OXFORD, England, 22 April 2013 /PRNewswire/ --
Untuk kali ketiga berturut-turut Oxford Royale Academy (ORA) telah dipilih sebagai Produk Pendidikan Terbaik di Anugerah Kembara Belia British (BYTA), yang ditaja oleh Persatuan Kembara Pendidikan British. ORA mengendalikan Persekolahan Musim Panas yang berkualiti untuk pelajar semua peringkat umur; penekanan organisasi itu terhadap pendidikan antarabangsa telah memberi peluang kepada pelajar dari seluruh dunia untuk belajar di bandar ilmu yang terkenal, Oxford.
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130417/608070-a
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130417/608070-b
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130417/608070-c
Tahun ini, BYTA menerima jumlah penyertaan yang mencatat rekod bagi anugerah-anugerahnya. ORA memenangi kategori Produk Pendidikan Terbaik, dan ini mencerminkan komitmen syarikat itu dalam menyediakan pengalaman belajar yang unik bagi para pelajarnya, di dalam dan di luar kelas.
Para pelajar dari 90 buah negara telah mendaftar untuk persekolahan musim panas antarabangsa ORA 2013 dan syarikat itu berharap musim panas kali ini bakal menyaksikan para pelajar dari pelbagai budaya. Dengan menarik minat himpunan eklektik pelajar pelbagai bangsa, ORA membolehkan para pelajar mendapat wawasan dan pandangan baharu melalui perbincangan menarik pelbagai budaya di dalam kelas. Di luar bilik darjah, ORA memupuk persahabatan merentasi benua dan penghayatan terhadap perbezaan budaya.
ORA dengan bangganya menawarkan sejumlah biasiswa penuh. Setiap tahun ORA menghadiahi para pelajar cemerlang – yang mungkin tidak mampu daripada segi kewangan – peluang untuk belajar di Oxford. Para pemegang biasiswa tahun ini datang dari Amerika, India, Macedonia, Malaysia dan Pakistan; semuanya yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik dan juga mengambil berat terhadap isu-isu sosial tempatan dan antarabangsa.
Kejayaan tahun demi tahun organisasi itu adalah bukti kepada sikap berfikiran terbuka yang dibawa oleh para pelajar ke program itu. Dina, salah seorang pemegang biasiswa tahun lepas, berkata, "[ORA adalah] masa untuk penjelajahan kendiri, memperluaskan pemikiran, mengilhamkan kepelbagaian budaya, debat-debat intelektual dan cabaran-cabaran baharu, semuanya bergabung dengan seni bina Oxford yang kaya sejarah dan mengagumkan".
Para pelajar menetap dalam kolej-kolej Oxford yang terletak di tengah-tengah bandar itu; memberikan para pelajar pengalaman sebagai pelajar sarjana muda Oxford dan peluang untuk tinggal di tengah bandar Oxford yang bersejarah. Pada musim panas tahun 2013, para pelajar Oxford akan ditempatkan di 6 kampus kolej Oxford:
Semua kursus musim panas Oxford diajar oleh para guru yang berkebolehan tinggi, yang kebanyakannya belajar atau bekerja di Universiti Oxford, dan para pelajar digalakkan untuk berfikir secara kritis dan tepat, kualiti yang menjadi keperluan di universiti itu.
Maklumat Lanjut
Laman Utama - http://www.oxford-royale.co.uk/
Kursus-kursus - http://www.oxford-royale.co.uk/summer-courses-in-oxford.html
Biasiswa - http://www.oxford-royale.co.uk/news/2013/03/06/oxford-royale-academy-scholarship-winners-2013.html
Kerakyatan - http://www.oxford-royale.co.uk/nationalities.html
Produk Pendidikan Terbaik - http://www.oxford-royale.co.uk/news/2012/12/11/ora-wins-educational-award-for-third-year-running.html
Erica Tso, 0845-130-60-21, etso@oxford-royale.co.uk
Sumber: Akademi Diraja Oxford