omniture

Penurunan Luar Biasa Kekerapan Kemalangan UPM Pada Kadar 40 Peratus dalam Tempoh Setahun

UPM
2013-04-22 15:00 125

HELSINKI, 22 April 2013 /PRNewswire/ -- UPM telah mencapai kejayaan luar biasa dengan inisiatif keselamatan tempat kerjanya yang telah dilancarkan pada awal tahun 2012. Dalam masa setahun selepas permulaan inisiatif Perubahan Langkah Keselamatan 2012-2014, Kekerapan Masa Terbuang Akibat Kemalangan (LTAF) penurunan mengagumkan sebanyak 40%.

Inisiatif keselamatan ini mempunyai dua matlamat: untuk mencapai tahap keselamatan bertaraf dunia dalam masa tiga tahun dan untuk mencegahkan sebarang kemalangan maut di premis-premis UPM.

"40 peratus penurunan dalam kemalangan tempat kerja adalah satu kemajuan yang memberangsangkan. Perkembangan positif ini ditunjukkan dalam semua bidang perniagaan dan pada hujung tahun 2012 sembilan daripada keseluruhan 68 unit pengeluaran UPM melepasi tempoh masa satu tahun tanpa kehilangan masa disebabkan oleh kemalangan. Kami bangga dengan keputusan cemerlang kempen ini dan kami berada pada landasan yang betul dengan penuh tekad tetapi usaha masih lagi dijalankan ke arah itu,"kata Jussi Pesonen, Ketua Pegawai Eksekutif UPM.

Perubahan ini dimulakan dengan melibatkan para ketua dan ini membawa kepada cara-cara kerja yang lebih selamat dalam semua peringkat organisasi. Faktor-faktor penting yang menyumbang pada kejayaan inisiatif ini adalah perolehan sumber-sumber yang diperlukan dan keterlihatan inisiatif.  Perubahan dipacu dengan menggunakan standard korporat yang sama dan penunjuk prestasi penting yang digunakan di seluruh syarikat, termasuklah penunjuk seperti pelaporan kejadian yang nyaris-nyaris, pemantauan keselamatan dan rondaan keselamatan. Anugerah dan insentif keselamatan telah diperkenalkan bagi memberi ganjaran pada kejayaan dan peningkatan dalam prestasi keselamatan.

UPM Meraikan Minggu Keselamatan bersama ILO

Organisasi Buruh Antarabangsa meraikan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia di tempat kerja pada 28 April bagi menggalakkan pencegahan kemalangan dan penyakit di tempat kerja sedunia. UPM menyokong hari ini dan meraikan Minggu Keselamatan pertama syarikat pada minggu yang sama.

UPM menerajui penyepaduan industri bio dan perhutanan menjadi satu masa hadapan yang baharu, mampan dan dipacu inovasi. Produk-produknya diperbuat daripada bahan mentah yang boleh diperbaharui semula dan boleh dikitar semula. UPM terdiri daripada tiga Kumpulan Perniagaan: Tenaga dan pulpa, Kertas, dan Bahan-bahan Tereka Bentuk. Kumpulan ini mempunyai kira-kira 22,000 kakitangan dan mempunyai kilang-kilang pengeluaran di 17 buah negara. Jualan tahunan UPM melebihi EUR 10 bilion. Saham UPM disenaraikan dalam bursa saham Helsinki.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Komunikasi Korporat UPM
Meja Media, tel.+358-40-588-3284
media@upm.com
http://www.upm.com

SUMBER  UPM

Source: UPM
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Workforce Management/Human Resources