Pembentukan Kumpulan Pelabur Antarabangsa
LONDON, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ --
Gambaran keseluruhan
Boies Schiller Flexner (UK) LLP ("BSF") sedang membentuk satu kumpulan pelabur di seluruh Eropah dan Asia yang melabur dalam Dana Kewangan Rantaian Bekalan Credit Suisse bernilai USD10 bilion ("SCFFs"). Ia bertujuan untuk mengambil tindakan ke atas Credit Suisse secara berkumpulan, termasuk melalui litigasi jika perlu, untuk memulihkan kerugian yang dialami berikutan pelaburan yang dibuat dalam atau dengan Greensill Capital.
Firma ini berpandangan bahawa pelabur layak membuat tuntutan terhadap Credit Suisse kerana gambaran yang salah dan kesalahan jualan yang perlu dituntut di mahkamah melalui penyelarasan di seluruh bidang kuasa. Para pelabur perlu menghubungi greensill@bsfllp.com untuk maklumat lanjut.
Latar Belakang
Entiti Credit Suisse telah memasarkan dan menjual pelaburan dalam SCFFs secara proaktif sebagai pelaburan kesetaraan tunai dan berisiko rendah. Malah, aset SCFF merupakan nota yang disokong oleh perdagangan belum terima sedia ada dan akan datang yang dimulakan serta disusun oleh Greensill Capital.
Pada bulan Mac 2021 yang lalu, Greensill Capital yang merupakan entiti perdagangan dan syarikat perbendaharaan utama untuk kumpulan Greensill, telah berhenti berdagang dan memasuki sektor pentadbiran. Sementara fakta semakin memuncul, terdapat pelbagai kegagalan yang menyebabkan kejatuhan ini termasuklah pendedahan yang berlebihan pada perniagaan tertentu, pembiayaan belum terima masa depan (serta semasa) yang berisiko dan ketidakupayaan untuk mengekalkan perlindungan insurans.
SCFFs telah ditutup oleh Credit Suisse pada 1 Mac 2021 dan dana tersebut telah dicairkan. Adalah dijangkakan bahawa akan berlakunya kekurangan yang ketara dalam dapatan pemulihan bagi para pelabur yang melabur dalam dana tersebut.
Kumpulan Pelabur
BSF menyatukan sekumpulan pelabur antarabangsa untuk menjalankan strategi litigasi yang kohesif dan berkadaran bagi memulihkan kerugian, yakni kekurangan yang tidak dapat dipenuhi melalui penebusan estet Greensill. Strategi litigasi ini dijangka akan merangkumi bidang kuasa yang berkaitan di seluruh Eropah dan Asia dengan BSF yang bertindak sebagai penasihat litigasi global.
Para pelabur layak untuk menyertai kumpulan pelabur jika mereka telah memegang (setakat 1 Mac 2021) atau memegang (ketika menyertai kumpulan) saham atau kepentingan dalam saham SCFFs iaitu: (i) Dana Kewangan Rantaian Bekalan Credit Suisse (Lux), (ii) Dana Kewangan Berpendapatan Tinggi Rantaian Bekalan Credit Suisse Nova (Lux), (iii) Dana Kewangan Bergred Pelaburan Rantaian Bekalan Credit Suisse Nova (Lux) dan (iv) Kewangan Bergred Pelaburan Rantaian Bekalan Credit Suisse.
Tiada sekatan bidang kuasa: pelabur di seluruh Eropah dan Asia boleh menyertai kumpulan ini.
Strategi Litigasi
Suatu kumpulan pelabur kohesif yang bertindak bersama-sama akan diletakkan pada kedudukan yang baik untuk memaksimumkan pemulihan berhubung SCFFs dan melindungi nilai interim. Walaupun terdapat ketidakpastian tentang pemulihan melalui estet Greensill dan kerugian yang belum lagi dijelaskan, strategi litigasi ini dirancang untuk memulihkan kerugian yang terletak di bawah tanggungjawab Credit Suisse – kedua-duanya melalui penjualan sekuriti serta pengurusan portfolionya. Litigasi ini akan memberi tumpuan kepada tuntutan kesalahan jualan terhadap entiti Credit Suisse yang melibatkan penstrukturan dan jualan pelaburan, tuntutan kesalahan pengurusan pelaburan SCFFs dan banyak lagi konspirasi serta lain-lain tuntutan undang-undang yang berpotensi.
Adalah dijangkakan bahawa litigasi ini akan dituntut di mahkamah England dan berkemungkinan di Luxembourg dan/atau Switzerland menggunakan prosedur pengurusan kes untuk memaksimumkan kecekapan sekumpulan pelabur yang bertindak secara bersama-sama.
BSF boleh memberikan nasihat yang terperinci jika pelabur merupakan ahli kumpulan (dan tertakluk kepada usaha wajar kepentingan pelabur dalam SCFFs).
Risiko / Perdagangan Sekunder
Terdapat kepentingan yang ketara dalam kedua-dua pembiayaan litigasi pihak ketiga dan perdagangan sekunder dari segi bahagian dan hak litigasi. BSF bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam hal ini. Pelabur yang berminat dengan perdagangan sekunder perlu mendapatkan nasihat untuk memastikan hak dan tuntutan dipindahkan. BSF boleh memberikan maklumat lanjut kepada mana-mana pihak yang berminat.
Pasukan BSF juga boleh mengatur pembiayaan pihak ketiga untuk pelabur yang berminat, mewujudkan risiko ekonomi sifar dalam gabungan tuntutan mahkamah bagi memulihkan kerugian mereka.
BSF
BSF ialah sebuah badan pengamal litigasi yang elit dengan pengalaman yang luas dalam hak pemiutang, tindakan satu pihak dan litigasi strategik dalam hal ehwal penstrukturan semula dan insolvensi. Ia mempunyai rekod prestasi dalam menyampaikan nilai kepada pelanggannya melalui litigasi strategik di England dan di seluruh Eropah. BSF dan para peguamnya telah mencipta nilai untuk para pelabur melalui strategi litigasi yang kohesif khususnya merujuk kepada bank di Iceland (Kaupthing, Glitnir, Landsbanki), Lehman (AS dan UK), pengstrukturan semula dan kejatuhan bank di UK, Ireland, Cyprus, Greece, Sepanyol, Portugal dan Austria serta pelbagai penstrukturan semula korporat. Pada masa ini, ia membuat tuntutan terhadap Credit Suisse di Mahkamah Inggeris berkenaan dengan hutang Proindicus.
Pasukan BSF akan diketuai oleh Natasha Harrison, Timbalan Pengerusi merangkap Rakan Kongsi Pengurusan BSF dan Fiona Huntriss sebagai Rakan Kongsi. BSF bekerjasama dengan Luxembourg, Swiss dan penasihat tempatan yang lain.
SILA HUBUNGI:
Media:
Camarco
Julia Tilley, Rakan Kongsi Bersekutu
+44 (0)7815 068 387
Pelabur:
Natasha Harrison: nharrison@bsfllp.com
Pasukan Greensill BSF: greensill@bsfllp.com