omniture

Xinhua Silk Road: BOE pamerkan kepakaran paparan di Minggu Paparan SID 2021

Xinhua Silk Road
2021-05-24 20:56 275

BEIJING, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- BOE membawakan teknologi dan aplikasi inovatifnya ke Minggu Paparan 2021, satu acara paparan yang dianjurkan oleh Society for Information Display (SID) pada 17 Mei bagi mendemonstrasikan keupayaan inovasinya yang terkemuka dalam industri dan kepimpinan teknologi yang luar biasa ke mata dunia.

Photo shows the flexible OLED of BOE.
Photo shows the flexible OLED of BOE.

Di acara tersebut, BOE mempamerkan teknologi dan produknya dalam lima bidang utama: ADS Pro, OLED fleksibel Mini/Mikro LED serta teknologi dan aplikasi inovatif.

BOE tidak pernah berhenti mengejar inovasi dalam teknologi paparan, kata Gao Wenbao, naib presiden eksekutif BOE dan Ketua Pegawai Eksekutif Display Business Group. Selain daripada TFT-LCD dan OLED yang fleksibel, BOE telah meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mini/Mikro LED dan teknologi canggih yang lain serta memperkenalkan pelbagai teknologi dan produk penetap trend bagi memacu pembangunan industri paparan global.

Berdasarkan teknologi skrin super keras ADS proprietari BOE, teknologi sudut tontonan luas, ADS Pro menyediakan penyelesaian peringkat-sistem untuk produk LCD canggih yang menonjolkan kejayaan besar dalam pelbagai bidang seperti nisbah kontras dinamik ultra-tinggi, paparan pinggir-ke-pinggir, kadar segar semula yang tinggi dan dalam-sel.

Setelah menjadi yang pertama di China mengeluarkan paparan OLED yang fleksibel dan boleh lipat secara besar-besaran dan membawanya ke pasaran, BOE melancarkan pelbagai teknologi yang inovatif seperti paparan seakan-tatal dan paparan skrin-penuh fleksibel yang disepadukan dengan kamera bawah-paparan bagi menyerlahkan kemungkinan tanpa had untuk bentuk produk paparan.

Sebagai peneraju global dalam Mini/Mikro LED yang menggunakan substrat kaca, BOE mempamerkan produk Mini LED 75-incinya dengan lebih daripada 5,000 zon dan satu nisbah kontras peringkat-juta. Disokong oleh seni bina pemacu aktif proprietarinya dan teknologi pencetakan pemindahan berkelajuan tinggi, BOE menyediakan penyelesaian paparan LED peringkat-sistem generasi-seterusnya yang dikuasakan oleh teknologi semikonduktor dan teknologi pempakejan canggih tahap-mikrometer.

BOE juga telah melancarkan paparan diod pemancar cahaya (AMQLED) titik kuantum matriks-aktif yang dilengkapi dengan teknologi paparan generasi-seterusnya yang disruptif, yang menandakan satu lagi kejayaan penting yang dicapai oleh pembuat paparan dalam bidang titik kuantum elektropendarkilau.

Sewaktu membawa produk paparan yang inovatif kepada pengguna global, BOE memperkasa senario aplikasi yang tidak terkira banyaknya dengan teknologi IoT pintarnya bagi mewujudkan pengalaman visual yang hebat dan kehidupan yang lebih baik untuk orang ramai.

Dengan memanfaatkan kepakaran teknologinya dalam paparan dan penderiaan, BOE akan terus memperdalam strategi IoTnya yang bertumpu pada paparan semikonduktor dan bekerjasama dengan rakan kongsi global sepanjang rantaian industri bagi menyampaikan pengalaman visual yang terbaik dan pengalaman kehidupan yang lebih pintar kepada pengguna, tambah Gao.

https://en.imsilkroad.com/p/321647.html 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services Trade show news