omniture

Sidang Kemuncak Vaksin Sedunia Pertama Menonjolkan Kemajuan Mengagumkan Ke arah Pemvaksinan Setiap Kanak-kanak

Bill & Melinda Gates Foundation
2013-04-23 13:19 162

-- Para Pemimpin Sedunia Bersatu demi Memberi Semua Kanak-kanak Permulaan Kehidupan yang Sihat

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 23 April 2013 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 300 pemimpin sedunia, pakar kesihatan dan pembangunan, pemvaksin, artis-artis ternama, dermawan, dan pelopor perniagaan akan berkumpul esok di Abu Dhabi  dalam Sidang Kemuncak Vaksin Sedunia Pertama demi menyokong peranan penting yang dimainkan oleh vaksin dan imunisasi dalam memberi kanak-kanak permulaan kehidupan yang sihat. Walaupun dengan kemajuan yang pesat, seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap 20 saat akibat penyakit-penyakit yang boleh dielakkan seperti paru-paru berair, rotavirus, demam campak dan meningitis.

Bagi menonton aset multimedia berkaitan sidang ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/61396-bill-and-melinda-gates-foundation-first-global-vaccine-summit

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130423/MM98420 )

Sidang Kemuncak ini, yang bertumpu kepada kuasa vaksin, diadakan sewaktu Minggu Imunisasi Sedunia (24-30 April) bagi meneruskan momentum Dekad Vaksin – sebuah wawasan dan komitmen dalam memberi semua orang vaksin yang mereka perlukan. Menghapuskan penyakit polio adalah penanda aras penting dalam wawasan ini.

Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, akan memberi ucapan dasar bagi meraikan kemajuan dan memberi penghormatan pada para individu, masyarakat, rakan-rakan kongsi dan negara-negara yang membantu mencapai kejayaan. Ucapan itu bakal ditayangkan secara langsung di laman web  www.globalvaccinesummit.org.

"Vaksin berfungsi menyelamatkan nyawa dan melindungi kanak-kanak seumur hidup mereka," kata Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates. "Dengan melabur dalam sistem-sistem imunisasi yang lebih kukuh, kita boleh melindungi manfaat kita daripada penyakit polio dan mendekati para ibu dan kanak-kanak dengan perkhidmatan kesihatan kita yang lain."

Seluruh dunia akan bersatu dengan Pelan Tindakan Vaksin Sedunia, yang disahkan oleh hampir 200 buah negara pada bulan Mei lepas, bagi membangunkan vaksin yang lebih  baik dan lebih mampu didapati dan memberinya melalui sistem imunisasi vaksin rutin yang lebih kuat. Jika kita berjaya, kita boleh selamatkan lebih daripada 20 juta nyawa dan menghindari hampir satu bilion penyakit menjelang tahun 2020. Ini akan menjimatkan hampir $12 bilion kos rawatan dan mencapai lebih daripada $800 bilion keuntungan ekonomi apabila kanak-kanak yang divaksinkan dapat hidup lebih lama, lebih sihat dan lebih produktif.

"Sidang Kemuncak Vaksin Sedunia adalah sebuah perhimpunan bersejarah yang menggabungkan para pemimpin dunia dan penginovasi yang dapat bekerjasama bagi memberi impak positif yang signifikan dalam memastikan kewujudan sebuah masyarakat sejagat yang sihat. Di bawah bimbingan Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, kami kekal komited dalam usaha menyediakan vaksin-vaksin yang bakal menyelamatkan nyawa kanak-kanak seluruh dunia," titah Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

"Imunisasi adalah salah satu cara paling menjimatkan kos untuk menghindari penyakit dan melindungi kehidupan anak-anak muda," kata Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon. "Kejayaan sedunia dalam menentang penyakit polio setakat ini telah menunjukkan betapa jauhnya kemajuan kita. Perkembangan kami yang hebat ini adalah hasil usaha kerjasama seluruh dunia. Hari ini, kita mempunyai peluang untuk menamatkan penyakit polio untuk selama-lamanya."

