omniture

Royal Canadian Mint Melaporkan Keuntungan dan Prestasi Bagi S1 Tahun 2021

Royal Canadian Mint (RCM)
2021-05-24 19:42 0

OTTAWA, Ontario, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- The Royal Canadian Mint ("Mint") dengan sukacitanya mengumumkan penyata kewangan suku pertama tahun 2021 yang memberikan maklumat terperinci tentang aktiviti, pasaran yang mempengaruhi perniagaan dan harapan syarikat untuk 12 bulan akan datang.

"Prestasi Mint yang kukuh pada suku pertama merupakan bukti dedikasi, ketahanan dan fleksibiliti pekerjanya," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Sepanjang pandemik COVID-19 ini, Mint terus memberi keutamaan pada kesihatan dan keselamatan para pekerjanya sambil memastikan bahawa perkhidmatan penting yang disediakannya untuk sektor perlombongan dan kewangan terus berkekalan. Bagi bertindak balas terhadap suasana pandemik yang sukar, Mint mula melaksanakan strategi jangka panjang baharu untuk dijadikan asas kepada keuntungan yang berterusan pada tahun-tahun akan datang."

Penyata kewangan ini hendaklah dibaca secara bersama dengan laporan suku tahun pertama 2021 Mint yang tersedia di www.mint.ca. Kesemua jumlah wang dinyatakan dalam dolar Kanada, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Sorotan Kewangan dan Operasi 

  • Mint telah meningkatkan hasilnya sebanyak 81% pada suku pertama tahun 2021 dan keuntungan disatukan sebelum cukai pendapatan dan item lain adalah berjumlah $26.0 juta (2020 – $6.5 juta) bagi suku tahunan tersebut. Mint menyaksikan peningkatan hasil bagi kedua-dua perniagaan Edaran dan Logam Berharga. Peningkatan ini khususnya disebabkan oleh jumlah bulion yang lebih tinggi yang dijual pada suku tahunan tersebut sekaligus meningkatkan hasil Mint serta kos jualan secara berkadaran. Peratus margin keuntungan Mint meningkat pada kadar 1.6% dari suku tahunan ke suku tahunan khususnya disebabkan oleh prestasi yang lebih kukuh hasil daripada jualan produk numismatik dan syiling edaran asing pada tahun 2021.
  • Hasil disatukan meningkat kepada $902.8 juta pada tahun 2021 (2020 - $498.4 juta).
    Hasil daripada perniagaan logam Berharga meningkat kepada $852 juta pada tahun 2021 (2020 - $465.2 juta):
    • Jumlah bulion emas meningkat lebih 65% dari suku tahunan ke suku tahunan dengan 328.5 ribu auns (2020 – 198.1 ribu auns) manakala jumlah bulion perak meningkat sebanyak 52% dengan 9.9 juta auns (2020 – 6.6 juta auns).
    • Jualan produk numismatik meningkat kepada $31.5 juta pada tahun 2021 (2020 - $21.3 juta) akibat peningkatan dalam jualan produk emas pada tahun 2021 dan penangguhan sementara pengeluaran produk numismatik pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19.

Hasil daripada perniagaan Edaran meningkat kepada $50.8 juta pada tahun 2021 (2020 - $33.1 juta):

    • Pendapatan daripada perniagaan Edaran Asing meningkat pada kadar 162% dari suku tahunan ke suku tahunan dengan pengeluaran dan penghantaran sebanyak 319 juta syiling asing dan kosong, berbanding 265 juta syiling pada tahun 2020.
    • Syiling edaran Kanada yang dihasilkan dan dijual kepada Jabatan Kewangan untuk inventori adalah sebanyak 77 juta keping pada suku tahunan tersebut (2020 – 76 juta keping).
  • Secara keseluruhan, perbelanjaan operasi meningkat pada kadar 15% dari suku tahunan ke suku tahunan kepada $25.6 juta khususnya disebabkan oleh kos perundingan terancang dan tenaga kerja luar jangka yang berkaitan dengan pelaksanaan inisiatif transformasi perniagaan Mint.
  • Tunai dan kesetaraan tunai meningkat kepada $91.1 juta (31 Disember 2020 - $67.3 juta).

Prestasi kewangan dan hasil disatukan
(dalam CAD $ juta) 



13 minggu yang berakhir pada




3 April 2021 

28 Mac 2020

$ Perubahan

% Perubahan

Hasil

$

902.8

$

498.4

404.4

81

Keuntungan sebelum cukai pendapatan dan item lain(1)

$

26.0

$

6.5

19.5

300

Keuntungan sebelum cukai pendapatan dan margin item lain

2.9%

1.3%



Keuntungan untuk tempoh tersebut

$

13.8

$

1.7

12.1

712

(1)

Penyesuaian daripada Keuntungan untuk tempoh ini kepada Keuntungan sebelum cukai pendapatan dan item lain disertakan pada halaman 11 dalam Laporan Suku Tahun Pertama 2021 Mint.

 







Pada tarikh







3 April 2021

31 Disember 2020

$ Perubahan

% Perubahan

Tunai dan kesetaraan tunai






$

91.1

$

67.3

23.8

35

Inventori






$

60.8

$

57.6

3.2

6

Aset modal






$

159.1

$

161.1

(2.0)

(1)

Jumlah aset






$

408.8

$

379.4

29.4

8

Modal kerja






$

134.2

$

112.9

21.3

19













Sebagai sebahagian daripada pelan kesinambungan perniagaannya, Mint terus memantau rantaian bekalan dan rangkaian logistik globalnya secara aktif dalam menyokong operasinya yang berterusan. Walaupun dengan usahanya yang terbaik, Mint menjangkakan COVID-19 akan terus mempengaruhi prestasinya pada tahun 2021 terutamanya dengan pengisytiharan darurat dan arahan duduk di rumah yang meluas di wilayah Ontario yang bermula pada 8 April 2021.  Situasi di Ontario dan Manitoba terus dipantau dan Mint akan menyesuaikan operasi sewajarnya.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Laporan Suku Tahun Pertama Mint bagi tahun 2021, sila layari www.mint.ca.

Tentang Royal Canadian Mint

The Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

PERNYATAAN BERPANDANGAN KE HADAPAN 

Siaran Pendapatan ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan yang mencerminkan jangkaan pihak pengurusan tentang objektif, rancangan, strategi, pertumbuhan masa depan, hasil operasi, prestasi serta prospek dan peluang perniagaan Mint.  Pernyataan berpandangan ke hadapan biasanya dikenal pasti melalui perkataan atau frasa seperti "rancangan", "menjangka", "mengharap", "percaya", "anggaran", "berhasrat" dan ungkapan lain yang serupa. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini bukan merupakan fakta, tetapi hanya menganggarkan tentang pertumbuhan, hasil operasi, prestasi, prospek dan peluang perniagaan yang diharapkan (andaian). Walaupun pihak pengurusan menganggap andaian ini munasabah berdasarkan maklumat yang tersedia, ia mungkin terbukti salah. Anggaran keputusan masa depan ini adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan Mint. Risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian yang ditetapkan dalam bahagian Risiko terhadap Prestasi, Perbincangan dan Analisis Pengurusan dalam Laporan Tahunan Mint 2020 serta dalam Nota 9 – Instrumen Kewangan dan Pengurusan Risiko Kewangan dalam Penyata Kewangan Disatukan Beraudit Mint untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2020. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang disertakan dalam Siaran Pendapatan ini dibuat hanya setakat 20 Mei 2021 dan Mint tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan ini secara terbuka bagi mencerminkan maklumat baharu, peristiwa masa depan atau perubahan keadaan atau atas sebab-sebab lain selepas tarikh ini. 

Alex Reeves, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1516132/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_Reports_Profits_and_Perf.jpg?p=medium600

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Earnings