunan serta simbiosis projek.

Projek-projek Multiverse telahpun mendapat pelanggan daripada beberapa syarikat yang paling disegani di dunia serta penyelidik di Stanford University dan The Johns Hopkins University. Dibina berasaskan teknologi rantaian-blok-selari 'Proof-of-Stake' kami yang berprestasi tinggi dan mesra alam, Multiverse membolehkan orang ramai daripada segenap lapisan masyarakat untuk membina atau menyokong projek-projek A.I.. Multiverse mendapat sokongan daripada Matrix Partners, Huobi Ventures, KuCoin, Arrington XRP dan Fenbushi Capital.

Latar Belakang Multiverse

Ekosistem A.I. terpencar Multiverse™ membolehkan komuniti membiayai, melatih dan menggunakan aplikasi (planet) pembelajaran mesin dengan mudah melalui token khusus mereka sendiri serta sistem ekonomi terpencar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Multiverse, kunjungi https://multiverselabs.com/.

Source: The Multiverse Labs
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology