omniture

Kastam Dubai dan Pihak Berkuasa Kastam Persekutuan UAE menganjurkan mesyuarat rantaian bekalan dan perdagangan, Persidangan AEO Global WCO ke-5

Dubai Customs
2021-05-21 21:59 425

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Kastam Dubai menganjurkan Persidangan Pengendali Ekonomi Berwenang Global WCO ke-5 dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kastam Persekutuan UAE yang akan dianjurkan secara maya antara 25 hingga 27 Mei 2021. Persidangan ini menyatukan semua pihak berkepentingan perdagangan global untuk meneroka cabaran, peluang dan hala tuju program Pengendali Ekonomi Berwenang.

HE Ahmed Mahboob Musabih, Director General of Dubai Customs, asserted Dubai’s progressive attitude toward the adoption of global trade systems, information exchange, and its readiness for strategic partnerships within the Mutual Recognition Agreement (MRA) framework of the AEO programme.
HE Ahmed Mahboob Musabih, Director General of Dubai Customs, asserted Dubai’s progressive attitude toward the adoption of global trade systems, information exchange, and its readiness for strategic partnerships within the Mutual Recognition Agreement (MRA) framework of the AEO programme.

Persidangan ini dianjurkan di bawah tajuk utama "AEO 2.0: Bergerak Maju Ke Arah Horizon Baharu untuk Perdagangan Lestari dan Selamat" dengan program yang padat merangkumi ucapan utama oleh beberapa orang pemimpin: TYT Sultan bin Sulayem, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif DP World Group, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pelabuhan, Zon Bebas dan Kastam, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa – Dubai; TYT Ahmed Mahboob Musabih, Ketua Pengarah Kastam Dubai dan Dr. Kunio Mikuriya, Setiausaha Agung Organisasi Kastam Sedunia serta Profesor David Widdowson, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Kastam dan Eksais Charles Sturt University.

TYT Ahmed Mahboob Musabih, Ketua Pengarah Kastam Dubai, menekankan sikap Dubai yang progresif terhadap penerimagunaan sistem perdagangan global, pertukaran maklumat dan kesediaannya untuk perkongsian strategik dalam kerangka Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) program AEO. Tuan Yang Terutama kemudian menambah: "Memilih Dubai sebagai hos Persidangan maya ini mencerminkan status kepimpinan globalnya sebagai fasilitator perdagangan serta kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk melaksana dan membangunkan program Pengendali Ekonomi Berwenang."

Dr. Kunio Mikuriya, Setiausaha Agung Organisasi Kastam Sedunia mengulas: "Pandemik Covid-19 telah menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antara Kastam dengan Perniagaan ketika dunia perdagangan dikejutkan dengan gangguan yang pertama kali berlaku ini. Kastam telah berjaya menangani kerumitan yang dibawa oleh pandemik dan sekatan yang menjurus kepada kerjasama dan Persidangan ini akan membolehkan kita membincangkan tentang pelajaran yang diperoleh serta hala tuju masa hadapan. Program AEO telah berkembang dengan pesat sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012 dan kami telah menyaksikan pembangunan program nasional AEO, perjanjian pengiktirafan dua hala dan kerjasama lain di bawah naungan program tersebut. Pada masa-masa yang tidak menentu ini, WCO berhasrat untuk mengulangi komitmennya bagi membantu komuniti kastam sambil berusaha menjadikan sistem perdagangan global lebih selamat, lebih dipercayai dan lebih berdaya tahan."

Kastam Dubai dan Pihak Berkuasa Kastam Persekutuan UAE telah mengumumkan bahawa pendaftaran dibuka pada pautan ini: http://www.AEOConference2021.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1515620/ahmed_mahboob_musabih.jpg?p=medium600

 

Source: Dubai Customs
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Future Events