Sidang Kemuncak Vaksin Sedunia diadakan dengan kerjasama Duli Yang Teramat Mulia Jeneral Sheikh Mohamed bin Zayed bin Sultan Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata EAB, Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Jeneral Ban Ki-moon dan Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates.

Peserta sidang kemuncak ini, termasuk menteri-menteri kesihatan, barisan hadapan kakitangan penjagaan kesihatan, organisasi-organisasi bukan kerajaan antarabangsa dan para penderma, bakal membincangkan bagaimana komuniti sedunia boleh memastikan bahawa semua kanak-kanak mempunyai akses terhadap vaksin, bagaimana pelan rancangan penghapusan polio berfungsi, dan peluang-peluang yang wujud dengan inovasi vaksin dan pemberian vaksin baharu. Agenda penuh untuk Sidang Kemuncak itu boleh didapati di sini.

Rakan penganjur Sidang Kemuncak Vaksin Sedunia ini adalah: UNICEF, Organisasi Kesihatan Dunia, Inisiatif Penghapusan Polio SeduniaPerikatan GAVI, dan Yayasan Bill & Melinda Gates.

Usaha Emiriah Arab Bersatu dengan Yayasan Bill & Melinda Gates:

Pada bulan Januari 2011, Duli Yang Teramat Mulia Jeneral Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata EAB, dan Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, memberikan sejumlah $100 juta - $50 juta daripada setiap pihak – bagi pembelian dan pemberian vaksin-vaksin penting yang bakal menyelamatkan kanak-kanak Afghanistan dan Pakistan dan menghindari penyakit untuk seumur hidup. Usahasama ini menghasilkan proses imunisasi kira-kira lima juta kanak-kanak di Afghanistan bagi menentang enam penyakit pembawa maut, dan akan membantu pekerja Organisasi Kesihatan Dunia dan UNICEF memberi vaksin polio oral kepada kira-kira 35 juta kanak-kanak di Afghanistan dan Pakistan.

Mengenai PBB dan Vaksin-vaksin

Proses imunisasi sampai kepada 80% kanak-kanak seluruh dunia, dan menyelamatkan 2.5 juta nyawa setiap tahun. Walaupun dengan kejayaan ini, 23 juta kanak-kanak masih ketinggalan setiap tahun, kebanyakannya daripada komuniti paling miskin dan tidak dilindungi. Untuk sampai kepada kanak-kanak tanpa imunisasi, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan rakan-rakan kongsinya menyokong mekanisme pemerolehan dan pengedaran vaksin, menguatkan sistem kesihatan tempatan, membantu mendapatkan pendanaan mampan imunisasi, dan menyokong pengurangan ketidaksamarataan dalam akses vaksin-vaksin penting dan intervensi lain yang dapat menyelamatkan nyawa.

Yayasan Bill & Melinda Gates

Dipimpin oleh kepercayaan bahawa setiap kehidupan mempunyai nilai yang sama rata, Yayasan Bill & Melinda Gates berusaha membantu orang ramai menjalani hidup yang sihat dan produktif. Dalam negara-negara membangun, ia menumpukan kepada meningkatkan kesihatan orang ramai dan memberi mereka peluang untuk keluar daripada belenggu kelaparan dan kemiskinan tegar. Di Amerika Syarikat, ia berusaha memastikan semua orang – terutamanya mereka yang kurang bernasib baik – mendapat akses kepada peluang-peluang yang diperlukan untuk berjaya dalam pendidikan dan kehidupan. Berpangkalan di Seattle, Washington, yayasan itu dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jeff Raikes dan Pengerusi Bersama William H. Gates Sr., di bawah kelolaan Bill dan Melinda Gates serta Warren Buffett.

Source: Bill & Melinda Gates Foundation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Broadcast feed announcements Children-related news Not for profit Public Safety Trade show news