NEW YORK, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Lionpoint Group, sebuah firma penasihat operasi dan pendayaan teknologi global yang memenangi anugerah, kini merupakan sebahagian daripada Alpha FMC, plc, sebuah syarikat yang disenaraikan di UK-AIM (AIM. AFM). Pengambilalihan Lionpoint oleh Alpha akan membantu mengembangkan jangkauan geografi sebelum ini, menawarkan perkhidmatan yang diperluas kepada pengurus, pelabur dan penasihat pelaburan alternatif serta pelbagai rangkaian pelanggan dengan merangkum pelanggan berbilang strategi yang menggabungkan aset tradisional dan alternatif. Melalui penggabungan tenaga ini, kedua-dua firma akan saling melengkapi keupayaan masing-masing sebagai firma pelaburan alternatif yang akan mempengaruhi pelabur runcit dan pengurus aset tradisional yang lain sekaligus membentuk semula keperluan pelanggan secara dramatik.
"Lionpoint ialah tambahan yang hebat kepada Alpha dan amat sejajar dengan strategi kami untuk meningkatkan keupayaan kami dalam skop pelaburan alternatif serta jejak kami yang sedang berkembang pesat di Amerika Utara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Alpha, Euan Fraser. "Ia membawa penyelesaian teknologi cip biru berasaskan pelanggan yang terkemuka dan kerjasama vendor utama serta pasukan dan budaya pengurusan global yang kukuh yang akan membantu menggandakan perniagaan dalam masa empat tahun. Kami berharap dapat mengembangkan perniagaan kami bersama-sama."
Di bawah syarat pengambilalihan tersebut, Pengasas Bersama iaitu Nick Moore dan Jonathan Balkin akan terus memimpin pasukan Lionpoint yang terdiri daripada lebih 120 orang perunding operasi dan teknologi yang bertebaran di lima buah pejabat antarabangsa di New York, Denver, London, Geneva dan Sydney. "Kami percaya pengembangan Lionpoint ke lokasi geografi baharu tidak akan dapat berlaku tanpa firma dan masa yang tepat," kata Moore. "Sebagai pasukan pengurusan, kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada firma yang nilai-nilai terasnya sejajar dengan Lionpoint serta menyokong budaya inovasi."
Jonathan Balkin menambah: "Kerjasama ini sejajar secara langsung dengan perubahan yang kami lihat dalam industri. Keupayaan kami berkembang bagi membantu pengurus pelaburan alternatif untuk terus mendahului perubahan industri yang pesat dan membuka peluang baharu dengan menyediakan strategi, operasi dan kepakaran teknologi yang khusus. Alpha dan Lionpoint dapat menyediakan penyelesaian data dan teknologi yang lebih komprehensif dan inovatif bersama-sama ketika pasaran beralih kepada pendekatan pelbagai strategi dalam pengurusan aset."
Lionpoint ialah rakan kongsi pelaksanaan yang diperakui dengan lebih 20 orang pakar teknologi pasaran swasta dan dianugerahkan dengan Anugerah Firma Penasihat Teknologi Terbaik di Eropah untuk tahun 2021 oleh Equity Wire.
Reed Smith LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang dan Equiteq bertindak sebagai bank pelaburan kepada Lionpoint Holdings di sepanjang transaksi.
Tentang Alpha FMC ( www.alphafmc.com )
Alpha FMC ialah penyedia global yang terkemuka dalam perkhidmatan perundingan pakar untuk industri pengurusan aset, pengurusan kekayaan dan insurans. Dengan lebih 430 orang perunding merentasi dua belas buah pejabat yang merangkumi UK, Eropah, Amerika Utara dan Asia, Alpha mempunyai pasukan khusus terbesar dalam industri. Alpha telah menyediakan perkhidmatan perundingan kepada lebih 400 pelanggan termasuk 85 peratus daripada 20 pengurus aset global terbesar AUM dan pelbagai firma belian yang lain.
Tentang Lionpoint ( www.lionpointgroup.com )
Lionpoint Group ialah sebuah firma perundingan global terkemuka yang memberikan khidmat transformasi operasi dan penyelesaian pendayaan teknologi kepada pasaran pelaburan alternatif. Perunding kami mempunyai kepakaran domain di seluruh ekuiti swasta, hartanah, infrastruktur dan hutang persendirian. Perkhidmatan teras kami termasuk penasihat strategik, pengoptimuman model operasi, hala tuju teknologi dan pilihan penyelesaian serta integrasi sistem untuk menyelesaikan cabaran operasi dan teknologi yang kompleks di seluruh bahagian hadapan, tengah dan belakang pejabat.